
ALOR SETAR: Kedah membenam kelab dari Hong Kong, Tai Po FC 5-1, sekali gus layak ke pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 dalam saingan yang berlangsung di Stadium Darul Aman di sini, malam semalam.
Penyerang import Kedah, Kipre Tchetche membuktikan kehebatannya apabila berjaya membuat hatrik meledak tiga gol. Kipre membuka jaringan buat pasukan tuan rumah seawal minit ke-3 menerusi jaringan cantik menewaskan penjaga gol Tai Po FC, Ho Yui.
Gandingan mantap Kipre dan seorang lagi penyerang Kedah, Kpah Sean Sherman mengucar-ngacirkan pertahanan pelawat dan hasilnya Kipre berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-21 selepas menyudahkan bola tampanan tidak kemas Ho Yui hasil rembatan Mohd Rizal Ghazali.
Tonton juga:
Video gol highights kedah 4-1 Tai Po FC
Bersambung babak kedua, Kedah yang memiliki kelebihan pemain, meledak gol ketiga menerusi Muhammad Hadin Azman pada minit ke-46 yang merembat masuk bola menerjah kiri gol lawan.
Muhammad Hadin Azman kemudian menambah gol keempat Kedah pada minit ke-66 sebelum pasukan pelawat memperoleh satu gol sagu hati menerusi Chan Man Fai seminit kemudian.
Sebelum perlawanan tamat, satu gol lagi kedah dapat pada minit ke-92 (masa tambahan) Kipre menjaringkan gol kelima Kedah sebelum wisel penamat ditiupkan pengadil dari Qatar, Saodh Ali Hj Al-Adba.
Laluan Kedah seterusnya menentang kelab FC Seoul pada aksi yang dijadualkan berlangsung di Korea Selatan pada 28 Jan ini. Minggu depan hari selasa. All the best buat pasukan kedah ok!!

Leave a Reply