• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / SKUAD LANG MERAH MENGGANAS PJ CITY 4-1 LIGA SUPER 25.8.2021

SKUAD LANG MERAH MENGGANAS PJ CITY 4-1 LIGA SUPER 25.8.2021

Zik · Aug 26, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman (KDA) FC terus membuatkan Terengganu FC (TFC) tidak senang duduk apabila melakar hatrik kemenangan selepas menewaskan PJ City FC 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dekat sini, sebentar tadi. Mula tewas dengan Selangor 2-4. (kurang seorang main gara2 kad merah renan). Kemudian bangkit dengan tewaskan penang 4-1, terengganu 2-1 dan malam tadi 4-1.

Kemenangan terbaru itu membolehkan skuad Lang Merah melonjak ke tangga ketiga dengan 35 mata, hanya dua mata dipisahkan dengan skuad Penyu, namun kelebihan buat pasukan kedah sebab mereka masih ada baki dua perlawanan dalam tangan.

Ketika Kedah berjaya melakar kemenangan berganda ke atas PJ City FC pada musim ini, PJ City FC pula berada dalam tekanan apabila tewas lima aksi berturut-turut sejak saingan liga kembali bersambung, bulan lalu.

Pada aksi malam tadi, pelawat tidak menunggu lama untuk membuka jaringan selepas rembatan kencang bak ‘peluru berpandu’ daripada Rabih Ataya membolehkan pelawat mendahului seawal minit keempat.

Ketika aksi 45 minit seakan berakhir dengan kedudukan 1-0, Kedah berjaya menuju ke bilik persalinan dengan lebih selesa apabila jaringan sendiri K Prabakaran menjadikan kedudukan 2-0.

Bersambung babak kedua, skuad Lang Merah terus garang apabila menyumbat gol ketiga selepas Kpah Sherman menyempurnakan lorongan Tchetche Kipre pada minit ke-55.

Enam minit berselang, tuan rumah merapatkan defisit menerusi jaringan Khyril Muhymeen Zambri, namun hasrat mereka memburu gol tambahan terencat apabila Raffi Nagoorgani dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-70.

Kedah memanfaatkan peluang beraksi lebih seorang pemain dan memperoleh gol keempat menerusi Fayadh Zulkifli di hujung permainan.

Selepas ini, Kedah akan bertemu pasukan di zon penyingkiran, Perak FC pada Sabtu sementara PJ City FC akan menentang pasukan di tangga keempat, Penang FC pada Ahad.

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan kedah tewaskan petaling jaya city 4-1 25.8.2021, SKUAD LANG MERAH TEWASKAN PJ CITY 4-1 LIGA SUPER 25.8.2021

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss