Hari ini menjadi penentuan buat skuad helang merah yang akan bertemu dengan pasukan yang tidak kurang hebatnya taipo fc wakil dari kelab hongkong dalam saingan piala ACL 2020 hari ini. Kedah layak untuk masuk ke peringkat kelayakan ini kerana menjadi juara piala fa pada tahun lepas 2019.
Tiket bagi perlawanan di antara Kedah menentang juara Liga Hong Kong, Tai Po FC bagi pusingan 2 kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL) akan mula dijual pada 12 p.m. tengah hari ini. Namun setelah tengok di tickethotline.com.my sudah habis terjual. betul-betul pisang goreng panas nih. Harap perform lah game kedah malam nih.
Tiket-tiket tersebut didatangani dengan harga serendah RM20 bagi tempat duduk terbuka (terrace), RM30 bagi astaka lama (pavillion) dan RM50 bagi astaka utama (main grandstand). Tiket akan dijual secara online, di laman rasmi Tickethotline.
KFA MULA BUKA JUALAN TIKET PERLAWANAN #KFATPFC 12:00 TENGAH HARI ESOK!
Jualan Tiket Online https://t.co/SX3xsQeaUz
Semua tiket adalah bernombor mengikut zon kawasan tempat duduk yang dibeli. Jadi setiap belian tiket anda dijamin tempat duduk. pic.twitter.com/iqAbDlONw9
— Official_KedahFA (@official_kfa) January 15, 2020
Menurut makluman daripada pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), semua tiket adalah bernombor mengikut zon kawasan tempat duduk yang dibeli.
Perlawanan ini bakal menjadi penentuan kepada cita-cita skuad Helang Merah untuk melangkah ke peringkat kumpulan ACL.
Sekiranya menang ke atas wakil Hong Kong ini, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak perlu mengharungi satu lagi perlawanan play-off menentang wakil ke-3 saingan K-League, FC Seoul.
Biar jasa jadi Kenangan!!
Apepun perlawanan malam ini kita harap pasukan kedah mampu untuk menang , sebab main ditempat sendiri. Aura penyokong diperlukan.
KETUA pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar yakin persefahaman dan keserasian yang dibentuk dalam pasukan menjadi ramuan ampuh untuk Kedah menentang kelab Hong Kong, Tai Po FC pada saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Darul Aman (SDA) malam ini. Beliau yang menjalani latihan bersama rakan sepasukan di sini semalam menyatakan Kedah sudah bersedia memulakan aksi kelayakan ACL yang dinantikan semua penyokong selama ini.
“Pada tahun ini kami membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi saingan kelayakan ACL dan seperti semua penyokong impikan, kami mengharapkan keputusan positif dengan melakukan aksi terbaik.”
“Tahap keserasian kami bina selama ini menjadi perkara asas yang penting dalam usaha mencari kemenangan. Tiada jalan mudah buat kami sekalipun beraksi di laman sendiri menentang Tai Po FC, sebaliknya kami perlu terus bekerja keras dengan komitmen lebih tinggi bagi memastikan layak ke peringkat seterusnya.
Pemain senior yang berusia 31 tahun itu juga berharap sokongan padu daripada penyokong Kedah di Stadium Darul Aman mampu menyuntik semangat tambahan buat pemain Lang Merah. Itu yang kita harapkan sebenarnya.
Baddrol juga mengakui keputusan positif diraih Kedah dalam perlawanan pramusim di Kemboja turut memberi perangsang buat pasukan.
“Kemenangan Piala Smart RSN di Kemboja dapat menaikkan lagi semangat dan moral kami untuk menghadapi ACL dan juga Liga Super selepas ini.”
ALOR SETAR: Aura Stadium Darul Aman mampu memberi kelebihan buat skuad Kedah yang akan berhadapan Tai Po FC dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Darul Aman, malam esok.
Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, berkata beliau menjangkan satu perlawanan yang sengit dan mencabar buat kedua-dua pasukan namun bermain di halaman sendiri memberi motivasi tambahan kepada skuad kendaliaannya.
“Ini adalah peluang untuk pemain membuktikan kepada penyokong keupayaan yang ada pada skuad Kedah dengan meraih keputusan yang baik.
“Kehadiran penyokong yang ramai di Stadium Darul Aman mampu menjelmakan aura dan menaikkan semangat pemain untuk memburu kemenangan, bukan sahaja untuk malam esok malah untuk perlawanan berikutnya,” katanya pada sidang media Pra-Perlawanan Kelayakan ACL di sini, hari ini.
Aidil dalam pada itu turut mengesahkan Kedah bakal kehilangan tonggak pertahanan dari Singapura, Shakir Hamzah yang tidak dapat beraksi kerana penggantungan.
“Shakir dilayangkan kad merah dalam aksi Piala AFC pada 2018 ketika dia bersama Home United.
“Kita sedia maklum mengenainya (penggantungan Shakir) dan fokus kita tidak terganggu kerana pada pramusim di Kemboja kita sudah mencuba beberapa pemain lain yang boleh menggalas tugas berkenaan.
“Kami sudah bersiap sedia untuk bermain dengan kekuatan dan strategi yang kami rancang,” katanya.
Pasukan Taipo fc ini merupakan pasukan yang bertanding dalam piala afc pada tahun lepas, group I.
Live streaming Kedah vs Taipo fc 21 January 2020.
Jangan lupa ini malam :
MASA : 9 PM
TARIKH: 21 JANUARI 2020
LOKASI: STADIUM DARUL AMAN, KEDAH
Keputusan terkini perlawanan :
[…] Nantikannya kita akan update keputusan terkini perlawanan , live streaming kedah vs Tai Po fc distadium darul Aman, kedah. Jangan lupa ok. MASA : 9 PM TARIKH 21 JANUARY 2020 LOKASI: STADIUM DARUL AMAN, KEDAH Live streaming KEDAH VS TAI PO FC 21 JANUARI 2020 […]