Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Video gol highlights Selangor 3-1 Kedah 15.5.2019

Video gol highlights Selangor 3-1 Kedah 15.5.2019

Zik · May 16, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

Perlawanan yang ke 13 semalam , Selangor vs Kedah di stadium Shah Alam, Selangor.

KEPUTUSAN PENUH :

SELANGOR 3-1 KEDAH

Jaringan oleh :

Ifedayo O. 35,44, 57″

Ifedayo Pemain Import Selangor, Peledak Selangor, Machine Gol. 

SHAH ALAM: Keputusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengikat Ifedayo Olusegun Omosuyi nyata berbaloi apabila penyerang itu mempamer magis pada penampilan sulungnya dengan meledak hatrik untuk membantu Red Giants menewaskan Kedah 3-1, malam tadi.

Walaupun memerlukan tempoh kira-kira 30 minit untuk mula ‘menjelmakan’ diri, bekas penyerang FELDA United FC dan Melaka United itu berjaya membalas kepercayaan pengendali pasukan, B Sathianathan apabila membuktikan sentuhan jaringannya masih belum berkarat.

Baca juga>> KEPUTUSAN DAN KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 15.5.2019 

Kemenangan pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam itu berjaya memperbaiki keputusan seri 1-1 yang dicatatkan pada aksi pertama di Alor Setar 26 April lalu.

Babak pertama berlangsung seimbang buat kedua-dua pasukan apabila dilihat saling berbalas serangan namun selepas setengah jam aksi berlangsung, Ifedayo yang baharu kali pertama diturunkan mula menunjukkan ketajamannya.

Akaun jaringan penyerang dari Nigeria itu bersama Selangor dibuka secara rasmi pada minit ke-34 selepas menyambut baik sepakan yang dilakukan Sandro da Silva.

Pada minit ke-44 dan berpunca kesilapan penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim yang gagal menangkap bola dengan kemas, ia membuka ruang kepada Ifedayo menambah jaringan kedua peribadinya meletakkan tuan rumah selesa mendahului 2-0 tamat babak pertama.

Tiga minit babak kedua bersambung, Kedah sepatutnya berjaya merapatkan kedudukan sebaliknya peluang terhidang gagal disudahkan dengan baik oleh Zaquan Adha Abdul Razak.

Minit ke-57, Ifedayo melengkap penampilan sulungnya dengan penuh bergaya apabila menyempurnakan hatrik selepas menyempurnakan peluang terhidang yang tercetus daripada serangan balas pantas.

Tujuh minit selepas itu, pencarian jaringan Kedah berhasil menerusi Fernando Rodriguez Ortega dan minit ke-67, Helang Merah sepatutnya sudah meraih gol kedua sebaliknya rembatan Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin sekadar menggegar palang.

Jaringan pertama itu jelas membangkitkan semangat pelawat tetapi nasib seakan tidak berpihak kepada pelawat ketika deretan peluang tidak menemui gawang lawan.

Ketika Kedah rancak mengatur serangan, Ifedayo sekali lagi menggegar gawang lawan sebaliknya jaringan itu dibatalkan selepas dia terlebih dulu dikesan berada dalam kedudukan offsaid.

Video gol highlights Selangor 3-1 Kedah 15.5.2019. 

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan keputusan selangor vs kedah 15.5.2019, Video gol highlights Selangor 3-1 Kedah 15.5.2019, video gol highlights selanor 3-1 kedah 15.5.2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.