Kenaikan harga barang dinegara kita sangat sukar dikawal. Walaupun pihak kerajaan sudah melancarkan program Jihad Inflasi, namun ianya tidak dapat dibendung dengan baik.
Soalan.
Anda sebagai pengguna yang prihatin, tulis satu rencana tentang kesan-kesan kenaikan harga barang kepada masyarakat dan negara. Juga sertakan bagaimana untuk atasi masalah kenaikan harga barang ini. Selamat mencuba!!
RANGKA KARANGAN.
Rangka Karangan Pendahuluan: tajuk rencana dan penulis, situasi kenaikan harga barang yang semakin sukar dikawal.
Isi
1: kenaikan harga barang – bertambahnya beban kewangan yang ditanggung oleh golongan yang berpendapatan rendah.
Isi 2: golongan tersebut meminjam – menampung perbelanjaan harian mereka – bermulalah lingkaran ganas dalam kehidupan
Isi 3: terdapat segelintir ibu bapa yang kurang prihatin terhadap pendidikan anak-anak – mengambil tindakan memberhentikan persekolahan anak mereka tidak mampu menyekolahkan anak-anak.
Isi 4: kerajaan kena buat semula programKedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) KRIM2.0 – terletak di lokasi yang strategik – barangan pula berharga murah dan banyak pilihan.
Isi 5: golongan berpendapatan rendah haruslah membudayakan aktiviti bercucuk tanam -menanam cili, kacang panjang, serai, dan sebagainya.
Penutup: isu kenaikan harga barang tidak harus dipandang enteng – boleh menimbullkan pelbagai natijah yang buruk terhadap keutuhan dan kestabilan institusi keluarga.
CONTOH KARANGAN .
KENAIKAN HARGA BARANG MEMBEBANKAN PENGGUNA.
Oleh : Aiman Sidek Bin Jaafar.
Sejak akhir-akhir ini, masalah kenaikan harga barang memang tidak boleh dibendung lagi. Bila kita tengok harga barang yang naik ini dia punya graf kenaikan memang tak masuk akal. Alasan yang sering diberikan oleh peniaga adalah kesan dari pembekal yang menaikkan harga barang, disebakan kekurangan stok, negara berperang seperti yang berlaku di Ukraine vs Russia. Setakat ini usaha untuk atasi masalah harga barang naik kurang membuahkan hasil kerana pihak peniaga memberikan pelbagai alasan untuk mewajarkan kenaikan harga barangan tersebut. Apapun alasan yang diberikan, yang jelas kenaikan harga barang telah menimbulkan pelbagai kesan negatif khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Antara kesan utama kenaikan harga barang ialah bertambahnya beban kewangan yang ditanggung oleh golongan yang berpendapatan rendah. Kenaikan harga barangan tanpa diimbangi dengan kenaikan pendapatan telah menyebabkan pendapatan bersih golongan tersebut semakin mengecil malahan ada yang tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga mereka. Apabila situasi ini berlaku, terdapat ibu bapa daripada golongan berkenaan yang akan melakukan kerja sambilan atau mengambil kerja lebih masa untuk menambahkan pendapatan mereka. Namun begitu, keadaan ini telah menggugat keutuhan institusi keluarga kerana masa anak-anak dengan ibu bapa semakin kurang. Natijahnya, anak-anak terbiar di rumah. Hal ini dalam jangka panjang boleh menarik golongan tersebut ke kancah gejala sosial lantaran kurangnya pendidikan agama dan perhatian daripada ibu bapa.
Selain itu, terdapat juga ibu bapa daripada golongan tersebut yang meminjam daripada agensi kewangan untuk menampung perbelanjaan harian mereka. Apabila pinjaman mula dibuat, bermulalah lingkaran ganas dalam kehidupan mereka kerana saban hari agensi tersebut akan mendesak peminjam untuk membayar wang pinjaman mereka. Keadaan menjadi semakin menghimpit apabila kadar faedah pinjaman amat tinggi sehingga amat sukar dibayar oleh peminjam. Dengan itu, terdapat ibu atau bapa yang menjadi peminjam daripada agensi tersebut melarikan diri daripada keluarga kerana tidak mampu terus diburu oleh agensi tersebut. Natijahnya, tinggallah anak-anak dalam ketakutan. Keadaan ini sudah tentu menggugat kebahagiaan dan keharmonian institusi keluarga.
Selain itu, kenaikan harga barang juga menyebabkan terdapat segelintir ibu bapa yang kurang prihatin terhadap pendidikan anak-anak mengambil tindakan memberhentikan persekolahan anak mereka. Alasan yang diberikan ialah tidak mampu menyekolahkan anak-anak. Tindakan sebegini amat dikesali kerana pelajaran pada hari ini merupakan aset penting untuk mengubah taraf ekonomi sesebuah keluarga. Tindakan berhenti sekolah akan menyebabkan keluarga tersebut akan kekal miskin pada generasi seterusnya. Anak-anak yang berhenti sekolah tersebut akan bekerja di kedai makan sebagai pencuci pinggan, membantu peniaga pasar malam atau bekerja sebagai pembantu peniaga ikan di pasar. Hal ini sudah jelas bertentangan dengan hasrat dan aspirasi kerajaan yang mahu mengangkat taraf sosioekonomi rakyat menerusi pendidikan. Malahan, amat menyedihkan apabila melihat kanak-kanak yang sepatutnya berada di bangku sekolah terpaksa memerah keringat dan mengerah tenaga empat kerat untuk mencari wang bagi membantu keluarga.
Berdasarkan situasi ini, hal tersebut tidak harus sama sekali diteruskan. Oleh itu, kenaikan harga barang harus ditangani secara serius oleh semua pihak. Kita harap Kerajaan dapat bangunkan semula Kedai Rakyat 1 Mlaaysia 2.0 (KR1M 2.0) yang lebih sistematik dan berkesan. Antara langkah keraan bagi berpendapatan rendah berupaya membeli barangan keperluan mereka. Kedai ini terletak di lokasi yang strategik agar mudah dikunjungi oleh golongan berkenaan. Kewujudan kedai ini nyata memberi kelegaan kepada golongan tersebut kerana mereka tidak perlu lagi mengikat perut.
Selain itu, golongan berpendapatan rendah haruslah membudayakan aktiviti bercucuk tanam. Mereka boleh menanam cili, kacang panjang, serai, dan sebagainya bagi mengelakkan mereka berbelanja untuk membeli barangan tersebut. Pada masa ini, terdapat pelbagai kaedah penanaman seperti kaedah hidroponik, fertigasi, dan tanaman di dalam pasu. Malahan, hasil daripada lebihan tanaman tersebut boleh dijual untuk dijadikan pendapatan tambahan. Bagi menangani kenaikan harga barangan ini, pengguna haruslah menggunakan kuasa mereka untuk menundukkan peniaga yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat. Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh pengguna adalah dengan memulaukan barangan yang dijual dengan harga yang tinggi. Pemulauan ini walaupun agak agresif tetapi dianggap senjata yang paling ampuh untuk mengajar peniaga yang tamak dan rakus tersebut.
Kesimpulannya, isu kenaikan harga barang tidak harus dipandang enteng kerana boleh menimbullkan pelbagai natijah yang buruk terhadap keutuhan dan kestabilan institusi keluarga. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dan memberikan komitmen jitu untuk menangani masalah ini dengan melakukan tangggungjawab yang sepatutnya.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply