• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan-cara meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan

Karangan-cara meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan

Zik · Aug 11, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

langkah-langkah meningkatkan prestasi akademik pelajar

Pasal nak meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan bukanlah sehari dua punya kerja. Bukan hanya perlu dari sebelah pihak. Banyak faktor yang boleh mendorong prestasi pelajar meningkat naik. Dari sekolah, luar sekolah, rumah juga perlu memainkan peranan yang penting. lagi-lagi kita sekarang ini berada di zaman siber. Macam-macam teknik , teknologi hujung jari. Nak dengan tak nak jer.

a) Beri tumpuan sewaktu guru sedang mengajar di kelas.

(b) Siapkan jadual belajar & ulangkaji setiap pelajaran baharu selepas sekolah.

(c) Belajar secara berkumpulan dengan kawan-kawan.

(d) Hadiri kelas tambahan atau kelas tuisyen.

(e) Buat latihan latih-tubi.

CONTOH KARANGAN.

Pada masa ini, persaingan dalam kalangan pelajar untuk mencapatkan keputusan akademik yang terbaik semakin sengit. Hal ini demikian kerana, peluang melanjutkan pelajaran terutama di pusat pengajian tinggi awam terhad sedangkan ramai pelajar yang layak. Oleh itu, pelajar perlu berusaha meningkatkan keputasan mereka bagi menjamin tempat di pusat pengajian tinggi awam. Dengan itu, pelajar perlu menggunakan pelbagai langkah bagi meningkatkan keputusan akademik mereka.

Antara caranya adalah dengan belajar secara berkumpulan. Kaedah belajar seperti ini banyak kebaikannya, Pelajar lebih mudah memahami penerangan yang diberikan oleh rakan mereka. Malahan, kaedah belajar ini mendatangkan kegembiraan dan keseronokan kerana pelajar belajar dengan kawan-kawan yang sebaya dengan mereka,

Selain itu, tumpuan di dalam kelas amat penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Hal ini demikian kerana, tumpuan di dalam kelas membolehkan seseorang pelajar itu memahami pengajaran guru, Menerusi pemahaman tersebut, pelajar bolehlah memperkukuh pemahaman tersebut dengan membuat Kerja ramah atau latih tubi.

Di semping itu, terdapat pelajar yang merghadiri kelas tuisyen untuk melonjakkan pencapaian mereka. Pada masa ini, banyak Kewujudan pusat tuisyen untuk membimbing pelajar memahami pelajaran dengan kaedah yang pantas den mudah. Kajian mendapati bahawa pelajar yang benar benar memanfaatkan tuisycn mampu mencapai keputusan yang, cemerlang. Malahan, terdapat pelajar yang menjacikan guru tuisyen sebagai sumber rujukan mereka jika mereka tidak memahami sesuatu topik pengajaran guru.

Pencapaian akademik dalam kalangan pelajar dapat juga ditingkatkan menerusi latih tubi soalan-soalan peperiksaan. Mutakhir, hanyak penerbit yang mengeluarkan buku-buku latihan berbentuk latih tubi. Soalan latih tubi ini penting uncuk meningkatkan keyakinan pelajar menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan sebenar. Pada masa ini, terdapat juga kaedah menjawab soalan latih tubi secara atas talian yang bersifat interaktif dan menyeronokkan. Kewujudan bentuk latihan sebegiai menjadikan pembelajaran lebih berkesan terhadap pelajar.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan keputusan peperiksaan mereka, Oleh itu, para pelajar harusiah menggembleng sehabis tenaga mereka untuk mencapai Kejayaan kerana yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

Meningkatkan Prestasi Murid from Asniem CA

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia bagaimana nak tingkatkan prestasi pelajaran dalam sekolah, karangan cara meningkatkan prestasi akademik pelajar, Karangan-cara meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: