Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Cara nak semak Slip peperiksaan pelajar (SAPS ibu Bapa)

Cara nak semak Slip peperiksaan pelajar (SAPS ibu Bapa)

Zik · Feb 22, 2018 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

SAPS Ibubapa 2018: Semak Keputusan Peperiksaan Online

Apakah itu SAPS?

Slip Analis Peperiksaan Sekolah untuk ibu-bapa. Ini adalah untuk ibu bapa atau penjaga murid/pelajar sekolah sekarang ini memudahkan kita untuk tengok keputusan ujian sekolah diaorang nih. Senang betul sekarang nih. Online jer. Ya, kita sudah berada di zaman cyber, ianya satu kemajuan yang dicapai oleh pihak berwajib dalam melaksanakan tanggungjawab dan memudahkan kerja kita sekarang ini.

Tujuan :

Diwujudkan bagi memudahkan ibu bapa serta murid membuat semakan secara terus melalui atas talian (online).

Pemantauan prestasi pembelajaran anak-anak.

Hal ini juga berikutan dengan ibubapa atau penjaga boleh mengetahui serta memantau perkembangan prestasi belajar anak / jagaan mereka selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan  melalui portal Semakan Ibu Bapa di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tersebut.

Key point dia adalah memudahkan dan pantau. Kalau teruk result tuh, itu yang kena ibu bapa atau penjaga take noted, mungkin kena bincang dengan cikgu atau nak kena tahu apa masalah pelajar tuh, atau mana subjek yang perlu diperbaiki kena tekankan kepada anak.

SAPS Ibubapa 2018: Semak Keputusan Peperiksaan Online. 

Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak secara online – Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun, serta peperiksaan percubaan UPSR, PT3 & SPM. Semakan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA. Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar.

SAPS menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Untuk memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini semasa semakan dibuat, pastikan semakan dibuat setelah markah selesai diisi.

Baca juga SAPS Ibu Bapa: Cara nak Semak Slip Peperiksaan Pelajar 2018

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online

Ikut cara yang mudah aku sediakan ,

  1. Klik link pautan dibawah ini untuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa:sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
  3. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  4. Masukkan kod pengesahan (captcha) seperti tertera.
  5. Klik butang Semak, dan anda akan dibawa ke menu utama seperti paparan di bawah (Gambar 1)
  6. Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM dan sebagainya.
  7. Kemudian klik butang Papar Slip Keputusan untuk menyemak keputusan terperinci ujian/peperiksaan yang dipilih seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan sebagainya.Klik Papar Markah Peperiksaan untuk menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

saps, saps ibu bapa, interface saps ibu bapa,

Gambar 1.

Cara-Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan SapsIbuBapa : (step lain). 

Panduan1:

Pertama anda perlu masuk ke pautan yang diberikan dibawah, bagi anda yang ingin menyemak keputusan sila klik pada pautan pertama, jika anda guru dan ingin mengemaskini markah sila klik pada pautan kedua.

Pautan Portal Semakan SAPS (Untuk Ibu Bapa / Pelajar)
SAPS Portal Rasmi Semakan Ibu Bapa – Keputusan Peperiksaan Pelajar
Pautan Menu Halaman Utama Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Untuk Guru Key-In Markah)
NKRA Pendidikan – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Panduan 2 :

Berikut adalah halaman utama saps yang anda akan anda temui, pada halaman ini anda hanya perlu mengisi No Kp atau Sijil Lahir, pastikan  anda memasukkan data yang betul, sudah selesai klik pada butang cari(search).

Panduan 3 :

Setelah selesai bahagian diatas, anda pelu pilih negeri, dan carian sekolah , sudah selesai anda boleh terus klik semak, dan keputusan peperiksaan akan dipaparkan.

Panduan 4 :

Setelah selesai langkah 2 dan 3 anda akan dapat melihat keputusan markah peperiksaan pada bahagian tepi, seperti gambar yang kami tunjukkan dibawah.

Setelah berjaya Ibu Bapa / Penjaga / Pelajar boleh membuat pilihan untuk semakan keputusan peperiksaan. Sila pilih tahun dan jenis peperiksaan kemudian klik butang Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan.

saps ibu bapa slip,

gambar2

 

credit to malaysiaviralstory.com

  • Bagi Sekolah Rendah, sistem SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 dan bagi Sekolah Menengah ianya hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan
  • Data serta rekod peperiksaan pelajar bagi tahun-tahun sebelumnya juga turut boleh disemak pada pautan tersebut
  • Jika No KP atau Sijil Lahir pelajar tidak dapat mengakses sistem SAPS, Ibubapa perlu atau meminta anak jagaan mereka (pelajar) menghubungi guru kelas (GK) untuk memaklumkan masalah tersebut
  • Tindakan seterusnya akan di buat oleh guru kelas dengan mengemaskini data pelajar berkenaan melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah
  • Jika ada kesalahan seperti ejaan nama pelajar tidak betul atau kesilapan pengrekodan lain, sila lakukan tindakan seperti diatas
  • Sistem saps juga kadang kala tak boleh diakses pada waktu puncak, contohnya pada hari tersebut ramai capaian yang ingin menyemak keputusan pada masa yang sama. Jika anda mengalami situasi seperti itu anda diharap bersabar dan layari semula portal SAPS dari pada waktu biasa atau tengah malam
  • Untuk makluman juga kepada semua, keputusan peperiksaan SPM UPSR Dan PT3  tidak boleh disemak dan tidak dipaparkan menerusi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Ianya hanya dikelurkan melalui slip peperiksaan yang akan diumukan tarikh setiap tahun. Yang ini memang official punya ikut macam biasa jer. huhu.. takda dalam sistem SAPS,

Dibawah adalah Jadual Key-in Markah Peperiksaan untuk panduan guru-guru.

Jadual Key-in Markah
PeperiksaanTahun / TingkatanTarikh MulaTarikh Akhir
Pertengahan TahunTahun 6 / Tingkatan 518 Mei 201716 Jun 2017
PercubaanTahun 620 Julai 201718 Ogos 2017
PercubaanTingkatan 514 September 201716 Oktober 2017
Akhir TahunTahun 5 / Tingkatan 420 November 201724 November 2017
Tarikh yang sama juga boleh digunapakai bagi tahun 1-5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 mengikut sekolah masing-masing, ini hanyalah sekadar rujukan
Gred Sekolah Rendah
Julat MarkahGredCatatan
80-100ACemerlang
65-79BBaik
50-64CMemuaskan
40-49DMencapai Tahap Minimum
0-39EBelum Mencapai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir
Gred Menengah Rendah
Julat MarkahGredCatatan
85-100ACemerlang
70-84BKepujian
60-69CBaik
50-49DMemuaskan
40-49EMencapai Tahap Minimum
00-39FBelum Mencapai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir
Gred Menengah Atas
Julat MarkahGredCatatan
90-100A+Cemerlang Tertinggi
80-89ACemerlang Tinggi
70-79A-Cemerlang
65-69B+Kepujian Tertinggi
60-64BKepujian Tinggi
55-59C+Kepujian Atas
50-54CKepujian
45-49DLulus Atas
40-44ELulus
00-39GGagal
THTHTidak Hadir

Terima kasih, dan selamat mencuba ya semua para ibu bapa anda semua. Ada apa yang tak faham boleh tanya di ruangan soalan dibawah ini.

Share this on WhatsApp

Akademik cara nak isi form sistem analysis peperiksaan sekolah, Cara nak semak Slip peperiksaan pelajar (SAPS ibu Bapa), login SAPS, NKRA PENDIDIKAN, panduan SAPS sekolah 2018, saps, SAPS 2018, SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH, tutorial cara nak semak keputusan peperiksaan pelajar SAPS

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. karim says

    April 22, 2018 at 6:11 pm

    SAPS tu ada apps tapi macam tak fungsi dengan baik. Selalu cari tak dapat dalam rekod. Kadang-kadang akses banyak lambat tanpa sebarangan response. Pihak tu kena meningkatkan servis mereka betul.

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2018 at 6:40 pm

      Betul .. ada banyak yang nak kena improve lagi..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.