Lagi beberapa minggu (eh dah dekat dah nie) kita akan menyambut hari raya aidiladha. Jadinya, imam muda zikri husaini (Insyallah) telah pergi kelas pada 2 minggu yang lepas menyentuh tajuk korban dan aqiqah, serta beberapa permasalahan setempat yang selalu dihadapinya.
Takrif korban:
Udhiyyah atau korban ialah haiwan yang disembelih yang terdiri dari Unta, Lembu, Kerbau atau Kambing kerna menghampirkan diri kepada Allah Taala, dalam tempoh tertentu pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyriq.
Dalil:
Surah al-Kawthar ayat 108: Bermaksud
Maka kerjakanlah sembahyang (olehmu wahai Muhammad) kerana TuhanMU (pada hari raya) dan sembelihlah korban (sebagaimana tanda bersyukur).
Manakala sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
Tiada dikerjakan oleh anak adam suatu amalan pada hari raya yang lebih digemari Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah iaitu menyembelih korban. Sesungguhnya korban itu akan datang pada kiamat dengan tanduknya dan kuku kakinya dan bahawa darah (korban itu) jatuh ia daripada Allah ada suatu tempat kemuliaan sebelum ia jatuh ke bumi. Maka sukakanlah diri kamu dengan korban itu”. Riwayat al-tarmizi dan Al-Hakim.
Hukum korban keatas umat islam.
Hukum korban adalah sunat mu’akkad bagi orang yang :
- Merdeka atau hamba (hamba yang telah dimerdekakan sebahagiannya).
- Mukallaf
- Cerdik
- Mampu melaksanakannya.
Tetapi harus bagi wali seperti bapa atau datuk melakukan korban untuk orang di bawah tanggunggannya daripda harta wali itu.
Sunat Kifayah.
Contohnya, apabila salah seorang ahli keluarga telah melakukan ibadah korban maka terhasil sunat pada hak ahli keluarga yang lain. Namun, jika tidak mempunyai keluarga, hukumnya adalah sunat ain.
Wajib dengan sebab Nazar atau ta’yin.
Ta’yin.
Tidak wajib korban itu melainkan , seseorang mengisyaratkan kepada unta atau lembu atau kambing miliknya dengan perkataan “ini akan ku jadikan binatang korbanku”. Walaupun tidak berniat untuk membuat korban, ia jatuh jadi WAJIB!.
Dengan ucapan tersebut menjadi wajib kepadanya untuk melaksanakan dan ia termasuk dalam hukum-hakam sembelihan korban yang wajib.
Ianya tidak menjadi wajib sekirannya hanya sekadar niat tanpa dilafazkan. Oleh yang demikian, kena hati-hati ya. Kejadian ini selalunya berlaku terutamanya buat penternak lembu/ orang yang mengusahakan korban. Selalu biasanya akan terlepas cakap. So, ini perkara yang perlu diambil serius.
Bernazar untuk melaksanakan korban:
Apabila seseorang islam bernazar, menjadi wajib keatasnya melaksanakan nazar tersebut. Ini kerana ia telah mewajibkan dirinya dalam perkara yang boleh menghampirkan dirinya ‘qurbah’ kepada Allah S.W.T.
Makruh tidak menunaikan korban jika mampu.
Makruh meninggalkan korban kerana perbezaan pendapat ulama ada hukum wajibnya (Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa wajib korban ke atas orang yang bermukin dan memiliki nisab zakat). Oleh itu, korban lebih afdhal daripada sedekah.
Hukum korban ke atas Rasullulah SAW.
Hukum korban bagi Nabi Muhammad Adalah wajib dan itu adalah khusus baginda kerana sabda baginda:
Maksudnya: Aku telah diperintahkan untuk berkorban dan ia adalah sunat bagi kamu. (Riwayat al-tarmizi).
Dan nabi SAW bersabda lagi:
Maksudnya: “Telah diwajibkan ke atasku korban dan tidak wajib ke atas kamu.” (Riwayat al- Daruqutni)
Akan datang, jenis-jenis haiwan korban dan sifatnya.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Juan says
menunjukkan hari raya haji semakin hampir
shah Blogger says
Thanks for ulasan lengkap zik. Anyway aku tatau la raya ni menunaikan ibadah n menyambut perayaan haji ni bila. Berapa kali dah kat umah bini je. mmg x adil gamaknya haha
tehr says
rasanya 10 hari lagi kita akan sambut raya haji pula
nuriz says
dah tak lama lagi dah rasa sekejap je dah nak raya haji pulak..pakat pakat makan daging, sup tulang..nyam2..takleh mkn byk sgt nanti pening
sayacomel says
memang dah nak dekat nih..minggu depan aje..
si pembuat banner says
selamat hari raya,aidiladha bro….bro tak der korbankan ape ape ker ???
zulkbo says
salam..
Alhamdulillah..pada yang mampu
bolehlah melakukannya..jangan dilepas
peluang yang ada..
zulkbo says
cantik pulak lembu
dalam gambar tu..
dia tak tahu nak jadi
korban tahun nih..
kalau dia tahu dah
lari tu..he he
muhammad fakhruddin says
Saya berkorban perkara lain. Berkorban daging belum berduit lagi