Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / EURO / JDT TEWAS TIPIS KEATAS NAGOYA GRAMPUS ACL 22.6.2021

JDT TEWAS TIPIS KEATAS NAGOYA GRAMPUS ACL 22.6.2021

Zik · Jun 23, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

bergson da silva

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak perlu kecewa dengan kegagalan melakar kemenangan selepas tewas tipis 0-1 kepada Nagoya Grampus pada aksi Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi. Ikutkan game yang fight sebenarnya. Boleh je makan lawan team dari jepun nih. Takdalah kuat sangat pun.

Gol kontroversi dihasilkan Hiroyuki Abe mencetus persoalan selepas barisan pemain JDT menyangka Ryogo Yamasaki berada di posisi ofsaid apabila bertindak memperlahankan perlawanan namun pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohamed Abdulla Hassan mengesahkan jaringan itu.

Lebih malang gol penyamaan Bergson Da Silva pada minit akhir perlawanan tidak dikira dan misi skuad Harimau Selatan sekurang-kurang meraih satu mata tidak kesampaian.

Nagoya Grampus yang kembali bersaing dalam kancah ACL selepas kali terakhir membuat penampilan pada musim 2012 tampak bermula garang apabila kerap menguasai perlawanan pada 20 minit babak pertama.

Pasukan itu bermula dengan bergerak di posisi tengah dan mengembang ke sayap kiri dan kanan menyaksikan gandingan benteng JDT, Shane Lowry dan Mauricio dos Santos terpaksa bekerja lebih untuk mengekang gerakan lawan.

Biarpun sering diasak, barisan pemain Benjamin Mora yang musim ketiga berturut-turut beraksi dalam kancah ACL tampak mampu menyaingi kehebatan kelab dari Jepun itu apabila berani mencuri bola daripada pemain skuad kendalian Massimo Ficcadenti.

Malah serangan balas Bergson Da Silva yang secara solo menyerang ke kubu lawan pada minit ke-37 hampir memerangkap Nagoya Grampus selepas merembat bola kencang dari jarak 35 meter tatkala penjaga gol, Mitchell Langerak sudah tertewas namum hanya sipi dari gawang gol.

Ubi muda JDT, Ariff Aiman Hanafi yang pertama kali beraksi di pentas ACL tidak mengecewakan pada aksi babak pertama apabila menguji Langerak pada minit ke-42 dengan bertindak merembat kencang selepas bijak memperdaya Yasuki Kimoto.

Bersambung babak kedua, barisan pemain Ficcadenti terus memberi tekanan dalam usaha memburu gol namun ketenangan dipamerkan barisan tengah yang diterajui Natxo Insa bertindak mematikan gerakan pemain lawan lebih awal.

ariff aiman

Pemain JDT Arif Aiman Hanafi dihalang pemain Nagoya Grampus pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi. Foto Ihsan Johor Southern Tigers

JDT ketinggalan 1-0 minit ke 60. 

Namun skuad Harimau Selatan dikejutkan dengan jaringan Abe pada minit ke-60 menerusi bola umpanan Yamasaki yang dikatakan berada dalam keadaan ofsaid, walaupun cuba dibantah pemain JDT namun jaringan 1-0 kelab dari Jepun itu kekal.

Mora bertindak pantas. 

Mora bertindak melakukan rombakan di posisi tengah dan sayap apabila memasukkan Safiq Rahim, Ramadhan Saifullah dan Akhyar Rashid dan mengeluarkan Safawi Rasid, Ariff Aiman dan Afiq Fazail untuk menguatkan jentera serangan.

Gol jdt dibatalkan sebab bergson foul pemain pertahanan Nagoya. 

Minit akhir perlawanan, Bergson berjaya menyamakan jaringan menerusi bola tandukan selepas menerima umpanan pemain gantian Matthew Davies namun Mohamed Abdulla membatalkan gol itu selepas mendakwa pemain import Brazil itu mengasari pertahanan Nagoya Grampus.

Pohang selesa tewaskan Ratchaburi 2-0. 

Sementara itu, dalam aksi kumpulan yang sama iaitu G, FC Pohang Steelers tidak berdepan masalah untuk menjinakkan kelab dari Thailand, Ratchaburi FC 2-0 sekali gus berada di tangga teratas kumpulan.

Kelab dari Korea Selatan itu membuka tirai jaringan pada minit ke-11 selepas Borys Taschy menanduk bola menewaskan Kampol Pathomakkakul berpunca daripada sepakan lintang Manuel Palacios berbaki sembilan minit.

Ia ditamatkan dengan sepakan lencong Lim Sang-hyub yang tepat ke penjuru kiri gawang gol menewaskan Kampol dan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

KEDUDUKAN KUMPULAN G : 

  1. POHANG 3 MATA.
  2. NAGOYA 3 MATA
  3. JDT 0 MATA
  4. RATCHABURI 0 MATA
Share this on WhatsApp

EURO, Sukan jdt tewas0-1 dengan nagoya grampus 22.6.2021, ulasan jdt 0-1 nagoya grampus afc 22.6.2021, ulasan jdt 0-1 vs nagoya grampus 22.6.2021

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.