
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak perlu kecewa dengan kegagalan melakar kemenangan selepas tewas tipis 0-1 kepada Nagoya Grampus pada aksi Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi. Ikutkan game yang fight sebenarnya. Boleh je makan lawan team dari jepun nih. Takdalah kuat sangat pun.
Gol kontroversi dihasilkan Hiroyuki Abe mencetus persoalan selepas barisan pemain JDT menyangka Ryogo Yamasaki berada di posisi ofsaid apabila bertindak memperlahankan perlawanan namun pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohamed Abdulla Hassan mengesahkan jaringan itu.
Lebih malang gol penyamaan Bergson Da Silva pada minit akhir perlawanan tidak dikira dan misi skuad Harimau Selatan sekurang-kurang meraih satu mata tidak kesampaian. [Read more…] about JDT TEWAS TIPIS KEATAS NAGOYA GRAMPUS ACL 22.6.2021