Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu dalam arena bola sepak negara apabila muncul kelab negara pertama yang melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL), selepas menundukkan Ulsan Hyundai FC 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim petang tadi. Sangat dramatik. Kita dah diambang kegagalalan.
KEPUTUSAN PENUH :
JDT 2-1 ULSAN HYUNDAI
Jaringan oleh :
- Velaquez 5 “
- Jun Amano 7″
- Park Yong-Woo 94 (gol sendiri) .
JDT DI DEPAN AWAL MINIT 5,
Gol pertama JDT hadir seawal minit kelima perlawanan, menerusi sepakan percuma Leandro Velazquez, selepas Bergson Da Silva dijatuhkan Won Dujae. Sepakan lencong ke sebelah kanan memang sukar nak ambil bola tuh. Keeper hanya sempat lompat ,tetapi tak dapat sentuh bola tuh. Memang cantik!!.
KELEKAAN MEMBAWA PADAH!!!
Namun skuad kendalian Benjamin Mora tidak sempat meraikan jaringan itu, apabila pasukan Korea Selatan meledak gawang tuan rumah seminit kemudian, sekali gus menyamakan kedudukan menerusi rembatan Jun Amano.
JDT hampir mendahului pada minit ke-24, namun linesmen pantas menaikkan bendera, menafikan gol jaringan Fernando Forestieri itu tidak dikira pengadil Nawaf Abdulla Shukralla kerana dikatakan ofsaid selepas menerima umpanan Aqif Fazail.
Kedua-dua pasukan dilihat terus berhempas pulas dan tertekan untuk menambah jaringan masing-masing dengan melakukan serangan bertubi-tubi, namun gagal meledak gawang.
Gol waktu kecederaan, KEMENANGAN BUAT JDT!!
Sebelum 10-15 game habis, pemain jdt sebelum ini memang bertungkus-lumus agressive membuat serangan balas. Masa paling kritikal, sepakan kencang safawi rashid kena palang sebelah kanan, keeper korea dah tertewas terpusing nak tengok kemana gol itu. Masa itu juga, Benjamin mora dah keluar air mata beb. Sedih.
Bagaimanapun, pada ketika perlawanan hampir berkesudahan dengan seri dan menyebabkan JDT terkeluar dari persaingan, serangan terakhir pasukan itu pada minit ke-94 menerusi Arif Aiman Hanapi ke dalam kotak penalti, telah ditolak masuk ke gol sendiri oleh Park Yong-Woo, sekali gus memberikan gol kemenangan kepada JDT pada minit ke-94.
Dia shoot, pemain korea nak clear, tapi dah kelam kabut kan masa tuh. Jadinya pastinya ada berlaku kesilapan. Mungkin dia ingat orang belakang nak sambar, tapi dia sambar dulu dah tershot ke dalam gawang sendiri.
Dalam serentak itu juga, pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Kawasaki Frontale dari Jepun mencatat kemenangan ketiga apabila menumpaskan pasukan di kedudukan tercorot, Guangzhou FC 1-0.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN I :
- JDT 13 MATA
- KAWASAKI FRONTALE 11 MATA
- ULSAN HYUNDAI 10 MATA
- GUANGZHAO 0 MATA
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply