Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Personal / JANGAN PENDAM, NANTI JIWA KAU SAKIT

JANGAN PENDAM, NANTI JIWA KAU SAKIT

Zik · Jul 5, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

mental, mental health

JANGAN PENDAM, NANTI JIWA KAU SAKIT

Pengguna Twitter, Mentalist Joker menegaskan bahawa kita perlu meluahkan apa yang kita alami pada hari ini atau sebelumnya yang menyebabkan jiwa dan fikiran terbeban, kerana ia amat penting untuk kesihatan mental.

“Apa saja yang kau alami hari ini dan semalam. Sehingga buat jiwa dan fikiran kau terbeban. Jangan simpan. Luahkan pada seseorang. Sebab ini penting untuk kesihatan mental”, katanya.

https://twitter.com/dairijoker/status/1269497721762664449?s=20

KENAPA TIDAK BOLEH PENDAM?? 

Dia memberitahu, pendam perasaan terutamanya perasaan yang negatif pada masa yang lama akan memberi kesan yang mendalam pada seseorang individu. Lama kelamaan, ia akan menyebabkan jiwa dan fikiran kita menjadi terus negatif.

Contohnya cepat marah, merasakan diri seperti tidak selamat dan hidup seolah olah seperti sebuah robot. Jika tidak dikawal, kita juga tidak dapat selesaikan masalah yang dipendam selama ini.

CARA LUAH PERASAAN

Apa jua perkara yang berlaku, kita kenalah berusaha untuk meluahkan perasaan kita pada orang lain. Tapi siapa? Sudah tentulah Ibu bapa kita. Kemudian, adik beradik kita, kawan baik kita dan kekasih kita(jika ada).

Bagaimana kalau tiada satupun antara mereka? Kalau begitu, carilah orang lain untuk luahkan perasaan kita. Kita boleh menghubungi Befrienders KL atau Talian Kasih 15999.

Namun, jangan salah orang ketika ingin meluahkan perasaan. Orang yang salah akan berkata macam macam yang menyakitkan hati. Orang yang disebutkan tadi adalah professional jadi mereka tidak akan menyalahkan atau menuding jari kepada kita. Lagipun, kita mungkin tidak mahu solusi tetapi hanya mahu bercerita.

“Kesannya bila kau terlalu lama pendam. Akan buat kau jadi seorang pendiam dan tak bercakap. Sebab kau anggap orang sekeliling tak faham diri kau. End up, kau ambil keputusan untuk diam. Bila terlalu lama jadi pendiam kau akan rasa kurang keyakinan diri. Kau rasa diri kau lain”, katanya lagi.

Pengguna Twitter itu juga menegaskan bahawa orang di sekeliling kita akan lihat kita seperti tiada nilai jika kita tidak ubah sikap dan perangai lama. Ada juga individu memberitahu yang tiada siapa menghiraukannya, keluarga tidak memberi sokongan dan kawan kawan menjauhkan diri kerana dia sendiri tidak ubah sikap.

Jika anda ingin bantuan Mentalist Joker dalam masalah ini, anda boleh hubunginya di link di bawah. Ada bayaran beserta include consultation dan simptom diagnose mental health. Buat masa sekarang, kena tunggu giliran. Lambat sikit. Anda boleh hubungi Befrienders KL atau Talian Kasih 15999.

https://twitter.com/dairijoker/status/1269497758643187712?s=20

Merawat itu penting, mencegah itu lebih baik. Jika tidak diurus atau dikawal dengan baik, masalah ini akan berlarutan sehinggakan ada yang berniat untuk tidak bercakap dengan sesiapa. Itu saja perkongsian kami. Mohon share pada rakan rakan.

Share this on WhatsApp

Personal jangan pendam perasaan, kita perlu luahkan apa yang kita alami hari ini sebelum jiwa kita terbeban

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.