Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Ini stadium Kita, malaysia vs vietnam (Tan Cheng Hoe)

Ini stadium Kita, malaysia vs vietnam (Tan Cheng Hoe)

Zik · Dec 11, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

tan cheng ho,

Ya, ini adalah stadium keramat kita, kita harus gunakan manfaat sebagai tuan rumah pada aksi perlawanan akhir yang pertama di tempat kita malam ini!!

Aura ‘berapi’ Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi ditagih skuad Harimau Malaya apabila turun melayan kunjungan Vietnam pada aksi final pertama Piala AFF 2018 bagi membawa kelebihan jaringan sebelum bertandang ke Hanoi bagi aksi timbal balik Sabtu ini.

Pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe berkata, sokongan padu penyokong setia amat diperlukan seperti ketika menang ke atas Myanmar 3-0 (Kumpulan A) dan seri tanpa jaringan dengan Thailand (separuh akhir pertama) sebelum ini.

“Kita tahu pasukan Vietnam satu pasukan cukup kuat dan kita kena ambik peluang sebaik-baiknya apabila beraksi di gelanggang sendiri dengan 80,000 penyokong tempatan akan berada di stadium nanti.

“Dengan sokongan padu itu, pemain akan dapat semangat, motivasi dan aura berbeza. Dalam bola sepak sudah semestinya bila kita dapat gol baru boleh menang, jadi pemain perlu gunakan peluang di tempat sendiri untuk mencipta jaringan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pra-perlawanan final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Kelmarin keghairahan penyokong tempatan terserlah apabila ribuan penyokong berasak-asak untuk mendapatkan tiket dengan semua 80,000 tiket dijual hanya dalam tempoh setengah jam kaunter di buka pada jam 10 pagi.

Sememangnya sokongan padu ‘pemain ke-12’ terbukti berkesan apabila Myanmar dan Thailand yang diletakkan sebagai pasukan pilihan gagal beraksi dengan baik di Bukit Jalil.

Jelas Cheng Hoe lagi, biarpun rekod pasukan sedikit tercalar pada kempen AFF kali ini selepas tewas 0-2 kepada Vietnam di peringkat kumpulan sebelum ini, beliau percaya anak buahnya sudah belajar daripada kekalahan itu dan bersedia untuk mengecewakan skuad kendalian Park Hang-Seo itu.

“Saya yakin jurulatih Vietnam akan menganalisa dan membuat persediaan menentang kita. Tapi saya tetap ada keyakinan tinggi terhadap pemain yang mereka mampu memberi kejutan terbesar kepada Vietnam malam esok,” katanya.

Beliau yang pernah menjulang trofi berkenaan pada 2010 sebagai penolong jurulatih, Datuk K Rajagobal turut mengesahkan bakal melakukan rombakan kecil di bahagian pertahanan selepas dua tonggak iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak dan Syazwan Andik masih belum pulih sepenuhnya.

“Aidil dan Syazwan masih belum berlatih bersama pasukan lagi dan kita akan pantau mereka hingga esok. Kita perlukan kesebelasan utama namun walau sesiapa diturunkan nanti diharapkan boleh bagi impak yang sama untuk pasukan,” jelas bekas pengendali Kedah itu.

Share this on WhatsApp

Sukan aff suzuki cup malaysia vs vietnam, kelebihan buat malaysia di stadium bukit jalil malaysia vs vietnam 2018, malaysia vs vietnam, taring harimau malaya

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.