
Ya, sudah dijangkakan perlawanan ini akan bertemu semula malaysia vs vietnam dalam pentas akhir piala aff suzuki 2018 pada 11 dan 15 disember ini minggu hadapan. Kita tak pasti mampukah kita memenuhkan stadium di pentas akhir kali ini.
Vietnam mara ke final tumpaskan filipina.
Vietnam sudah mengesahkan tempat apabila menewaskan pasukan philippines 2-1 juga di tempat sendiri dan keputusan aggregate 4-2 melayakkan diri ke pentas akhir bertemu semula dengan pasukan malaysia.Lain pula perlawanan semalam, malaysia vs thailand memang sangat struggle perlawanan semalam. Vietnam pula bermain taktikal yang agak berbeza.10 minit terakhirmereka berjaya menjaringkan 2 gol, satu dari philippines. Perlawanan akhir ini pastinya berbeza dengan perlawanan di peringkat kumpulan. Kita akui pasukan malaysia telah tewas 0-2 pada perlawanan peringkat kumpulan A di vietnam tempohari. Bagaimana pula perlawanan akhir nanti??
Kita harap Tan Cheng Hoe sudah take noted perlawanan yang lepas dan juga perlawanan yang baru sahaja berlangsung tadi. Kena tengok apa titik kelemahan dan cari apakah taktikal yang sesuai untuk menewaskan pasukan vietnam yang dibarisi ramai pemain muda. Mereka juga menggunakan khidmat jurulatih tempatan memberi kemudahan dari segi bahasa.
Ianya sudah tentu memerlukan sokongan padu buat semua pemain dan juga pemain no12. Walaupun jatuh pada hari biasa, namun kita harap sokongan padu dari rakyat malaysia memberikan persembahan yang terbaik sebelum bertandang ke vietnam. Kita harap sangat malaysia ada bekalan yang selesa dari bukit jalil.
Janganlah hanya berharap nasib sahaja. Kita harapkan pemain lebih bersedia dari segi mental dan segala bentuk cabaran yang kita hadapi nanti. All the best buat skuad harimau malaya nanti ok!!
JADUAL FINAL PIALA AFF SUZUKI CUP 2018. FIRST LEG
MALAYSIA vs VIETNAM
11 Disember 2018, Selasa
Stadium Nasional Bukit Jalil
JAM : 8:30 MALAM.
Nantikannya!!!

Leave a Reply