Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / ‘Naga Emas’ risau Harimau Malaya mengaum di My Dinh Stadium (aff suzuki 2018!)

‘Naga Emas’ risau Harimau Malaya mengaum di My Dinh Stadium (aff suzuki 2018!)

Zik · Dec 14, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

harimau malaya, harimau,

Aummmm..

Skuad gajah perang di Stadium Rajamangala pun kita mampu tewaskan, takkan naga emas pun kita tak mampu kalahkan di Hanoi nanti!!

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Vietnam Tran Dinh Trong mengakui mereka perlu berwaspada dengan ancaman Harimau Malaya yang diberi jolokan ‘jaguh kebangkitan’ (king of comeback) dalam kempen bola sepak Piala AFF 2018.

Pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, skuad Naga Emas kendalian Park Hang-seo itu sudah merasai penangan kebangkitan pasukan negara apabila diikat 2-2 meskipun mendahului 2-0.

Malah Malaysia yang dibimbing Tan Cheng Hoe turut mengejar lawan dari belakang ketika menang 3-1 ke atas Laos pada aksi peringkat kumpulan dan seri 2-2 ketika menyingkirkan juara bertahan Thailand di separuh akhir.

Dinh Trong berkata, mereka perlu lebih bersedia untuk menyekat serangan Malaysia di Hanoi dalam misi memburu kejuaraan kedua selepas 2008.

“Kami perlu memberi perhatian penuh dan membuat persiapan rapi untuk memperbaiki kelemahan.

“Kami cuba untuk mendapatkan keputusan baik pada perlawanan pertama. Tapi saya kecewa kerana hanya seri walaupun keputusan itu biasa dalam bola sepak,” katanya.

Susulan keputusan seri 2-2 pada pertemuan pertama, Vietnam yang menduduki ranking ke-100 dunia memiliki sedikit kelebihan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.

Pemain berusia 21 tahun itu berkata, mereka tidak risau dengan keputusan perlawanan pertama kerana yakin untuk mendapat keputusan baik seperti ketika membenam Harimau Malaya 2-0 pada aksi peringkat kumpulan.

“Dua gol dengan keputusan seri itu nampak seperti memberi kelebihan kepada kami tapi ia bukan kelebihan yang besar. Kami perlu memastikan gawang kami tidak dibolosi.

“Tapi kami tidak terlalu bimbang dengan keputusan seri ini, ia bukan satu masalah dan kami sudah tidak sabar untuk beraksi perlawanan kedua,” katanya.

 

 

Pada pendapat aku ialah perlu fokus dan jangan buat kesilapan yang sama pada perlawanan pertama final di bukit jalil tempohari. Selain kita sudah ada dua pemain tunggak yang boleh beraksi semula di perlawanan timbal balik ini, syahmi safawi dan aidil zakuan. Menguatkan lagi jentera pertahanan.

Yang kita mahu ialah penyudah kena betul-betul manfaatkan peluang yang ada.

 

credit to harianmetro
Share this on WhatsApp

Sukan keresahan skuad vietnam bertemu malaysia di hanoi (aff suzuki cup 2018), naga emas risau harimau mengaum, pemain vietnam takut kebangkitan pasukan malaysia di vietnam 2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.