Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFC CUP / Ini salah AFC, Sarbegeth Singh

Ini salah AFC, Sarbegeth Singh

Zik · Mar 28, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

afc

Ini lagi sorang yang tak move on lagi.

Semua salah AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) dan tolonglah bangun jangan tidur lagi.” Serbegeth Singh

Itu kritikan dilemparkan pengkritik tegar bola sepak tempatan, Serbegeth Singh terhadap AFC yang menukar format pertandingan pada saat akhir, sekali gus menyaksikan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara menjadi mangsa pengurusan lemah badan induk bola sepak Asia itu.

Berdasarkan format pertandingan yang diubah, AFC menetapkan keputusan menentang pasukan di tangga tercorot setiap kumpulan tidak akan dikira susulan penarikan diri Pakistan dalam Kumpulan F yang menyaksikan Malaysia gagal ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC di Bangkok tahun depan.

serbegeth singh

Sepatutnya layak. 

Jika dilihat perkiraan secara matematik, anak buah Datuk Ong Kim Swee sebenarnya adalah calon terakhir daripada 16 pasukan yang layak jika semua aksi Kumpulan J diambil kira dengan menewaskan Filipina 3-0, Laos 1-0 dan seri 2-2 dengan China, malam kelmarin.

Ia meletakkan pasukan negara di tangga keempat terbaik daripada 11 kumpulan iaitu bersama Australia, Iran dan Arab Saudi, sekali gus menolak Syria ke tangga kelima berikutan Malaysia mempunyai kelebihan enam gol berbanding Syria yang hanya merekodkan lima jaringan.

Jelas Serbegeth atau lebih dipopular dengan panggilan Shebby, perubahan format AFC sebenarnya ‘membunuh’ permainan bola sepak di rantau ini dan mereka harus bertanggungjawab dengan ‘kemusnahan’ itu.

“Ini bukan menguruskan kejohanan peringkat sekolah atau kawasan perumahan, tapi ini pertandingan peringkat Asia yang tidak sepatutnya terjadi.

“Banyak pasukan menjadi mangsa dengan kesilapan AFC menukar format apabila Pakistan menarik diri secara tiba-tiba, disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga.

“Mereka (AFC) kena ingat, setiap pasukan bertanding sudah mengeluarkan bajet yang besar semata-mata untuk layak ke pusingan akhir dan juga Sukan Olimpik yang mana ia menawarkan empat tempat ke Olimpik.

“Jadi, kekalahan Malaysia bagi saya berpunca daripada AFC dan mereka kena bertanggungjawab dan betulkan segala-galanya. Jangan fikir jalan mudah atau jalan singkat kerana cara pengurusan AFC ini akan merosakkan bola sepak Asia,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Kelmarin, impian skuad bola sepak negara untuk mengulangi pencapaian tahun lalu tidak kesampaian apabila skuad kendalian Kim Swee sekadar menamatkan perjuangan di tangga ketujuh dalam perebutan muncul empat pasukan naib juara terbaik untuk layak ke kejohanan AFC tahun depan.

Bagi aku move on jerla. Kita fokus kepada kejohanan yang akan datang ini bulan 6 barangkali kelayakkan piala dunia, dan bulan 11 sukan sea 2019. Semua star-star ada lagi tuh. Ini barisan pemain yang terbaik untuk skuad bawah 23 tahun kali ini. So awas semua!!!

 

credit to hmetro.com.my

Share this on WhatsApp

AFC CUP, Sukan afc tukar syarat kelayakkan piala afc u23 2020, malaysia tidak layak ke afc u23 2020 salah afc, serbegeth singh kritik afc secara lantang

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.