Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / FAM kena ‘melabur’ untuk Cheng Hoe

FAM kena ‘melabur’ untuk Cheng Hoe

Zik · Dec 18, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

tan cheng ho,

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh berpendapat Tan Cheng Hoe perlu dikekalkan untuk membimbing Harimau Malaya namun dengan syarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bersedia membuat pelaburan ke atas pengendali itu.

Aku setuju dengan pengkiritik yang lantang ini, serbegeth Singh, ini untuk masa depan pasukan kebangsaan. Jika kita mahu pergi jauh. 

Beliau berkata, FAM perlu menyediakan perancangan untuk meningkatkan kebolehan Cheng Hoe termasuk menghantar jurulatih berusia 50 tahun itu berguru di luar negara.

“Pada pendapat saya, berdasarkan pencapaian di Piala AFF, Cheng Hoe harus dikekalkan. Ini bukan kerana skuad Harimau Malaya mencapai sasaran layak ke final tapi saya melihat motivasi tinggi pemain dan keharmonian yang berjaya dipupuk pengendali itu dalam pasukan.

“Dan jika FAM mahu menawarkan kontrak baharu, FAM perlu bersedia untuk melabur ke atasnya, maksudnya di sini adalah menambah ilmu jurulatih itu dengan menghantarnya menyertai kursus atau latihan dengan pasukan di luar negara.

“Saya yakin dengan pelaburan itu akan membantu Cheng Hoe menyediakan pasukan lebih baik pada masa akan datang,” kata Serbegeth kepada Sukan NSTP, hari ini.

Kedudukan Cheng Hoe belum diputuskan oleh FAM meskipun kontrak bekas pengendali Kedah itu bakal berakhir hujung bulan ini. Kita harap kontrak diteruskan untuk Tan Chong Ho pergi jauh.

Terdahulu beliau dilantik sebagai penolong jurulatih, Nelo Vingada sebelum mengambil alih tugas pengendali kelahiran Portugal itu pada Disember tahun lalu.

Rekod Kemenangan TCH. 

Sepanjang membimbing Harimau Malaya, Cheng Hoe berjaya mencatat lapan kali kemenangan, kalah (5), seri (3) serta memperbaiki kedudukan ranking ke-174 kepada 167 dunia.

Menurut Serbegeth, masih banyak aspek yang perlu diperbaiki Cheng Hoe dalam pasukan itu selepas tewas 2-3 di tangan Vietnam pada final Piala AFF 2018.

“Pada saya, Cheng Hoe perlu ada dua cara permainan, kita tidak boleh main ‘satu lagu’ saja. Bila satu cara tak boleh, kita boleh tukar cara lain untuk mengatasi lawan.

“Selain itu, beliau perlu menambah senarai pemain untuk memastikan lebih ramai pilihan pemain yang boleh bersaing dalam kesebelasan utama,” katanya yang kini menjadi pengkritik di televisyen antarabangsa.

Taktikal yang diterapkan oleh Tan Cheng Ho mudah dibaca. So kena ada banyak lagi taktikal yang tch kena belajar lagi.

 

Share this on WhatsApp

Sukan FAM kena 'melabur' untuk Cheng Hoe, tan cheng hoe perlu belajar lagi mendapat ilmu jurulatih

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.