Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFC CUP / Piala AFC diteruskan tanpa Kedah dan Terengganu

Piala AFC diteruskan tanpa Kedah dan Terengganu

Zik · Jul 6, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

piala afc, jdt julang piala afc 2015,

PENYERTAAN AFC KEDAH DAN TERENGGANU DIBATALKAN, TETAPI TIDAK DIKENAKAN PENALTI . 

PETALING JAYA : Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC (TFC) untuk beraksi di pentas Asia tidak kesampaian selepas penyertaan empat kumpulan dalam saingan Piala AFC terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terpaksa membuat keputusan berkenaan selepas mengambil kira keadaan semasa penularan Covid-19 yang semakin buruk di rantau Asean dan Asia Selatan.

Pertandingan itu pada mulanya dijadualkan berlangsung pada Jun namun keputusan Singapura menarik diri sebagai tuan rumah menyaksikan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) perlu menunda tarikh ke akhir Julai untuk mencari venue baharu.

Begitupun, disebabkan kes semakin meningkat menyaksikan kesukaran untuk mendapatkan venue baharu dan tiada pasukan yang menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah.

“Jawatankuasa AFC telah bersetuju untuk mengekalkan struktur keseluruhan pertandingan yang akan menyaksikan hanya enam daripada 10 kumpulan yang akan meneruskan pertandingan tersebut.

“Mereka yang berada dalam kumpulan yang terlibat dengan pandemik Covid-19 akan menyaksikan perlawanan mereka dibatalkan dan diakui sebagai peristiwa ‘force majeure’.

“Ia melibatkan kumpulan D, G, H dan I iaitu dari zon Asia Selatan dan Asean sekali gus menyaksikan Terengganu dan Kedah tidak dapat bermain namun mereka tidak akan dikenakan denda atau lesen AFC digantung,” menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan AFC, hari ini.

 

Bertabahlah, memanglah kalau boleh pasukan di malaysia ini mahu berikan yang terbaik , tetapi keselamatan pemain dan juga staff juga penting. Kalau boleh kita tunggu keadaan pandemik ini redalah. Harap tahun depan mereka dapatlah wakil untuk malaysia nanti ok.
Share this on WhatsApp

AFC CUP, Sukan kedah dan terengganu dibatalkan penyertaan afc 2021, Piala AFC diteruskan tanpa Kedah dan Terengganu

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.