• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Imam muda 2 2011 minggu ke3, (keluarga)

Imam muda 2 2011 minggu ke3, (keluarga)

Zik · May 15, 2011 · 31 Comments

Share this on WhatsApp

imam muda minggu ke 3, imam muda minggu ke 3 2011, imam muda 2011, imam muda musim 2, Minggu lepas kita ketahui 4 imam muda yang berada dikedudukan terendah iaitu Imam muda mujahid, ali, fadli dan Najdi. Jadinya mereka didenda untuk membuat kerja amal yang disifatkan dapat mengeratkan siraturrahim diantara penduduk tempatan dan erti kehidupan hidup bermasyarakat.

Kerja-kerja yang 4 IM buat dibanting ialah mencangkul, cuci tandas, mengecat bersihkan masjid dan macam-macam lagilah. Syabas diucapkan buat 4 imam muda.

Kedudukan terkini imam muda minggu ke 2 (kelahiran).

  1. IM Fakrul
  2. IM Fatah
  3. IM Hassan
  4. IM Azlan
  5. IM Amar
  6. IM Nazrul
  7. IM Mujahid
  8. IM Fadli
  9. IM Ali
  10. IM Najdi

Tema minggu ke 3

Bertemakan keluarga yang mana tugasan kali ini benar-benar menguji imam muda untuk bercampur bersama dengan masyarakat tempatan. Ia satu kelainan berbanding imam muda musim pertama.

Jadinya IM ini dipecahkan kepada 5 kumpulan, satu kumpulan 2 orang. Mereka diberi satu/dua keluarga angkat setiap kumpulan. Keluarga angkat yang bakal IM terima ialah golongan yang berhak mendapat zakat (8 golongan asnaf). Maknanya ialah bakal keluarga angkat mereka ini dari kalangan orang yang kurang bernasib baik, muallaf, dan sebagainya. Dakwah Bil Hal

Bertempat di PPR Kampung Limau.(Pantai Dalam)

Rumusan dari kerja mereka, semuanya melakukan tugas dengan baik sekali. Biarpun ada beberapa perkara yang dilihat agak kontroversi, tetapi IM bijak mengawalnya dengan tenang dan sabar. Mereka dilihat matang dan sentiasa optimis dengan keadaan yang agak tegang.

Keramahan yang natural dari 10 IM dalam tugasan kali ini, tepapar dari screen laptop ini. Mereka bukan sahaja beramah mesra dengan keluarga angkat ini, bahkan memberi nasihat, sembahyang berjamaah, menolong memasak, dan bersosial bersama penduduk setempat. Dalam pada itu, IM turut turun padang menolong keluarga angkat mereka ini mencari rezeki dengan berniaga, menyelami bagaimana keluarga ini membanting tulang demi sesuap nasi kelaurga mereka. Ini terbukti tugas IM bukan menjadi Imam, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian.

5 Soalan Imam muda:

  1. Jelaskan tiga hikmah poligami yang menyebabkan konflik rumah tangga?
  2. Sebutkan tiga perkara yang menyebabkan konflik rumah tangga?
  3. Apakah yang dimaksudkan dengan kemanisan iman ?
  4. Kenapakah kita perlu menunaikan solat?
  5. Bagaimanakah mahu memperolehir ketenangan jiwa?

Jawapan:

1:

  • Melindungi kaum wanita.
  • Mengajar suami erti tanggungjawab yang sebenar
  • Memberi suami peluang untuk mendapatkan zuriat

2.

  • Masalah seksual
  • Masalah kewangan
  • Campur tangan pihak ketiga dalam keluarga

3. Kemanisan iman ialah rasa kepuasan ketika melakukan ibadah kepada Allah.
4. Ingin berasa syukur kepada Allah S.W.T
5. Mendekatkan diri kepada Allah.

IM bersajak dan membaca surah Dhuha

Dimulakan oleh IM Fatah dan IM Fakrul dengan bacaan sajak tentang kekeluargaan. Kemudian IM Najdi, Fadli, Hassan, dan Ali membaca surah Dhuha dengan bergilir-gilir.

Komen dari 4 Mursyid:

Peningkatan dari praktikal, sifat kepimpinan yang wajar kita contohi. Dalam membentuk keluarga yang bahagia. Permasalahan mungkin tidak sama setiap keluarga, tetapi dengan kehadiran IM ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada keluarga angkat yang mereka datang. Saling membantu, diantara satu sama lain. Tak kira pangkat, apa jua kedudukan. Komunikasi yang semakin baik IM Fadli. IM Ali, yang mesra dengan keluarga angkat tidak kekok. Ujian bertulis IM Azlan, berusaha sungguh-sungguh dalam menjawabnya dan IM Najdi ada peningkatan. Jauhi sikap bongkak dengan ilmu yang ada, dan jangan rasa malu untuk belajar. 2 sifat orang yang tidak belajar, orang yang malu dan orang yang sombong.

Penyingkiran.

Tuan Mudir HJ Hassan al Hafiz. Mengumumkan tiada penyingkiran minggu ini, kerana semua IM mendapat markah yang banyak dalam teori dan praktikal. Syabas diucapkan. Semoga terus maintain dengan prestasi minggu ini dan minggu yang akan datang. Terima kasih Bank Islam (penaja).

Untuk menonton secara online youtube.com dibawah ini.

Part 1

Part2

Part3

Part4


Selamat menonton!!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan download imam muda minggu ke3, Imam muda 2 2011 minggu ke3 (keluarga), Imam muda 2 2011 minggu ke3 tema keluarga, imam muda 2011, imam muda minggu ke 3 2011, imam muda minggu ke3 tonton online, kedudukan imam muda minggu ke3, laporan ringkas imam muda minggu ke3 2011, tema minggu ke3 imam muda 2011, tonton online imam muda2 minggu ke3

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. mihnaz says

    May 15, 2011 at 10:33 am

    Program yang baik dan perlu di banyakkan lagi untuk tatapan masyarakat…moga IM kali kedua memberi inspirasi pada semua anak2 muda terutama lelaki untuk menyimpan impian sebagai IM dalam diri masing2…

    Reply
    • Zik says

      May 19, 2011 at 2:36 am

      ya betul tuh…

      Reply
  2. Sabahan Bloggers Club says

    May 15, 2011 at 10:51 am

    Bagus juga program ni, boleh meramaikan imam-imam kat Malaysia.

    Reply
    • Zik says

      May 19, 2011 at 10:26 am

      lagi banyak lagi bagus…dari melahirkan artis2.. huhu

      Reply
  3. wandisini says

    May 15, 2011 at 1:01 pm

    “Kemanisan iman ialah rasa kepuasan ketika melakukan ibadah kepada Allah” baru aku tahu apa itu kemanisan iman

    Reply
    • Zik says

      May 19, 2011 at 10:32 am

      sama-sama kita belajar ilmu baru

      Reply
  4. zezebel says

    May 15, 2011 at 3:03 pm

    Program realiti sebegini rasanya lebih baik berbanding sesetengah program yang entah apa-apa je…

    Reply
    • Zik says

      May 19, 2011 at 11:55 pm

      diantara program yang harus diperbanyakkan lagi

      Reply
  5. Miss Tira says

    May 15, 2011 at 3:22 pm

    Banyak memberi sumbangan kepada masyarakat.. Alhamdulillah.

    Reply
    • Zik says

      May 22, 2011 at 10:13 pm

      lepas program nie pun kena beri sumbangan…

      Reply
  6. decrewz says

    May 15, 2011 at 6:28 pm

    Dah ada jawapan… Tiru sini je…he3

    Reply
    • Zik says

      May 19, 2011 at 2:37 am

      hehe.. untuk rujukan bersama..

      Reply
  7. cik azeya says

    May 15, 2011 at 7:02 pm

    bagus jugak buat kerja amal. 🙂

    Reply
    • Zik says

      May 22, 2011 at 10:46 pm

      dapat bermesra dengan penduduk setempat…

      Reply
  8. Amirez says

    May 15, 2011 at 7:33 pm

    alangkah baiknya rancangan IM ni dapat ditayangkan kat tv swasta yg lain macam TV3 atau TV9. tak semua orang mampu nak langgan astro.

    teruskan usaha sahabatku, IM Hassan 🙂

    Reply
    • Zik says

      May 22, 2011 at 10:51 pm

      kedudukan pertama minggu ke3 dan 4 rasanya.. hebat im hassan nih

      Reply
  9. Wan Perlis says

    May 16, 2011 at 12:41 am

    byk kan lagi program mcm ni
    jgn hrp imam muda ja

    Reply
    • Zik says

      May 22, 2011 at 10:52 pm

      bila muda pun ok jugak… huhu

      Reply
  10. Hisyam says

    May 16, 2011 at 1:47 am

    Dulu masa ditayangkan kat TV9 dapat gak tengok. sekarang ni astro dah tak de tak dapat nak tengok.

    Reply
    • Zik says

      May 22, 2011 at 10:54 pm

      tengok utube atau download dekat jirang .nt jer bro..aku pun tengok dari medium nih… dulu rumah sewa adalah astro.. sekarang duk kg…

      Reply
  11. suri says

    May 16, 2011 at 3:36 pm

    umh tak der astro huu…

    Reply
    • Zik says

      May 22, 2011 at 10:55 pm

      youtube dah ada ….rumah sekarang nie pun takda astro…

      Reply
  12. dizie says

    May 17, 2011 at 12:58 pm

    Membuka Mata Kepada Anak Muda Sekarang, Banyak memberi Manfaat Dan Sumbangan Kepada Masyarakat. Alhamdulillah Amin x3.

    Reply
    • Zik says

      May 22, 2011 at 10:58 pm

      Amin , semoga kita sebagai penonton ataupun pemerhati dari jauh ini.. dapat juga sedikit sebanyak berusaha untuk dapatkan ilmu dari program imam muda ini.. insyallah

      Reply
  13. nizam says

    May 17, 2011 at 8:18 pm

    memang best rancangan ini…yelah, kalau nak dibandingkan dengan program-program lain yang lebih kepada hiburan semata-mata.

    Reply
    • Zik says

      May 22, 2011 at 11:04 pm

      tak ramai yang buat liputan macam nie …yang ada af, ML, mentor.. huhu..akulah tuh..

      Reply
  14. nasslimdiet2 says

    May 18, 2011 at 12:06 pm

    Good Luck kepada semua peserta imam muda.

    Reply
    • Zik says

      May 22, 2011 at 11:15 pm

      harap mereka semua 10 IM ini kekal sehingga final

      Reply
  15. wahiza says

    June 27, 2011 at 11:54 am

    sgt mengenali imam muda hassan. pernah belajar satu kelas semasa menuntut di sg. wangi.. tumpang gembira atas kejayaan beliau. dan berdoa agar beliau berjaya..!

    Reply

Trackbacks

  1. Imam muda 2 2011 minggu ke3, (keluarga) « news@yoys says:
    May 15, 2011 at 9:23 am

    […] View original post here: Imam muda 2 2011 minggu ke3, (keluarga) […]

    Reply
  2. Imam muda minggu ke 4 2011 (krisis identiti) | Zikri Husaini says:
    May 22, 2011 at 5:37 am

    […] lepas, iaitu minggu ke3 kita melihat prestasi 10 imam muda memberangsangkan dengan semua mendapat markah yang tin… baik teori mahupun praktikal. Tiada penyingkiran dilakukan untuk minggu […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: