Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Majlis zikir yang perlu kita hadiri dan amalkan

Majlis zikir yang perlu kita hadiri dan amalkan

Zik · May 20, 2011 · 36 Comments

Share this on WhatsApp

Dewasa ini, majlis ilmu ataupun majlis zikir ini tidak banyak dihadiri oleh lapisan orang muda. Kebanyakkan umur semuanya sudah senja. Dimana anak muda ini? Pusat membeli belah,? Kepenatan baru pulang dari kerja? Sibuk berniaga? Siapkan dateline kerja yang sudah semakin hampir? 1001 alasan diberikan termasuklah yang tengah tulis ini(aku). Kadang-kadang ler.

Sabda Rasulullah s.a.w:”Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:”Apakah itu taman syurga?”Jawab baginda:”Majlis Zikir.”
(at-Tirmidzi)

Macam mana dengan majlis zikir:

Boleh jadi ialah berzikir, bertasbih dan bertasmid. Ataupun kita mendenar takirah, ceramah dari tuan imam, ustaz, penceramah untuk peringatan bersama-sama. Ataupun bermuzakarah mengenai zikir, fikir risau agama islam yang semakin hari semakin membimbangkan. Ia dilihat kepada sebagai tempat perhimpunan umat Islam untuk berzikrullah dan mempelajari ilmu.

Dalil Hadith Sahih :

Kerana terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya ALLah memiliki malaikat yang mulia yang sentiasa meronda untuk mengikuti majlis-majlis zikir. Sekiranya mereka menemui satu majlis zikir, maka mereka akan duduk di situ sambil sesama mereka akan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang di antara mereka dengan langit dunia, Setelah ahli majlis itu berpisah, maka para malaikat tadi naik ke langit. Lalu Allah bertanya kepada mereka sedangkan Dia Maha Mengetahui :

Dari Mana kamu datang?

Malaikat menjawab : Kami datang dari sisi hamba-hambaMu di dunia yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan memohon kepada Engkau.”

Allah bertanya lagi : Apa yang mereka memohon?

Mereka menjawab : Mereka memohon syurgaMu

Allah bertanya : Apakah mereka pernah melihat syurgaKu?

Mereka menjawab: Tidak, wahai Tuhan

Allah berkata : Maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat syurgaKu?

Para Malaikat berkata : Mereka juga meminta dijauhkan kepadaMu

Allah bertanya : Daripada apa yang mereka minta dijauhkan?

Mereka menjawab: Daripada nerakaMu.

Allah bertanya : Adakah mereka pernah melihat nerakaKu?

Mereka menjawab : Tidak

Allah berkata : Bagaimanakah kalau mereka pernah melihat nerakaKu?

Para malaikat memberitahu lagi : Mereka juga beristighfar kepada Engkau.

Allah berkata : Aku telah mengampuni mereka dan Aku berikan kepada mereka apa yang mereka minta dan menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta jauhkan.

Para malaikat berkata lagi : Ya Tuhan, di kalangan mereka ada seorang hamba yang bersalah. Dia melintasi majlis mereka lalu duduk bersama mereka.

Allah berkata : Aku telah ampuninya, mereka adalah kaum yang tidak merugikan sesiapa yang duduk bersama mereka.”

Insyallah, semoga ianya bermanfaat untuk aku dan anda semua. Bermuhasabah satu saat pun sudah banyak ganjarannya. Apatah lagi kita berfikir risau tentang masalah umat kita pada hari ini.

Sumber pendita. dan jompaham

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan ganjaran yang hadir majlis zikir, kelebihan majlis zikir, khaifiat majlis zikir, majlis zikir, pentingnya menghadiri majlis zikir

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Sabahan Bloggers Club says

    May 20, 2011 at 7:37 am

    Salam dan selamat pagi Zik.
    Terima kasih kerana berkongsi ilmu dipagi Jumaat…. 😉

    Reply
    • Zik says

      May 31, 2011 at 8:30 pm

      terima kasih kembali…

      Reply
  2. tengkorak emas says

    May 20, 2011 at 7:49 am

    majlis yg boleh menenangkan jiwa yang kusut..

    Reply
    • Zik says

      May 31, 2011 at 8:31 pm

      hati senang… kepala takda kusut2..

      Reply
  3. wanita bertudung hijau says

    May 20, 2011 at 8:04 am

    salam

    perkongsian yg menarik utk di baca berkali2

    sy sukakan majlis ilmu, dan sy akan pastikan sy menghadirinya at least sehari sekali, sebab majlis ilmu ini mampu menambahkan iman kita yg sentiasa ada pasang surutnya, turun dan naiknya.

    maka, langkah yg terbijak ialah menghadiri majlis ilmu ini, percayalah, berbaloi2.

    kalau x mampu nak hadirkan diri ke surau, masih boleh gunakan pendekatan teknologi kita yg canggih seperti internet, downloadlah kuliah atau ceramah atau zikir yg ada byk pilihan, ataupun dengar saja saluran radio yang mendidik jiwa seperti IKIM.FM. yang sering mengalunkan ayat suci al quran, zikir, tafsir al quran, kuliah zohor dan sebagainya.

    secara tak langsung kita jaga mata, telinga dan hati kita dengan perkara yg baik.

    sekadar menyampuk 🙂

    Reply
    • Zik says

      May 31, 2011 at 8:58 pm

      terima kasih diatas nota tambahan ini…

      Reply
  4. tips-kurus says

    May 20, 2011 at 8:07 am

    golongan muda sibuk dengan aktiviti masing-masing.. padahal ajal maut itu tak kira usia.. tq sudi share info ini. 🙂

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      May 20, 2011 at 6:39 pm

      Jangan salahkan orang muda semata-mata, sekiranya dia hanya dididik untuk mengejar dunia hingga mengabaikan akhirat.

      Reply
  5. MDHAFiZ.NET says

    May 20, 2011 at 9:31 am

    maha suci Allah..semuga aku terdiri dr kalangan yg byk manangis kerana takut akan azabMu

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 12:00 am

      Takutkan azab Allah… satu nikmat

      Reply
  6. nizam says

    May 20, 2011 at 9:44 am

    tazkirah dan perkongsian yang baik di pagi jumaat…sama-sama kita amalkan.

    Reply
    • Zik says

      May 31, 2011 at 9:00 pm

      Insyallah.. mana yang kita mampu..

      Reply
  7. esempoi says

    May 20, 2011 at 10:46 am

    mari kita sama2 beristighfar..

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 1:06 am

      bagus2…

      Reply
  8. tehr says

    May 20, 2011 at 11:45 am

    tidak merugikan sesiapa yang duduk bersama mereka
    bahkan banyak fadhilatnya

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 1:16 am

      banyak pahala dapat..

      Reply
  9. donha says

    May 20, 2011 at 12:54 pm

    betul.sokong dengan apa kata tehr. tak rugi pun kita duduk bersama mereka. seperti yang kita tahu, solat seorang dan berjemaah. bezanya 27x ganda. renung2kan..yang mana baik, dan yang mana tidak =)

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 1:19 am

      tinggal pergi jer… itulah masalahnya . mungkin disebabkan nur didalam hati itu tidak hadir… kita tak boleh nak paksa2..

      Reply
  10. bEe says

    May 20, 2011 at 1:33 pm

    Zikir adalah amat menenangkan hati yg marah 🙂

    Terima Kasih Zik di atas perkongsian ilmu di Hari Jumaat

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 2:04 am

      mudah2han kita tidak selalu marah..

      Reply
  11. Rajdev says

    May 20, 2011 at 5:21 pm

    Satu entry yang menginsafkan diri ini,thank bro zik

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 2:05 am

      terima kasih kembali… huhu

      Reply
  12. Miss Tira says

    May 20, 2011 at 8:33 pm

    Sesunggunya zikir itu dapat memadamkan api kemarahan. 🙂

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 2:06 am

      dan kita ingat betapa kedilnya diri ini…

      Reply
  13. shamizu says

    May 20, 2011 at 11:30 pm

    Info yang bagus Zik.
    Selagi masih bernyawa, dekatkan diri dengan majlis zikir.
    Dengarpun dah dapat pahala. Ia ibarat tanaman yang kita tanam
    untuk kita tuai di sana kelak.

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 2:11 am

      hasilnya pasti akan kita dapat diakhirat sana..insyallah..

      Reply
  14. decrewz says

    May 21, 2011 at 12:37 pm

    Thanks sebab kongsi.. Lepas nih kalau jai kena marah ngan user, istigfar ngan zikir banyak2….he3

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 2:12 am

      Syukran2…

      Reply
  15. Thoha says

    May 22, 2011 at 1:32 am

    Salam. Semoga ianya akan menjadi amalan bagi golongan muda..

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 2:15 am

      besar harapan … insyallah

      Reply
  16. akubiomed says

    May 22, 2011 at 2:40 pm

    Kampung sebelah isteri masih akitf mengada majlis tahlil dan kenduri kesyukuran. Ramai anak muda kampung yang hadir.

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 2:17 am

      baguslah kalau macam itu

      Reply
  17. Khidhir says

    May 22, 2011 at 7:17 pm

    peringatan yg baik..
    **anak muda tgh berblogging la zik..

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 2:17 am

      hurm betul juga..termasuklah aku …huhu.. insaf2x..

      Reply
  18. aimannajmy says

    May 31, 2011 at 11:26 pm

    ank muda skang byk ngadap internet je

    Reply
    • Zik says

      June 1, 2011 at 2:19 am

      hurm betul jugak..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.