Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Imam muda 2 2011, minggu 2 (zaman kanak-kanak)

Imam muda 2 2011, minggu 2 (zaman kanak-kanak)

Zik · May 11, 2011 · 23 Comments

Share this on WhatsApp

Imam Muda, imam muda minggu ke2, imam muda minggu2 2011 Seperti yang kita ketahui minggu lepas, 3 peserta imam muda yang berada kedudukan dibawah iaitu IM Ali, Mujahid, dan IM Fadli.

Kedudukan Imam muda minggu 1: (tema kelahiran)

  1. IM Fakrul
  2. IM Azlan
  3. IM Fatah
  4. IM Hassan
  5. IM Nazrul
  6. IM Amar
  7. IM Najdi
  8. IM Mujahid
  9. IM Ali
  10. IM Fadly

Minggu ke 2 cabarannya lebih getir. Bertemakan zaman kanak-kanak merupakan zaman dimana kanak-kanak ini kadang-kala banyak dia punya ragam. Apatah lagi perlu menjaga insan kanak-kanak yang istimewa. Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi yang susah orang nak ada. IM minggu ini diwajibkan mengharungi menyelami dan belajar untuk tangani insan istimewa.

Pengalaman IM sebelum tugasan!

Kebanyakkan imam muda ada yang belum biasa (takda pengalaman) dengan kanak-kanak. Ada yang cuba study apa yang patut. Tetapi bagi IM nazrul memang pernah menghadapi situasi dengan murid dalam mengajar, cuma katanya kemungkinan tugasan kali ini berbeza. Ternyata tugasaan kali ini memang betul tekaannya.

Tugasan di sekolah Kebangsaan Bandar Rinching .

Im disambut oleh guru-guru sambil bersalam-salaman diantara satu sama lain. Tuan mudir memberi task dengan menjadi cikgu selama 2 hari. Dengan diletakkan name tag. Kertas hijau. Diaorang kena pergi ke kantin , selama 2 minit pergi cari anak murid yang istimewa.

Untuk hari pertama:

Im melihat bagaimana guru-guru mengajar kanak-kanak istimewa ini di dalam kelas, sambil mencari jalan untuk mengajar hari kedua nanti. Pelbagai level (peringkat) kanak-kanak ini, ada yang hyper, biasa-biasa, nakal, dan macam-macam lagilah. Bukan senang tuh. Mengendalikan pelajar ini, memerlukan teknik dan kebijaksanaan untuk tangani.

Hari kedua.

Im nazrul, mengunakan kaedah berhibur, bertepuk tangan dan mengajar secara tidak langsung. Kemudian bercerita tentang dosa. Budak-budak ada juga mendengar dan ada juga yang bermain.

IM Najdi menghadapi dugaan yang agak mencabar kerana anak muridnya (hyperactive) yang sukar untuk dikawal, ada masa dia lari kesana-kemari. Bila dibaling dan diludah. Apa yang IM cakap beliau sangat terkejut dengan keadaan seperti itu. Tetapi IM najdi terus tabah.

Ada murid hilang?

IM Fatah menghadapi situasi yang agak cemas bila anak muridnya hilang. Yelah, kanak-kanak seperti ini seharusnya dijaga dengan baik. Nasib baik jumpa jugak di kereta honda civic. Macam mana boleh ada dekat situ?? Lama juga IM fatah nie cari merata tempat, tandas, kantin, tangga kelas lain. Fuhh!! Kena jaga dengan baik-baik wei.

Im muda yang lain, tidak dinyatakan tetapi rasanya lebih kurang dan ada kaedah yang lain-lain mungkin lebih kreatif. Apapun diucapkan tahniah.

Bukan senang untuk menjadi pendidik. Memerlukan banyak kesabaran, sebab itu sekarang ini banyak guru yang tak boleh tahan dengan karenah murid-murid, adalah kes-kes yang tidak diigini. Tidak sama seperti dulu. Ditambah lagi dengan media yang suka memutar belit dan menambah perisa, agar nampak lebih sensasi ceritanya.

IM Bernasyid.

Kemudian Imam muda dengan 10 anak istimewa berselawat di studio. Lagu apa, 25 nabi yang wajib diketahui. Lagu asalnya ialah kumpulan raihan, Cuma ditukar dia punya genre.  Gabungan 10 IM yang dinyanyikan sangat merdu dari mereka ini. Tak boleh tidur dibuatnya.

Komen dari 4 orang Mursyid.

Terdapat peningkatan dari IM dari segi teori dan praktikal. Namun masih ditahap cukup-cukup makan. Ada yang naik dan turun dalam kedudukan IM ini. Satu teguran yang besar dinnyatakan ialah dalam memanggil nama anak-anak istimewa ini perlu ditanya dekat-dekat bukannya menjerit kuat-kuat dan memanggilnya secara paksa. kerana mereka kurang peka dan bila dipanggil secara paksa diaorang tak suka. Seeloknya panggil dan tanya elok-elok dan jangan jerit. Insyallah diaorang akan memberi respon yang baik dan positif.

5 Soalan imam muda:

  1. Apakah method pengajaran yang sesuai dengan kognitif kanak-kanak?
  2. Apakah bahan bantu mengajar yang boleh meransang minat kanak-kanak?
  3. Apakah hukum kanak-kanak bermain anak patung?
  4. Apakah method dakwah kepada anak-anak?
  5. Apakah method yang sesuai dalam menerapkan akidah kepada anak-anak?

Jawapan:

  1. Teknik pemusatan dan teknik penceritaan
  2. Penggunaan alat pandang dengar
  3. Hukum kanak-kanak bermain anak patung adalah harus
  4. Perlu memahami sifat dan karekter mereka yang tidak suka kepada tekanan dan suka dimanjakan.
  5. Mengajar mereka berfikir dan bercerita tentang kejadian alam.

Penyingkiran:

Tuan mudir, Ustaz Hassan al Hafiz mengistiharkan ada 3 imam muda terendah ialah IM Fadli, IM Ali, IM Najdi, dan juga IM Mujahid. Jika mendapat 3 kali kad merah berturut-turut, perjalanan ke Imam muda akan ditamatkan. Namun minggu ini, kad merah dipulangkan semula ke tuan mudir.  Notis ini dikembalikan, 4 IM di kenakan untuk buat kerja amal di KG merbau Sungai buluh.

Resolusi IM Tentang Isu Kanak-Kanak.

  1. IM menyarankan agar metologi pendidikan awal kanak-kanak diterapkan kepada semua anggota masyarakat.
  2. Ibu bapa dan ahli keluarga bertanggungjawab memberikan lebih perhatian dan pengawasan kepada kanak-kanak.
  3. Masyarakat perlu lebih prihatin dan proaktif dalam membina persekitaran yang selamat dan konduksif kanak-kanak.

Sekian, tunggu IM minggu ke 3. Nantikannya. (Gambar belum update). Tunggu yer.

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan Imam muda 2 2011, imam muda episod 2 2011, imam muda minggu ke2 2011, ringkasan imam muda episod 2 2011, rumusan imam muda minggu ke2 2011, tiada penyingkiran minggu ke2 imam muda 2011

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. naimulfirdaus says

    May 11, 2011 at 5:38 am

    bersama kanak-kanak memang bukan satu tanggungjawab yg mudah..

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 2:33 am

      tambah lagi dengan kanak2 yang istimewa

      Reply
  2. tengkorak emas says

    May 11, 2011 at 8:05 am

    melentur buluh biar dari rebungnya.. πŸ™‚

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      May 11, 2011 at 4:39 pm

      Imam Ghazali menyatakan, kasihilah kanak-kanak kerana mereka masih suci dari dosa dan noda.

      Reply
    • suri says

      May 12, 2011 at 12:17 pm

      ajar dari kecil pasti dia akan ikut sampi kedewasa nnti

      Reply
  3. Ismail N says

    May 11, 2011 at 10:39 am

    Sebenonya menjaga kanak-kanak istimewa lebih mudah dari kanak-kanak biasa.. cuma untuk mengajar mereka perlukan skil yang lebih kerana cara mereka melihat sesuatu tu berbeza dari kanak-kanak biasa.. Kesabaran amat diperlukan dan kreativiti amat diperlukan πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 2:35 am

      ya .. kita yang baru dan mentah nie …tak tahu pendekatan apa yang harus dilakukan… banyakkan bersabar…

      Reply
  4. chii says

    May 11, 2011 at 12:33 pm

    kanak2 hyper? mmg satu cabaran ..chii sendiri sblm ni pernah involve ngan event kanak2 spastik…kalo kanak2 istimewa sindrom down..xde masalah..mereka lebih dgr kata berbanding yg hyper..mmg penat dok main kejar2 je gamaknya..

    aisey..umah tade astro..utube pun tade plak nk wat IM ni mcm ML…ishk

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 2:36 am

      utube ada upload… nanti next week bagi link dia… huhu

      Reply
  5. sazuwi says

    May 11, 2011 at 3:11 pm

    nak jaga kanak-kanak istimewa perlu tahu banyak aspek..
    pengalaman oleh IM memang berbaloi2..

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 2:36 am

      susah nak dapat pengalaman macam ini.. IM sangat bertuah…

      Reply
  6. wazy says

    May 11, 2011 at 5:48 pm

    Buat aktiviti bersama kanak-kanak memang menyeronokkan
    bagus juga ada tugasan macam ni dalah IM

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 2:36 am

      tugas yang harus digalas… bukan sekadar menjadi imam…

      Reply
  7. aimannajmy says

    May 11, 2011 at 9:15 pm

    wah imam muda bersama kanak2 pula.. minggu lepas tak tengok pun.. last tgk masa depa audition ja huhu

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 2:37 am

      boleh tengok dekat utube ada orang upload atau pergi ke jiwang.net (download)

      Reply
  8. Ali ridha says

    May 11, 2011 at 10:34 pm

    kena jaga budak-budak hyperactive.
    bukan satu tugas yang senang ni.

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 2:37 am

      tugas yang memerlukan kesabaran…

      Reply
  9. tehr says

    May 11, 2011 at 11:48 pm

    kanak- istemewa ni bukan calang2 cikgu boleh kawal mereka
    perlukan kebolehan yang istemewa juga

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 2:38 am

      itu baru 2 hari.. kalau yang dah bertahun-tahun tuh?? memang respek lah cikgu kat situ..

      Reply
  10. akubiomed says

    May 12, 2011 at 8:46 am

    Bukan senang hendak mengawal anak kecil kerana orang dewasa yang berakal itu kadang kala tidak mendengar cakap

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 2:39 am

      kena banyakkan bersabar.. kalau marah pun takda gunanya..sebab kanak2 ini tidak akan faham dan akan menyebabkan keadaan lebih tegang…

      Reply
  11. cik tom says

    May 13, 2011 at 5:17 pm

    cik tom xpernah tgk imam muda ni siri 1 o 2….best ke eh?

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 2:40 am

      try tengok dekat youtube.com atau download jiwang.net…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.