Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Imam muda 2 2011, minggu ke 9 (usia emas)

Imam muda 2 2011, minggu ke 9 (usia emas)

Zik · Jun 26, 2011 · 10 Comments

Share this on WhatsApp

imam muda minggu ke 9, imam muda 2 2011 minggu ke 9(usia emas), usia emas , warga emas, orng tua Golongan warga emas merupakan satu warga yang perlu diambil perhatian. Merekalah yang telah memberi sumbangan ketika masih muda, dan mereka akan tinggal pergi buat-selamanya pada bila-bila masa sahaja. Pergi mereka tidak akan kembali, hanyalah kenangan mengimbau detik-detik yang lalu. Air mata yang mengalir tidak mampu untuk mengembalikannya. Hanya doa ku kukirimkan.

Kedudukan 5 imam muda minggu ke 8:

  1. IM Fakrul
  2. IM Nazrul
  3. IM Hassan
  4. IM Azlan
  5. IM Ammar

Sebelum mereka pergi ke rumah orang tua ini. Diberi penerengan ringkas dan nasihat tunjuk ajar bagaimana untuk berhadapan dengan golongan seperti ini.

Kunjungan IM ke rumah orang tua.

Mereka membawa buah tangan sedikit untuk semua warga ini sedikit sebanyak menggembiarakan mereka dengan kehadiran imam muda ini. Setiap im diberi seorang ayah angkat untuk beramah mesra.

IM Azlan: Ayah angkat yang berpenyakit jantung, sakit lain-lain.

IM Ammar: Ayah angkat berusia 73 tahun. Lumpuh.

IM Nazrul: Ayah angkat berusia 57 tahun sudahpun menghuni sejak tahun 2005.

IM Hassan: Ayah angkat berusia 74 tahun, dah masuk rumah tua ini lebih kurang setahun.

IM Fakrul: Seorang ayah angkat Duda 67 tahun, lumpuh separuh badan.

Keseluruhan :

Setiap imam muda cuba sebaik mungkin mendalami luahan hati semua seorang ayah yang menunggu anaknya menjenguk. Ada yang tak pernah datang langsung selepas menghantar ke rumah orang tua ini. Sampai hati, ya menghantar dan lepas tuh tak jenguk langusung, bertanya khabar.

Tentulah sunyi, orang yang telah membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa, berdikari. Tetapi, inikah balasannya, seorang anak kepada ibubapa kita? Fikir-fikiran. Confirm tak masuk syurga, bau pun belum tentu. Mintak kita dijauhkan dari sifat seperti ini.

Pengetua: Mengalu-alukan kedatangan imam muda. Bukan itu sahaja, tetapi mengalakkan pihak luar datang untuk menggembirakan warga emas ini.

Imam muda hasan: Ayah angkatnya berpesan suruh anaknya datanglah jenguk walau sibuk manapun. Tak perlu rasa malu.

Siapa pengacara?

Fahrin ahmad malam hari itu, menjadi pengacara menggantikan ustaz zulkarnain yang mengalami kemalangan. Semoga beliau cepat sembuh sebelum final nanti minggu hadapan.Insyallah.

Sesi Soal-jawab: akan dikupas kemudian.

5 Soalan Imam muda :

1. Adakah solat diwajibkan ke atas warga tua yang uzur?

Wajib solat mengikut kemampuan mereka.

2. Jika warga tua yang uzur tidak mampu untuk berpuasa, apakah yang perlu dilakukan?

Qada’ puasa jika mampu, jika tidak mampu ganti, maka memadai dengan membayar fidyah.

3. Adakah orang tua yang nyanyuk diwajibkan solat ?

Tidak wajib solat ketika dia berada dalam keadaan yang nyanyuk.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan taubat?

Taubat ialah meninggalkan dosa. Ia merupakan cara terbaik bagi seseorang memohon kemaafan atas kesalahan yang telah mengaku kesalahannya.

5. Nyatakan 3 ciri-ciri taubat nasuha?

  • penyesalan atas dosa yang telah lalu.
  • mengganti semula amalan-amalan fardhu yang ditinggalkan.
  • berazam untuk tidak mengulangi kesalahan.

Komen dari tuan mursyid:

Tahniah dan syabas kerana telah menunjukkan iltizam dalam perjuangan imam muda ini. Jangan kita sesekali takut/gusar untuk membetulkan keadaan. Selamat maju jaya buat imam muda, dan cabaran selepas ini harus ditempuh seorang diri , dan dari situlah kita akan tahu asam garam dalam kehidupan.

Siapa IM yang mara ke peringkat akhir :

Tuan Mudir menggumumkan Imam muda Nazrul dan imam muda Hassan yang melangkah ke peringkat akhir.

Kedudukan imam muda minggu ke 9:

  1. Imam muda Hassan (ke final)
  2. Imam muda Nazrul (ke final)
  3. Imam  muda Fakrul
  4. Imam muda Ammar
  5. Imam muda  Azlan

Tahniah diucapkan buat imam muda hassan dan imam muda nazrul yang telah berjaya melangkah ke peringkat akhir. Minggu depan adalah minggu terakhir. Dan disitu tamatlah ulasan yang terakhir  untuk imam muda2, 2011.

Video akan diupload kemudian.

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan imam muda, imam muda 2, imam muda 2 2011 minggu ke 10, imam muda minggu ke 10, imam muda nazrul dan imam muda hassan ke final, imam muda video minggu ke 10 2011, imam muda yang ke final, tema imam muda minggu ke 10 2011, video imam muda minggu ke 10 2011, youtube imam muda minggu ke 10 2011

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Sabahan Bloggers Club says

    June 26, 2011 at 9:43 am

    Warga emas pun perlukan kasih sayang juga. Dulu saya ada ikut kawan-kawan melawat rumah orang tua dan rumah anak yatim paling kurang 2 kali setahun. Sekarang ni team dah berpecah, nak buat balik susah sikit.

    Reply
  2. Kamal Mustafa says

    June 26, 2011 at 10:37 am

    Remaja sekarang nie patut didedahkan denganperkara2 macam nie. Biar masa lapang diorang berisi sikit, Jangan nak lepak tepi pantai aje usha orang.

    Reply
  3. tehr says

    June 26, 2011 at 9:32 pm

    aku sendiri belum pernah berziarah ke rumah warga emas macam ni

    Reply
  4. wazy says

    June 26, 2011 at 9:58 pm

    kalau ada peluang teringin juga nak menziarahi warga emas macam tu

    Reply
    • dnoBiz says

      June 27, 2011 at 12:22 am

      Semoga Impian jadi kenyataan…
      sebenarnya aku agak kurang suka ketampat macam ni kerana bila tengok keadaan mereka aku jadi marah, tambahan pula bila degar cerita mereka… aku rasa nak pijak je kepada anak anak durhaka tu…
      Ps : Dulu selalu ikut jabatan kebajikan HUSM buat lawatan

      Reply
  5. Aretikz says

    June 26, 2011 at 10:36 pm

    Memang sayu melihat.. Huhu.. Apapapun, semoga berjaya mereka yang ke final.. hehe..

    Reply
  6. dnoBiz says

    June 27, 2011 at 12:18 am

    Harapnya program macam ni diteruskan,
    Ps ; aku harap program macam ni diperbanyakkan lagi

    Reply
    • Zik says

      June 28, 2011 at 1:00 am

      Insyallah harap2 sangat nih… bro aku tak boleh nak komen blog bro…tak tahu kenapa… bila dah komen… hilang macam tuh jer..

      Reply
  7. muhammad fakhruddin says

    June 28, 2011 at 1:30 pm

    Sedar tak sedar, rupanya IM 2 sudah ke penghujung. Selamat berbakti kepada masyarakat kepada para lepasan Imam Muda.

    Warga emas ialah aset masyarakat, dan ladang pahala buat anak-anak yang mengerti.

    Reply
  8. nasslimdiet2 says

    June 29, 2011 at 8:56 am

    bagus la dengan adanya program imam muda ni. dapat mengajak anak-anak muda di luar sana untuk membuat kebaikan. besar sungguh pengaruh imam muda ni terhadap masyarakat sekeliling

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.