Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Pencarian Imam Muda Musim kedua 2011 sudah bermula!!

Pencarian Imam Muda Musim kedua 2011 sudah bermula!!

Zik · Jan 8, 2011 · 64 Comments

Share this on WhatsApp

imam muda, imam muda musim kedua, logo imam muda, imam muda pencarian sudah bermula, calon-calon imam muda, jadual ujibakat imam muda 2011, imam muda 2011, penemuan dalam sebuah perjalanan kehidupan,

“Memecah tradisi satu perjalanan dalam sebuah kehidupan.”

Setelah imam muda musim pertama mendapat sambutan yang menggalakkan dari negara  kita dan juga diseluruh dunia, Imam muda 2 telah dilancarkan baru-baru ini. Musim kali ini lebih mencabar dan juga lebih mendapat banyak liputan, kerana bakal-bakal imam muda ini bukan sahaja dari negara kita, tetapi bersaing dengan negara-negara yang lain. Ia sesuatu kelainan yang cuba diperbaiki sedikit demi sedikit.

Bersifat lebih international, terbuka buat luar negara.

Pelajar-pelajar asing yang belajar di sini juga digalakkan turut serta asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. Satu faedah besar apabila mereka boleh bertutur bahasa Melayu, secara tak langsung dapat mengembangkan bahasa kebangsaan, melayu di peringkat antarabangsa.

Untuk menjadi imam yang unggul, remaja Malaysia harus didedahkan dengan persaingan antarabangsa, untuk membuktikan imam muda yang berkaliber, berdaya saing secara sihat dan juga menampakkan pemikiran global yang primitif.

Kelainan imam muda musim kedua kali ini??

Sudah tentunya, musim kali ini lebih baik, dimana penerbit rancangan ini mengakui yang pertama masih ada kekurangannya. Jadi, insyallah mereka akan lakukan yang terbaik untuk pencarian imam muda kali ini.

Bagi musim kedua, bakal imam-imam muda akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang imam, memimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Diantara cabaran baru mereka ialah bersesuaian dengan keadaan semasa seperti ekonomi, perdagangan dan perubatan Islam melalui ayat-ayat suci Al Quran. Selain itu, topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam turut akan diperkenalkan.

Imam muda musim kedua, wajar atau tidak mengambil peserta dari luar negara??survey software

“Modul dan pengisian lama masih dipraktikkan untuk musim ini, tetapi kita akan tambah modul terbaru mengikut cadangan yang banyak dikemukakan penonton pada musim lalu.

“Ia masih berteraskan kitaran kehidupan manusia seperti pendedahan kepada kes buang bayi, perkahwinan dan pengurusan jenazah di samping memperkenalkan beberapa topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam,” kata Izelan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus-menerus memberi sokongan dan meneruskan kerjasamanya untuk memantapkan program Imam Muda.

Anda berminat untuk IMAM MUDA musim kedua ini?

Bagi yang berminat menjadi pelapis serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai Imam Muda terunggul ini, anda (Lelaki sahaja ya!) dijemput hadir ke sesi temuduga seperti berikut:

22 –23 Januari: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.
28 –29 Januari: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.
11 –12 Februari: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.
19 – 20 Februari: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.
26 – 27 Februari: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
05- 06 Mac: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Beberapa peringkat akan ditapis untuk ujibakat ini!!

Sesi ujian dan temubual terbuka kepada semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan beserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim, mempunyai pengetahuan agama Islam dan mempunyai pengetahuan umum serta hal ehwal semasa yang cukup baik. Adalah diingatkan hanya 10 peserta bertuah dipilih untuk menjalani cabaran yang ditetapkan yang akan bersiaran pada 25 April 2011 di Astro Oasis.

Anda sudah bersedia untuk cabaran IMAM MUDA musim kedua??

Gossip-gossip : Kalau-kalau blog zikrihusaini.com, tiba-tiba tak update, kemungkinan besar masuk IM lah tuh kot. Keh2, gurau jer.

Sumber mstar.

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan imam muda, imam muda musim kedua, jadual ujibakat imam muda 2011, pencarian imam muda 2011, ujibakat imam muda 2011

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Ezany-Kun says

    January 8, 2011 at 9:37 am

    bro xnak cuba join ker? hehe..

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      January 8, 2011 at 11:57 pm

      Syeikh Zik malu2 kucing nampaknya πŸ˜€

      Reply
      • Zik says

        January 11, 2011 at 1:21 pm

        susah tuh… bukan calang2 orang yang boleh masuk tuh.. kalau dapat tuh , memang rezeki lah ..

        Reply
  2. mancai says

    January 8, 2011 at 9:48 am

    zik pegilah daftar… manalah tau kot2 mendapat tempat…

    Reply
    • iza says

      January 8, 2011 at 10:50 am

      Salam…
      Ya, betul tu zik…

      Reply
  3. syahrilhafiz says

    January 8, 2011 at 10:06 am

    pegi je..
    mana taw blogger zik bakal menjadi imam muda nanti
    insyaallah πŸ˜‰

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 1:45 pm

      nanti akan dipertimbangkan… huhu

      Reply
      • intan safura says

        March 14, 2011 at 8:14 pm

        pegi jelah

        Reply
        • Zik says

          March 14, 2011 at 8:19 pm

          mana sempat… banyak kerja.. huhu

          Reply
  4. Ali ridha says

    January 8, 2011 at 10:39 am

    cantik la zik nak cuba jadi imam muda.

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 1:45 pm

      hurm… tak tak confirm lagi… huhu

      Reply
  5. zoul says

    January 8, 2011 at 10:55 am

    Kalau tak jadi imam muda macam kat TV tu.. Zik jadi imam blogger pun bleh..

    Reply
    • Ali ridha says

      January 8, 2011 at 9:28 pm

      boleh la tu.jadi imam untuk blogger.

      Reply
  6. iza says

    January 8, 2011 at 10:57 am

    Menunggu kemunculan zik dlm tv…

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 1:54 pm

      kalau ada rezeki kak..huhu

      Reply
  7. MDHAFiZ.NET says

    January 8, 2011 at 11:37 am

    setuju kalau pelajar luar negara ikut sama.. sbbnya boleh bertukar ilmu agama dr tempat diaorang…

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 1:56 pm

      betul juga..boleh lah kongsi2 pengalaman sebelum itu…

      Reply
  8. yoy says

    January 8, 2011 at 12:07 pm

    inilah masanya zik..pegi audition nanti..aku support:)

    Reply
    • suri says

      January 9, 2011 at 2:01 am

      zik apa lagi langkah kaki kanan le

      Reply
  9. cinema Melayu says

    January 8, 2011 at 12:15 pm

    wah! hope ramai peserta yg lebih berbakat

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:01 pm

      insyallah.. mereka memang semua berbakat besar nie…

      Reply
  10. azizan4444 says

    January 8, 2011 at 12:32 pm

    nak join imam muda ni bukan calang2 org je.ilmu tu banyak nk kena ada..hehe..klu zik try kawan2 blog support ni..

    Reply
    • faizal says

      January 8, 2011 at 3:47 pm

      setuju2..hehe

      Reply
      • suri says

        January 9, 2011 at 2:01 am

        calon2nya adalah.. hee.. zik masuk le..pasni agaknya kak suri teros langgan astro id itu heee

        Reply
  11. akubiomed says

    January 8, 2011 at 12:33 pm

    Siapakah bakal calon-calon peserta program Imam Muda musim kedua

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:04 pm

      akan kita ketahuinya, bulan 4 ini nanti…

      Reply
  12. tehr says

    January 8, 2011 at 1:07 pm

    awal2 lagi aku memang tak layak
    sebab dah tua

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:07 pm

      hehe…. cukur misai n trim janggut.. mesti nampak muda..keke

      Reply
  13. etomyam says

    January 8, 2011 at 2:44 pm

    semoga lebih banyak program macam ni

    Reply
    • Ladfe Amir says

      January 9, 2011 at 4:28 am

      betul tu bro..asyik hiburan aje yg diutamakan. tak bestlah macam ni

      Reply
  14. dnobiz says

    January 8, 2011 at 3:27 pm

    Program macam ni la yang sepatutnya diketengahkan πŸ˜€

    Reply
  15. zulkbo says

    January 8, 2011 at 6:33 pm

    salam Zikr..
    kenapa tak cuba..mana
    tahu rezeki anda kan..?

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:08 pm

      nanti akan diusahakan…

      Reply
  16. adele says

    January 8, 2011 at 7:48 pm

    gadis melayu tu lebih baik tukar kepada imamah muda..huhuhu

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:24 pm

      betul juga….

      Reply
  17. Sir Marcello says

    January 8, 2011 at 10:21 pm

    hah peluang baik nie…tak nak cuba?

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:25 pm

      kalau berkesempatan, akan diusahakan.. isnyallah… bro.

      Reply
  18. Eizil says

    January 8, 2011 at 10:34 pm

    Kalau zik nak gi cuba menyertai Imam Muda musim kedua ni, aku akan sokong dari jauh bro. Semoga berjaya (kalau jadi cuba). πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:27 pm

      harap2 masa tuh ada dan berksempatan… huhu…

      Reply
  19. tengkorak emas says

    January 9, 2011 at 12:35 am

    mantap tu bro, tryla, dan bg aku, imam muda pun patut didedahkan dgn tafsiran ayat2 quran, supaya mereka dapat berhadapan golongan2 yg misinterpret ayat dan dijadikan alasan hujah mereka

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:38 pm

      insyallah, aku cuba.. tapi bukan senang tuh…

      Reply
  20. suri says

    January 9, 2011 at 1:59 am

    tak dapt tgok sb umh tak ada astro heee

    Reply
    • RedBoys says

      January 10, 2011 at 12:01 pm

      sama. rumah takde astro juga.

      Reply
      • Zik says

        January 11, 2011 at 2:46 pm

        tengok utube pun ok gak…

        Reply
  21. suri says

    January 9, 2011 at 2:00 am

    semoga aktiviti ini akan menarik anak2 muda utk lebih dekat pada agama lagi..

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:47 pm

      insyallah.. itulah harapannya…

      Reply
  22. Ladfe Amir says

    January 9, 2011 at 4:31 am

    nampaknya ramai blogger menyokong bro menyertai Pencarian Imam Muda ni. harap2 mereka juga setia n menyokong bro bila bro menyertainya.

    diharapkan episod ke2 ni lebih bagus daripada episod pertama. InsyaAllah

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:48 pm

      hehe.. itulah tak pasti … harap2 masa tak clash lah nanti… bukan calang2 orang nak masuk IM nie nanti…

      Reply
  23. pemerhatidunia says

    January 9, 2011 at 12:40 pm

    Baguslah ada penyertaan dari negara luar. Banyak faedahnya. Kalau saudara zik hendak masuk, kami akan sokong ye.

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:49 pm

      ramai yang sokong suruh masuk… alamak hai..

      Reply
  24. RedBoys says

    January 10, 2011 at 12:02 pm

    baguslah. teruskan untuk musim-musim seterusnya.

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:53 pm

      betul tuh… musim2 seterusnya harus ada…

      Reply
  25. faizul says

    January 10, 2011 at 9:24 pm

    camne nk tgk ni, umah xde astro pun… aisey men.. Musim 1 pun saya x dpt tgk langsung.

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2011 at 2:53 pm

      tengok kat utube pun ok gak…

      Reply
  26. wazy says

    January 11, 2011 at 4:21 pm

    tak sabar nak tengok imam muda musim ke dua ni

    Reply
    • Zik says

      January 31, 2011 at 2:00 pm

      bakal menggegarkan di malaysia ini.. bulan 4 nie start..

      Reply
  27. fitri says

    January 13, 2011 at 7:12 am

    memang hot betul program imam muda ni sampai terkenal kat luar negara..cukup2lah realiti tv pasal menyanyi..buat sesuatu yg boleh bagi manfaat kat masyarakat kita sendiri

    Reply
    • Zik says

      January 31, 2011 at 1:52 pm

      program yang harus dipertengahkan…

      Reply
  28. Fakhrul Amriey says

    January 22, 2011 at 4:14 pm

    Semoga berjaya kepada abg saya yg bernama Abd Haffizd…..Good Luck

    Reply
    • Zik says

      January 31, 2011 at 1:47 pm

      semoga berjaya abangnya ya!!

      Reply
  29. putra_katak says

    January 31, 2011 at 11:11 am

    assalam,.,
    abg zik..,
    nk tnyer ket.., :happy:
    kalo dak lpasan spm 2010 ley apply er??
    tp lom dpt sjil spm ag..,
    rsult pn lom kua ag..,
    tp..,ishhh ..,ley er??? πŸ™

    Reply
    • Zik says

      January 31, 2011 at 1:48 pm

      dah lepas 18 tahun belum??? minimum umur 18 tahun… spm kalau tak dapat lagi result, boleh jer apply…

      Reply
  30. nur syafinie says

    June 14, 2011 at 9:31 am

    moga imam muda hassan bakal jadi juara….sye doakan tau…..wat yang terbaik !!!!!!!!!!!!

    Reply
  31. humaira says

    June 20, 2011 at 4:17 pm

    salam.. saya bertanya.. saudara n saudari tahu x tajuk zikir yg di alunan kan ketika proses pnyingkiran.. zikir 2 merdu sagt.. boleh tlg berikan tajuk pda saya or link utk saya dptkn zikir 2..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.