• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Siapakah imam muda terunggul 2011??

Siapakah imam muda terunggul 2011??

Zik · Jun 30, 2011 · 10 Comments

Share this on WhatsApp

https://i0.wp.com/img708.imageshack.us/img708/5868/imammudahassandannazrul.png

Bukan untuk menilai siapa yang terbaik. Cuma, untuk menobatkan imam muda yang terunggul bagi musim kedua kali ini, perlu untuk menjadikan ikon terbaik berbanding program-program yang lain.

Bermulalah pada hari jumaat ini 1 Julai 2011, dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur, buat peminat setia rancangan Imam Muda musim kedua (IM2) yan mengikuti dari minggu 1-9 bakal menyaksikan siapakah yang akan dipilih untuk gelaran Imam Muda Unggul kali ini.

Imam muda Hassan atau Imam muda Nazrul??


Persaingan di antara Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, dan Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, hanya akan diketahui sama ada salah seorang daripada mereka ini akan mengikut jejak langkah  Imam muda Asyraf, juara Imam Muda musim pertama lalu.

Persoalan itu akan terjawab apabila para mudir dan mursyid membuat penilaian ke atas tugasan yang dilakukan oleh mereka selepas diumumkan sebagai peserta peringkat akhir pada minggu kesembilan.

Kedua-dua finalis akan diberi tugasan tanpa bimbingan daripada pihak Astro dan hanya akan dibantu oleh empat imam muda lain. Tugasan mereka bermula 5 hari,  bermula dari Sabtu-Rabu.

Terpulanglah sama ada mereka (finalis) hendak melakukan kerja gotong royong membersihkan kubur atau apa sahaja yang dirasakan terbaik. Apa yang aku paham, ia sama seperti format akhir seperti musim pertama. Lebih kepada program kemasyarakatan.

Yang ditekankan ialah, tugas IM bukan sahaja menjadi imam, tetapi bercampur gaul mesra dengan masyarakat setempat, disamping dapat tahu apakah yang perlu diperbaiki dan juga apakah masalah-maslah yang perlu dibendung. Selamatkan institusi kekeluargaan, pendidikan dan juga ekonomi. Ia merangkumi pelbagai aspek duniawi dan ukhrawi.

Apa yang dinilai???

Tugasan ini dinilai berdasarkan pelbagai aspek seperti komitmen dengan orang sekeliling, corak kepimpinan dan cara berinteraksi dengan orang ramai.

Hadiah yang lumayan untuk juara dan naib juara.

Juara IM2 akan membawa pulang hadiah bernilai RM350,000 termasuk biasiswa penuh (pakej platinum) selama empat tahun bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah.

Selain itu mendapat sebuah kereta tajaan Proton Edar, wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan Astro dan pakej haji dan umrah tajaan Salamfon. Dan juga,  Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.

Manakala tempat kedua pula akan mendapat biasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000, pakej perabot tajaan Jatimas serta pakej umrah tajaan Salamfon. Serta  pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi.

Pilihan tuan mudir sendiri??

Sementara itu, Mudir, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz berkata, antara Hassan dan Nazrul, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Terus terang tuan mudir beritahu,  kalau diminta untuk memilih seorang untuk dinobatkan sebagai juara, ia merupakan satu keputusan yang sukar untuk dilakukannya.

Dari pandangan beliau sendiri, kedua-dua finalis itu mempunyai kebolehan tambahan berbanding dengan peserta lain iaitu Mohd. Fakhrurrazi Hussin, Ammar Wan Harun dan Mohd. Azlan Zulkarnain yang tersingkir pada minggu kesembilan.

Selain boleh menyanyi (merujuk kepada IMNazrul), mereka mampu menjawab soalan berat dengan mudah dan nampak ada kesungguhan dalam diri masing-masing sewaktu menjawab soalan yang diberikan.

Kedua-dua mereka ada watak pendidik. Nazrul, guru besar dan Hassan pula, pensyarah. Jadi, cara mereka berhujah mudah sampai kepada audiens.

Jadinya insyallah, selepas habis untuk minggu ke10 liputan imam muda ini di blog ini, akan menanti satu program baru, apakah program itu?? Adakah program tip blogging terbaik? Tentu bukan, nantilah bagitahu. Misteri?..

Sumber asal bharian.com.my

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan hadiah yang dimenangi buat imam muda 2011, im nazrul dan im hassan, imam muda hassan, imam muda hassan juara imam muda 2 2011, imam muda nazrul, imam muda nazrul juara imam muda 2 2011, imam muda zikri husaini 2011, juara imam muda 2011

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Sabahan Bloggers Club says

    June 30, 2011 at 10:13 am

    Dah tinggal dua. kedua-duanya ni yang terbaik kan?
    Pilih dua2 tak boleh?

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      June 30, 2011 at 10:53 am

      Pilih dua-dua berceramah/ datang buat pengisian program kita sendiri boleh kot…hehehe

      Saya pun tak pasti, sebab tak mengikuti sangat. Baca update IM2 dekat blog bro Zik ni je πŸ™‚

      Reply
  2. Hans says

    June 30, 2011 at 12:13 pm

    saya sokong Hassan
    tapi dua2 pun bagus πŸ™‚

    Reply
  3. bEe says

    June 30, 2011 at 12:40 pm

    Vote perlu tepat……
    Supaya dpt menjadi imam yg benar2 terbaik… InsyaAllah….

    Tak sangka Imam Muda dah nak ke penghujungnya πŸ˜‰

    Reply
  4. titan says

    June 30, 2011 at 7:14 pm

    aku rasa nazrul ada pakej yang lebih baik. hoho..

    Reply
  5. Norizwan says

    June 30, 2011 at 8:47 pm

    aku suka dua2 sekali, imam muda hassan ni…macam selesa jer dengar dia berceramah..senyum selalu….imam muda nazrul pun hebat juga…

    Reply
  6. nuriz says

    July 1, 2011 at 12:18 am

    wow saya pilih Hassan le td, hehe banyak jugak yg pilih Hassan ye yg manis dgn senyuman tu πŸ™‚

    Reply
  7. lizz says

    July 1, 2011 at 2:03 am

    aku pilih nazrul!!!die bagus so far kot. cara die nampak matang jer aku tengok dalam IM ni.

    Reply
  8. MDHAFiZ.NET says

    July 1, 2011 at 11:32 am

    kedua mereka adalah pemenangnya….menang dunia akhirat insyaAllah.. πŸ™‚

    Reply

Trackbacks

  1. Imam muda hassan,juara imam muda terunggul 2011 | Zikri Husaini says:
    July 1, 2011 at 11:08 pm

    […] ramalan diruangan poll, ramai yang mengundi imam muda hassan bakal menjadi imam muda terulang bagi tahun 2011. Selain masih lagi bujang tang tang, tambah lagi […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: