• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Imam muda 2 2011, minggu ke 8, (pengurusan jenazah)

Imam muda 2 2011, minggu ke 8, (pengurusan jenazah)

Zik · Jun 23, 2011 · 8 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

pengurusan jenazah, gambar jenazah,

Tugasan untuk minggu ke 8 ialah pengurusan jenazah (kematian). Yang hidup pasti akan mati, termasuklah aku ini sendiri. Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada generasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Fikir-fikirkan.

Tinggal 6 imam muda yang berjuang untuk minggu ke8. Kedudukan terkini imam muda minggu 7:

  1. IM Fakrul
  2. IM Nazrul
  3. IM Hassan
  4. IM Azlan
  5. IM Ammar
  6. IM Fattah

Ketika tugasan:

Semasa diberi taklimat, ditempat itu (tak sure apa nama tempat)  ada sebanyak 95 mayat yang tidak dituntut iaitu terdiri dari:

  1. Warga asing.
  2. Sikap anak yang tidak menerima mayat.
  3. Mayat yang berisiko tinggi.( aids, penyakit misteri dan lain-lain).

Jadinya kesemua 10 imam turut serta walaupun ada sudah tersingkir, kerana ada pentingnya untuk kesemua imam muda ini mempelajari pengurusan jenazah ini. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu A dan B.

Kumpulan A (IM Hassan, IM Fattah,  IM Nazrul, IM Mujahid, IM Najdi.

Kumpulan B (IM Ali, IM Fakrul, IM Azlan, IM Ammar, IM Fadli)

Semasa pengurusan jenazah.

Semua imam muda kebanyakkannya cuak pun ada jugak, ada yang pertama kali, ada yang pernah menguruskan cuma yang menjadi lebih cabaran ialah menguruskan mayat yang berisiko. tinggi Itu satu cabaran. Aku pun kalau diberi mandat seperti, berat untuk menguruskannya.

Sebelum memulakan tugasan, mereka diberi taklimat, apakah yang perlu dilakukan, adab-adab dan juga apa-apa nota tambahan sebagai ilmu tambahan apabila berhadapan situasi yang berbeza, untuk akan datang dalanm berhadapan situasi sebegitu.

Tanah perkuburan Karak.

Mereka akan menguruskan 3 jenazah  yang tidak dituntut. Mereka dibantu oleh pihak pegawai  dari jabatan agama islam wilayah  persekutuan(JAWI) sebgai tunjuk ajar dan demo. Banyak peraturan, adab yang perlu dijaga, dari segi pemakaian, jangan lupa doanya, aib perlu disimpan, tidak digalakkan bercakap.

Menurut perhatian, kedua-dua IM ini menjalankan tugas dengan baik sekali, dari memandikan, mengkafankan, solat ke atas jenazah (tidak pasti, sebab takda dalam video) tapi ada sebenarnya, termasuklah bacaan talkin (mengkebumikannya).

Pertanyaan bersamaUstaz Zulkarnain.

Im Fatah ditanya hukum meratapi di tanah perkuburan?, hukumnya haram. Hukum wanita ziarah pengkebumian, hukumnya makruh, boleh jadi haram kalau batas-batas tidak dijaga dari segi aurat, batas pergaulan lelaki dan perempuan Oleh itu, harus jaga sempadan. Azab kubur ada ke tak? IM Nazrul. Ada, macam-macam seksaan yang akan terima bagi mereka yang ingkar perintah Allah sepanjang hidupnya. Im Ammar, boleh atau tidak isteri/suami memandikan mayat isteri/suaminya. Jawapannya boleh, harus hukumnya.

IM Azlan mengapakah apabila berlaku kematian harus segera lakukan? kerana ia mempercepatkan kebaikan mayat itu. Dalam sains ia akan mereput dek kerana ada mikrorganisama yang mereputkan mayat itu. Oleh demikian dapatlah menghormati jenazah itu.  IM hassan, hukum tidak menuntut jenazah, hukumnya dosa besar. Ia adalah amanah, maka menjadi kewajipan kepada ahli keluarga untuk menguruskanya dengan sebaiknya.

5 Soalan imam muda :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan alam barzakh?

Alam kubur sementara tempat persemadian, manusia sementara menunggu kedatangan hari kiamat.

2. Apakah hikmah disebalik kebangkitan semula manusia pada  hari kiamat?

Sebagai bukti keadilan Allah dalam membalas setiap amalan manusia.

3. Apakah hukum membiarkan jenazah tanpa diurus?

Haram, semua ahli qariah akan menanggung dosa selagi tiada orang yang menguruskannya.

4. Jika jenazah sudah hampir reput, apakah perlu digosok tubuhnya ketika mandi?

Tidak perlu jika ia dikhuatiri akan memudaratkan jenazah.

5. Apakah hukum meratapi ke atas si mati?

Hukum meratapi ke atas si mati adalah haram.

Komen dari mursyid:

Untuk menjadi pendakwah yang disegani bukan sahaja dari segi wataknya atau dari segi ilmunya, tetapi perlu menjadi pendakwah yang kreatif. Jadilah diri kamu sendiri dan jangan berpura-pura, serta buatlah ibadah itu kerana Allah. Positif dari tindakan kita pasti kita akan mencapai objektif.

Orang yang hebat ialah orang yang dapat membezakan mana yang baik mana yang buruk, dan orang yang lebih hebat ialah orang yang dapat mencari kebaikan dalam keburukan.  Tahniah diucapkan buat semua IM dapat menguruskan jenazah, dengan baik sekali.

Imam muda terbaik minggu 8

Imam muda hassan buat kali kedua dinobatkan imam muda terbaik minggu ini. Beliau mendapat Dapat pakej percutian ke Padang Bukit Tinggi, Indonesia (Aerowana Travel) tajaan Hujjah International Services.

Penyingkiran:

imam muda fatah, gambar imam muda, imam muda fatah,

Imam muda fatah tersingkir minggu ini. Takda rezeki, yang lain teruskan perjuangan kerana persaingan semakin sengit. Semua IM yang masih ada tuh bukan calang-calang.

Untuk menonton secara online, boleh lihat di youtube.com

Part 1

Part2 :

 

Part3 :

Part4:

Full part


credit to guatv.com

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan (pengurusan jenazah) imam muda, aktiviti imam muda 2 2011, hukum pengurusan jenazah ialah fardu kifayah, Imam muda 2 2011, imam muda 2 2011 minggu ke 8, imam muda minggu ke 8, kedudukan imam muda minggu ke 8, minggu ke 8, tema minggu imam muda minggu ke8, youtube imam muda 2, youtube imam muda 2 minggu ke8

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Zida says

    June 23, 2011 at 2:07 am

    Rindu plak nak masuk pertandingan Tajhiz Jenazah~ huhuh

    Reply
  2. zulkbo says

    June 23, 2011 at 2:12 am

    Salam Zikr..
    nak kena belajar nih
    fardhu kifayah…
    🙂

    Reply
  3. Miss Tira says

    June 23, 2011 at 3:35 am

    Jenazah yang berisko tinggi tu memang berat pengurusannya.. Tapi mereka sanggup menggalas tugas itu walaupun berisiko. Tahniah buat semua peserta.. Anda semua terbaik buat Tira..

    Reply
  4. tengkorak emas says

    June 23, 2011 at 8:43 am

    bro, apa yg bro maksudkan dengan mayat yg berisiko tinggi tu?

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      June 23, 2011 at 12:43 pm

      Mayat berisiko tinggi seperti pesakit HIV/AIDS dan penyakit yang sewaktu dengannya.

      Cabaran pengurusan jenazah antara cabaran yang hardcore dalam Imam Muda I lagi.

      Lepas ini kita tengok Fahrin Ahmad jadi pengacara pula.

      Reply
  5. nasslimdiet2 says

    June 23, 2011 at 9:06 am

    aku jarang tengok program ni. tapi episod ni aku tengok aritu

    Reply
  6. Lizz says

    June 23, 2011 at 1:45 pm

    tak ramai yang berani nak uruskan jenazah. kena biasakan diri involvekan diri kita dengan kursus2 or selalu lah melawat waktu ada kematian. baru rasa insaf.huhuhuhu

    Reply
  7. bEe says

    June 23, 2011 at 5:51 pm

    Teringat kpd arwah emak…
    bEe & adik2 yg memandikan & mengkafankan (ada ketua lah yg bg arahan)…. 😥

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Permohonan GKP Tambahan RM1000 Kepada PKS Tahun 2021
  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan, bulan mei kepada Februari 2021
  • Pembayaran Interim KWSP bermula 26 Januari 2021, semak di akaun masing2atau secara online
  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan

Imam muda 2 2011, minggu 2 (zaman kanak-kanak)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Seperti yang kita ketahui minggu lepas, 3 pes…

Kerohanian/Keagamaan

Profail imam muda hassan, imam muda 2 2011

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Jom, kita kenali lebih rapat, profail imam mu…

%d bloggers like this: