• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Panduan mengerjakan solat jenazah

Panduan mengerjakan solat jenazah

Zik · Jun 5, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

tatacara ringkas solat jenazah

PENDAHULUAN

Kematian adalah merupakan suatu kepastian yang akan dirasai setiap daripada makhluk terutamanya manusia yang hidup didunia ini. Oleh yang demikian, tidak akan ada seorang pun yang akan terlepas daripada merasainya. Islam telah menetapkan garis panduan yang perlu dilakukan oleh setiap muslim apabila berlakunya kematian. Hukum bagi seseorang Muslim untuk melaksanakan tuntutan solat jenazah adalah merupakan fardu kifayah. Antara garis panduan yang diajarkan oleh Islam apabila berlakunya kematian adalah berkenaan solat jenazah.

Dalil Pensyariatan :

Nabi SAW bersabda di dalam yang yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a :

Maksudnya : Rasulullah SAW merasa sedih dengan kematian al-Najasiy. Baginda keluar menuju ke tempat sembahyang. Lalu baginda mengatur saf mereka (para sahabat) dan bertakbir dengan empat kali.

Persediaan Solat Jenazah:

  • Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
  • Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :

lafaz bilal sembahyang jenazah

Jawab Makmum :

lafaz makmum solat jenazah

Saf solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.

Rukun Solat Jenazah:

  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.

 

Solat jenazah tidak sah selagi mana jenazah tidak dimandikan dengan sempurna terlebih dahulu. Panduan dibawah mempunyai penjelasan penuh mengenai rukun, bacaan dan tertib untuk solat jenazah.

kedudukan jenazah lelaki atau perempuan

Persediaan Solat Jenazah:

  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.

Sebelum solat, disunatkan untuk Bilal melafazkan :

bilal sebut sebelum solat jenazah

Jawab Makmum :

 jawab makmum

Tatacara Mendirikan Sembahyang Jenazah :

1.  Bertakbir dengan takbiratul ihram dalam keadaan berniat sembahyang ke atas mayat. Cara berniat ialah terlintas dalam hati bahawa dia sembahyang dengan empat takbir ke atas mayat sebagai fardu kifayah.

lafaz niat solat jenazah lelaki dan wanita

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.

lafaz niat solat jenazah

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

2. Selepas bertakbir, kedua-dua tangannya diletakkan di atas dada sebagaimana sembahyang biasa. Kemudian membaca surah al-Fatihah.

ALFATIHAH

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)

3. Apabila selesai membaca surah al-Fatihah, dia hendaklah bertakbir untuk kali kedua seperti kebiasannya. Kemudian membaca selawat dengan mana-mana lafaz selawat dan yang paling afdal ialah selawat Ibrahimiyyah.

Selawat Ibrahimiyyah

selawat ibrahimiyyah

Selawat biasa dan pendek :

selawat biasa

4. Kemudian bertakbir untuk kali ketiga dan berdoa untuk simati selepas takbir tersebut. Antara lafaz doanya ialah :

Jenazah Lelaki :

lafaz doa jenazah lelaki

Jenazah Perempuan :

lafaz doa jenazah wanita

 

 

 

 

5. Seterusnya, bertakbir untuk kali keempat dan berdoa selepasnya :

Jenazah Lelaki :

doa solat jenazah lelaki

Jenazah Perempuan :

doa solat jenazah wanita

6. Kemudian, memberi salam dengan dua kali salam. Iaitu ke sebelah kanan dan kiri sebagimana salam di dalam sembahyang yang lain. Assalamualaikumwarahmatullah.

 

Berdasarkan tatacara di atas jelaslah bahawa, solat jenazah dilakukan secara berdiri tanpa adanya rukuk mahupun sujud. Oleh yang demikian, penulis berharap agar para pembaca akan dapat mengamalkan segala tatacara berkaitan solat jenazah agar dapat dipraktikkan apabila berlakunya kematian.

Bacaan sesudah salam:

  • Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  • Surah Al-Falaq 1 kali. Surah An-Nas 1 kali.
  • Surah Al-Fatihah 1 kali.
  • Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  • Ayat Kursi 1 kali.
  • Doa yang sesuai.

doa ringkas selepas solat jenazah

Panduan solat jenazah yang lain .

Bacaan lanjut mengenai cara mengerjakan solat jenazah .

Sumber lain


Sumber lain juga :

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan cara mengerjakan solat jenazah, panduan ringkas soalt jenazah ringkas, panduan solat jenazah, solat jenazah, solat jenazah pdf file, solat jenazah ringkas

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: