Salam semua. Malam semalam telah berlangsungnya perasmian karnial Inovasi peringkat Kebangsaan 2010 bertempat di Masjid Putrajaya. Datuk seri Muhyiddin Yassin telah merasmikan Karnival ini. Maka dengan ini buat julung kalinya, Kerjasama Jakim (badan utama), badan kerajaan dan juga swasta bergabung tenaga untuk merasmikan karnival Inovasi peringkat Kebangsaan 2010.
Banyak informasi yang boleh kita dapat dari karnival inovasi Islam ini. Malam tadi tengok perasmian di RTM1. Dikesempatan itu juga , sempat tengok forum perdana yang mempunyai tajuk yang sangat bertepatan dengan tema karnival ini. Bertajuk, innovasi menjulang tamadun baru (kalau tak silap la) suatu perbincangan yang sangat menarik dan berilmiah.
Ada soalan dari penonton yang bertanya, mengapa baru sekarang kita mahu mengamalkan innovasi islam? Jawapan yang diberikan lebih kurang mcam nie, kerana baru kita sedar pemikiran inovasi islam sudah jauh ketinggalan dari bangsa-bangsa yang lain. Inovasi yang baik ialah semata-mata keredhaan Allah.
Penonton kureng malam tadi.
Forum perdana malam semalam, dilihat tak ramai penontonnya. ( tarikh sama dengan konsert slah ke?) Banyak nampak kosong kerusi. Biasalah, benda percuma, dan dengan majlis ilmu, zikir ini memang sangat rugi bagi mereka yang tidak datang malam tadi. Berbanding dengan konsert-konsert yang kena bayar, sanggup beratur panjang, bersesak-sesak dan berdiri. Itu realilitinya hari ini. Bukan nak cakap, dekat semua orang. Penulis sendiri pun mengakuinya.
Islam mengalakkan Inovasi.
Inovasi merupakan suatu pembaik pulih apa-apa perkara termasukklah pemikiran yang kreatif, barang-barang dan juga penyelesai masalah.
Jadual tentatif program dan aktiviti, berlangsung dari 5-8 ogos 2010. Anda boleh rujuk dibawah dan downloadnya secara percuma. Dapatkan maklumat lanjut di laman website ini.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang aktiviti karnival ini. Diantaranya yang ingat ialah bicara mufti, Sejarah inovasi, dan juga produk pameran. Tidak lupa juga, ada persembahan dari artis nasyid tanah air kita.
Usaha yang bagus demi Umat islam.
Diharapkan semoga usaha ini, mampu untuk menggalakkan umat islam berdaya saing, berinovatif, dan juga sentiasa mengamalkan 3 perkara iaitu.
- Berani membuat perubahan. (pembaik pulih)
- Tahu apa nak hendak dibuat ( perkara yang hendak di dilakukan).
- Mempunyai pemikiran yang kreatif, berani mencuba, try and error. (luar kotak pemikiran).
Err… kurang hebahan lak program ni… aku pun tak tau.. huhuhu
erm baru tahu semalam… sebab tengok rtm.. huhu
aku pun baru perasan benda ni…kurang hebahan kot ek
rasanya… itupun dapat tahu tengok dekat rtm…
alahai sayangnya banyak tempat kosong.. mungkin kena panggil kmpulan nasyid rabani ke raohan barulah ada daya tarikan kt situ..adeh..
klu konsert2 blh panggil ct, mawai, satcy takan pihak pengajuran tak blg panggil artis nasyid yang lbh baik..huhuhu..
pergi konsert sanggup berdiri… beratur.. tapi bila majlis macam nie ..dah bagi tempat duduk pun masih kurang…
aku pun ada tengok malam tadi..lepas tu ada forum perdana..memang best..eh..apasalah nya pihak kerajaan mintak blogger macam kita ni hebahkan baru ok kan…?
betul jugak tuh bro….
Masalah hebahan mungkin disebabkan JAKIM hanya menggunakan saluran RTM sahaja sebagai medan promosi.
Nampak gayanya,JAKIM perlu belajar cara TV9 dan Astro Oasis mengadakan promosi program kerohanian dan mendapat sambutan hangat seperti Imam Muda dan Akademi Quran.
ye betul bro… cuma mungkin budget la kot??
Kalau saya dekat sana kan boleh pergi, ni jauh sangat.
insyallah…
Moga inovasi Islam makin berkembang
itu yang diharapkannya…
owh..aku baru jerk tahu pasal adenyer karnival inovasi Islam..
kat paper tak war2 sangat..
harap2 next nanti kene la hebah dgan meluas…
on cost jugakla tuh sebenarnya… entahla…
biaselah bro,, kalau program islami , x ramai sngt… kalau AF kaw2 meletup(no hart feeling..its a reality..)
cube bro kupas tentang imam mude… kaw2 best
imam muda.. ada kalau tengok kat post2 yang sebelum nie. ada…dari minggu ke2 -sampai minggu ke 10…
alamak kenapa aku terlepas entry ni…
maybe ramai yang endah x endah program macam ni.. kurang hebahan juga satu faktor kenapa x ramai org dtg…
sebagai salah seorang urusetia, saya ambil maklum dan terima kasih. InsyaAllah, tahun depan akan lebih hebat dan meriah
ok… terima kasih mengunjungi ke lama blog ini…