• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Harimau malaya tanpa tiga tunggak menentang Thailand, siapa sesuai yang akan gantinya?

Harimau malaya tanpa tiga tunggak menentang Thailand, siapa sesuai yang akan gantinya?

Zik · Jun 14, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

harimau malaya

Corbin Ong, Syemer Kutty, dan Sumareh tidak dapat beraksi, kad kuning kedua. 

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya terus berdepan tugas berat apabila tiga tonggaknya, La’Vere Corbin-Ong, Syamer Kutty Abba dan Mohamadou Sumareh tidak dapat diturunkan menentang Thailand di Dubai pada Rabu ini akibat penggantungan.

Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang mengesahkan perkembangan itu menyifatkan ketiadaan Corbin-Ong di bahagian pertahanan kiri mungkin paling menjejaskan pasukan untuk menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu.

Beliau bagaimanapun berkata barisan kejurulatihan akan berbincang dan membuat penilaian mengenai barisan kesebelasan utama terbaik yang akan diturunkan.

“Saya rasa keseluruhan kita fokus kepada pasukan. Bek kiri, Corbin memang pemain utama di posisi itu dan sedikit sebanyak boleh menjejaskan dari segi pertahanan kerana kita tiada pertahanan kiri yang boleh diketengahkan.

“Tapi kita yakin pemain yang kita bawa ini, mereka juga nakkan peluang bermain dan mereka akan diberi peluang. Saya harap pemain dapat fokus dan beri tumpuan terbaik menentang Thailand nanti,” katanya pada sidang media yang diadakan secara maya dari Dubai, hari ini.

Berdasarkan senarai pemain yang ada, Syahmi Safari atau Rizal Ghazali mungkin boleh digunakan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Corbin-Ong walaupun mereka sebelum ini beraksi di bahagian kanan bersama kelab masing-masing.

 Misi menang keatas thailand. 

Skuad Harimau Malaya memerlukan kemenangan ke atas Thailand bagi menempah slot ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia. Sebelum ini, mereka tersingkir dari kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2022 selepas tewas 1-2 kepada Vietnam pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Cheng Hoe turut berkongsi cabarannya menghadapi saat paling sukar apabila menerima berita kematian bapanya beberapa jam sebelum aksi berdepan Vietnam di Stadium Al-Maktoum itu.

“Saya berhubung dengan keluarga terdekat, mereka mengatakan teruskan tanggungjawab dan segala urusan kematian ayah, saya bagi keluarga uruskan.

“Tugas sebagai jurulatih fokus kepada pasukan walaupun kita tahu kita kehilangan orang tersayang. Tetapi disebabkan tugas dan tanggungjawab saya sebagai jurulatih, saya kena teruskan perjuangan kerana saya tahu saya tidak boleh tinggalkan pasukan ketika ini.

“Saya tahu tugasan paling penting menentang Vietnam dan saya fokus perlawanan itu walaupun dalam keadaan begitu, sesiapa pun akan berasa sedih. Tapi saya kena tabah dan kuatkan semangat,” katanya

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan Harimau malaya tanpa tiga tunggak menentang Thailand, siapa sesuai yang akan gantinya?

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: