
DEMI misi membentuk barisan terbaik, pasukan bola sepak Harimau Malaya terpaksa akur dengan kehebatan Kuwait apabila tewas 1-4 kepada pasukan dari Asia Barat tersebut dalam perlawanan persahabatan di Stadium The Seven, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.
Selepas lepas 18 bulan tidak menyertai sebarang pertandingan kompetitif, skuad Malaysia itu hanya mampu berpuas hati dengan jaringan tunggal dari pemain kelahiran Brazil, Guilherme de Paula yang merupakan pemain naturalisasi terbaharu negara.
Kuwait, penghuni ranking 148 dunia ternyata lebih garang apabila memperoleh gol pertama pada minit ke-21 melalui sepakan jarak jauh Ahmad Aldhefeery apabila Mohd Farizal Marlias, gagal menyekat percubaannya dalam aksi pemanas badan yang bermula pada 7.15 malam waktu tempatan (11.15 malam waktu Malaysia) pada Ahad.
Bagaimanapun, Guilherme de Paula berjaya menyamakan kedudukan melalui hantaran lintang dari La’Vere Lawrence Corbin-Ong, tujuh minit kemudian dengan kedudukan kekal 1-1 hingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, TCH merombak pasukan satu team.
Bersambung babak kedua, Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memutuskan merombak pasukan dengan hanya mengekalkan de Paula dan Syamer Kutty Abba untuk barisan kesebelasan utama skuad negara. agak terkejut apa yang TCH cuba lakukan?Aku tahu sebab nak bagi semua rasa main, tetapi cuma dari segi keserasian tak dapat betul-betul serap. Kita harap bertemu dengan Bahrain nanti jangan buat macam ini. Aku tahu eksperimen dah lama tak main, tetapi harap ada impak positif untuk game lawan sebenar dengan uae.
Bernama.com melaporkan selepas aksi berlangsung tiga minit pertama, pemain muda sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin, yang membuat penampilan sulung dalam pasukan senior ini, memperoleh peluang untuk menjaringkan gol namun berjaya disekat penjaga gol tuan rumah. Nyaris-nyaris juga, cuma kurang tajam sikit je lagi.
Baca juga ; Keputusan live terkini MALAYSIA VS KUWAIT 23.5.2021
Pasukan Kuwait yang berjersi biru mendahului sekali lagi menerusi tandukan Fahad Alhajeri pada minit ke-55, manakala penyerang Shabaib Alkhaldi meledakkan satu lagi gol pada minit ke-61 bagi menggegarkan gawang pasukan Malaysia yang kini menduduki tangga ke-153 dunia.
Kuwait pesta gol separuh masa kedua, pertahanan agak rapuh.
Kuwait terus berpesta gol apabila ketua pasukan Fahad Al-Alabraim meledakkan gol melalui sepakan percuma ke gawang negara pada minit ke-68, sekali gus memaksa Cheng Hoe menggantikan penjaga gol Samuel Somerville dengan Khairulazhan Khalid.
Skuad Harimau Malaya akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan ranking ke-99 dunia, Bahrain di Manama pada Jumaat, sebelum kembali ke Dubai bagi menghadapi aski kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.
Skuad Harimau Malaya akan meneruskan aksi kelayakan Kumpulan G menentang UAE pada 3 Jun, diikuti Vietnam (11 Jun) dan menamatkan saingan berdepan Thailand pada 15 Jun, dengan sasaran layak ke Piala Asia 2023 di China.
Kali terakhir skuad Harimau Malaya beraksi adalah ketika menentang Indonesia dengan berjaya mencatat kemenangan 2-0, sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19 memaksa perlawanan kelayakan itu ditangguhkan.

Leave a Reply