Kemaskini! Permohonan dan Pendaftaran Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM 200 Tahun 2023 akan DiBuka mulai 26 JUN 2023 Jam 8.00 Pagi melalui Penyedia Perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet . Cara Daftar / Mohon / Tebus melalui medium ini akan akan di maklumkan dalam masa terdekat… Syarat Kelayakan dan Semakan Status Kelulusan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kredit e-Tunai untuk Belia 18 hingga 20 Tahun. Permohonan e-wallet 2023 dan Semakan Status Kelulusan.
Bantuan e-Tunai Rahmah (e-Wallet) RM200 khas untuk rakyat Malaysia. Bantuan terbaru kepada rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bantuan khas kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan pelajar yang layak mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Tarikh Permohonan / Penebusan
Bantuan E-tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 boleh ditebus mulai 26 Jun 2023.
Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, salah satu inisiatif yang diumumkan kepada golongan belia adalah pemberian e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun.
Pemberian e-Tunai Belia Rahmah ini akan melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM400 juta.
Mengalakkan penggunaan Mobile Wallet, online trasaction yang lebih mudah.
Pemberian ini juga akan menggalakkan penggunaan e-Tunai untuk menjalankan transaksi pembelian. Ini adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia*
*Nota: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:
- Kolej Komuniti
- Politeknik
- Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
- Senior Middle 3
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
- Diploma Kolej Vokasional
- Diploma dan setara institusi TVET
- Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
- A-Level
- International Baccalaureate Diploma
- Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
- Diploma Lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Sarjana dan setaraf
- Doktor Falsafah dan setaraf
- Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
- Dan lain-lain
Cara Memohon e-Tunai Belia Rahmah 2023 (Boost, TNG & Setel) | Daftar dan Penebusan
Belia warganegara yang layak boleh membuat penebusan melalui 3 aplikasi berikut:
- Boost
- Touch n Go
- Setel
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos depan.
CARA DAFTAR DAN TEBUS EBELIA RAHMAH – TOUCH N GO
Bagi pengguna TNG, jom prepare eWallet anda sekarang!
Pastikan anda boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit eBeliaRahmah RM200 & baucar-baucar ganjaran pada hari Isnin 26 Jun 2023 nanti!
Ketahui lebih di https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/900001095086-Pengesahan-Akaun-eKYC-
CARA DAFTAR DAN TEBUS EBELIA RAHMAH – APLIKASI BOOST
Boost adalah e-Dompet rasmi untuk inisiatif eBeliaRahmah 2023!
Pastikan anda verify akaun Boost anda sekarang dan siap sedia untuk nikmati pelbagai tawaran yang hebat!
Info lanjut: https://myboost.co/
CARA DAFTAR DAN TEBUS BELIA RAHMAH – APLIKASI SETEL
Setel telah dilantik sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet program eBeliaRahmah yang bakal tiba!
Para belia boleh menuntut kredit ‘one-off’ RM200* dengan lebih banyak ganjaran Setel menanti anda!
Jangan lupa untuk semak kriteria kelayakan, sahkan akaun Setel melalui e-KYC untuk memohon insentif eBeliaRahmah dan nikmati tawaran ganjaran hebat yang bakal menjadi milik anda.
Tag kawan-kawan untuk Setel semua dengan kami! Kongsi kod rujukan anda dengan rakan, dan anda berdua akan menerima Kredit Setel RM7 setelah selesai pendaftaran dan berbelanja mininum RM30.
*Tertakluk pada T&S
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk laman web rasmi Portal Belanjawan 2023 Malaysia Madani : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html
Mulai 8 pagi esok, melalui program eBeliaRahmah, sebanyak RM200 akan dikredit kepada belia yang telah mendaftar – PMX @anwaribrahim pic.twitter.com/552CogxOA0
— MohdFaizalHassan ???????? (@f4izalhassan) June 25, 2023
Sumber :
https://bantuanrakyat.my/semakan-ebelia-rahmah/
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply