Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Senarai jenis bantuan untuk rakyat terjejas COVID-19

Senarai jenis bantuan untuk rakyat terjejas COVID-19

Zik · Mar 23, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Covid 19,

Banyak pihak berwajib telah beri kelonggaran buat rakyat yang telah terjejas terutamanya dalam mencari harta sepencarian dalam tempoh kawalan pergerakan hingga 31 mac ini. Namun katanya kemungkinan akan ditambah lagi sekiranya keadaan masih lagi meningkat.

Beriut adalah Skim bantuan dan insentif kerajaan kepada rakyat Malaysia susulan krisis COVID-19

1. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April

– Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta

2. Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan

– Penangguhan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, membabitkan jumlah kutipan RM375 juta

3. Penangguhan bayaran pinjaman MARA

– MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan

– Diskaun khas sewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis Mara.

4. Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini

– Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal

5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji

– Pekerja berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan, yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan

6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun

– Kemudahan membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak

7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

– Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL

– Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL

8. Elaun khas kepada petugas perubatan

– RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan

9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai

– Penangguhan bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan

10. Penangguhan pembayaran pinjaman

– CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terbabit gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.

11. Bajet tambahan

 RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 hospital, sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk Kementerian Kesihatan membeli ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain

12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul 

Ada lagi yang tertinggal? Boleh tambah diruangan komen dibawah ini.

Share this on WhatsApp

Pengumuman bantuan kerajaan buat mangsa covid 19, jenis bantuan untuk rakyat terjejas COVID-19, Senarai jenis bantuan untuk rakyat terjejas COVID-19

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.