Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Tengku Zafrul hari ini telah mengumumkan dimana Program eBelia akan ditawarkan kepada para belia seluruh negara yang layak bermula 1 Jun 2021 ini. Kira bulan depanlah.
Berapa dapat ewallet setiap seorang??
Melalui program eBelia ini, kredit sebanyak RM150 akan ditawarkan melalui dompet digital terpilih – iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan juga TNG eWallet. Setiap pemohon boleh menuntut RM150 melalui hanya satu penyedia perkhidmatan dompet digital sahaja.
Ebelia untuk berapa umur berapa sampai berapa ??
Program eBelia ini ditawarkan untuk mereka yang berumur 18 ke 20 tahun pada 2021 (lahir pada tahun 2001 sehingga 2003), atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.
Seperti biasa, data akan disemak terlebih dahulu, sebelum seseorang itu menerima kredit RM150 ini. Mungkin dari gaji, layak atau tidak.
Bila boleh redeem dan guna sebelum (expired). ??
Tempoh tuntutan kredit adalah bermula 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021, dan kredit perlu digunakan sebelum 31 Julai 2021.
UNTUK SIARAN SEGERA 17 Mei 2021
SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
eBelia: RM300 juta kredit e-tunai untuk 2 juta belia dan pelajar sepenuh masa dibuka 1 Jun 2021
Program eBelia (“eBelia”) yang merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada sekitar dua (2) juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun 2021. lanya bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi OPT”) tempatan berdaftar.
Di bawah Belanjawan 2021, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM100 kredit e-tunai bagi setiap belia yang layak. Kerajaan telah menambahbaik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sejumlah RM100 juta di bawah program PEMERKASA yang diumumkan Mac lalu, menjadikan keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300 juta. Dengan faedah tambahan ini. setiap penerima layak mendapat nilai kredit berjumlah RM150, berbanding RM100 sebelum ini.
eBelia akan ditawarkan melalui empat (4) penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet, yang secara keseluruhan mempunyai 30 jut, pengguna aktif, dan jaringan lebih 1 jut, peniaga di dalam dan luar talian. Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai ini, yang akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen.
Inisiatif eBelia ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang:
1) Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); atau
2) Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.
Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar den panglolan data Kerajaan yang berkenaan. Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dart 1 Jun hingga 22 Julal 2021 den kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021. Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-rnasing atau mernuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.
eBelia rnerupakan sebuah kerjasama Kementerian Kewangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Bella den Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perlanian den Indus. Makanan, Kementerian Pernbangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia, den Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://belanjawan2021.treasury.ciov.mWmanfaat/index.php/bm/ebelia
Kementerian Kewangan Malaysia Putrajaya 17 Mei 2021
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply