Pentas EURO sudah hampir melabuhkan tirainya untuk edisi 2020, tetapi berlangsung pada tahun 2021. Mula sejak jun yang lepas hingga ke 12 julai 2021. Diantara pasukan Italy atau England yang akan merangkul kejuaraan EURO edisi 2020 kali ini?
Perjalanan Pasukan Italy.
Diperingkat kumpulan, pasukan italy tiada masalah untuk menang kesemua pasukan dalam kumpulan A ini. 9 mata penuh berjaya dikutip. Rekod tanpa bolos juga dipegang buat pasukan italy perignkat kumpulan ini. Pertama tewaskan turkey 3-0. Perlawanan kedua tiada masalah untuk tewaskan pasukan Switzerland 3-0 juga. Perlawanan ketiga agak liat lawan dengan Wals menang 1-0 , tetapi berdepan pasukan Wales bukan mudah.
Pusingan 16 terbaik, Italy berdepan dengan Austria. Mengheret ke masa tambahan. barulah italy dapat gol di masa tambahan 2 gol. Namun itu Austria tidak mudah mengalah berjaya mendapatkan satu gol dan mencari gol penyamaan tetapi gagal.
Di suku akhir Italy berdepan dengan pasukan ranking no1 dunia, iaitu Belgium. Menang tipis 2-1, tetapi ianya bukan mudah. Separuh masa pertama italy dapat sumbat 2 gol dan kesilapan mereka apabila membuat kekasaran di kotak penalti sebelum masa pertama tamat dan belgium dapat satu sepakan penalti disempurnakan oleh Lukaku. Separuh akhir bertemu dengan bekas juara piala dunia 2014, euro 2012 , bukan mudah untuk italy menyekat kemaraan pasukan ini. Separuh masa pertama, masing-masing buntu mencari gol pendahuluan ternyata gagal. Separuh masa kedua, italy berjaya gol dulu menerusi Ciesa pada minit ke 60, dan lagi 10 minit masa habis spain berjaya menyamankan kedudukan, hasil dari jaringan Morata pemain chelsea. Mengheret ke masa tambahan , tiada sebarang jaringan tambahan terpaksa mengharungi penentuan sepakan penalti. Agak malang bagi Spain , apabila tewas dengan Italy 2-4.
Perjalanan England.
Walaupun tidak dapat markah penuh dalam peringkat kumpulan. Tetapi lolos ke peringkat seterusnya. 7 mata peringkat kumpulan . Perlawanan pertama menewaskan pasukan Croatia 1-0. Perlawanan kedua, seri 0-0 dengan Scotland. Perlawanan ketiga menang 1-0 dengan pasukan Czech Republic. Pasukan yang tak bolos sampai peringkat suku akhir iaitu england. Pusingan ke 16 terbaik, England tiada masalah menewaskan pasukan Juara dunia juga, Germany 2-0 beb. Tersungkur pasukan germany buat sekian kalinya. Pentas suku akhir England bertemu dengan Ukraine lagilah mudah laluan England menang mudah 4-0.
Separuh akhir barulah england ada bolos satu dengan pasukan Denmark. Perlawanan separuh masa pertama masing-masing menjaringkan satu gol Separuh masa kedua takda jaringan. Masa tambahan pasukan England mendapat jaringan satu jaringan hasil dari sepakan penalti yang dapat dibaca oleh penajga gol denmark oleh Hary kane tetapi pantas membuat serangan susulan dan menjaringkan gol kemenangan buat England. Sebelum dapat penalti itu, kira ada kontoversi dari pemain england yang jatuh dalam kotak penalti itu. ref pun tak nak tengok VAR dan pada masa yang sama ketika penalti ada orang yang main laser tembak penjaga gol denmark. England dikenakan denda sebab hal itu.
Bagaimana pula dengan pentas Akhir ini Italy vs England pada esok 3 pagi??
Ia bergantung kepada taktikal , pemain dan juga jurulatih apakah strategi bertahan atau menyerang. Semuanya sebagai berpasukan bukan individu semata-mata.
KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN ITALY VS ENGLAND.
LIVE STREAMING ITALY VS ENGLAND 12.7.2021
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply