Cuaca panas normal, diramal berterusan hingga September ini.
Kena banyakkan minum air kosong untuk elakkan terhidrad dan juga takut ada penyakit lain datang. Ditambah dengan sekarang ini kita masih lagi bergelut dengan wabak covid 19 yang kita belum pasti sudah dapat ke belum vaksin penyembuhan penyakit ini.
“Sebenarnya, pada masa ini kita masih dalam Monsun Barat Daya, jadi kebiasaan pada musim ini secara relatifnya memang akan berlaku cuaca panas berikutan kurangnya taburan hujan.“Tetapi dua bulan kebelakangan ini iaitu pada Jun dan Julai kita berdepan dengan situasi Monsun Barat Daya lemah sehingga mewujudkan keadaan lembap yang luar biasa.
“Namun bermula minggu ini, Monsun Barat Daya sudah kembali normal dan angin bertiup dari Barat Daya sudah bermula menyebabkan negara mengalami hujan yang kurang dan rasa panas daripada biasa- menurut laporan dari astro Awani.
“Namun dalam tempoh sekarang, keadaan hujan juga akan berlaku tetapi agak berkurangan menyebabkan cuaca lebih kering berbanding pada bulan Jun dan Julai lalu.“Keadaan ini akan mencatatkan cuaca panas sehingga 36 darjah celcius khususnya di beberapa kawasan tumpuan seperti di pedalaman Pahang dan Kelantan,” jelasnya.


Leave a Reply