Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / COVID-19: Peratusan PKP ingkar masih serius – ATM

COVID-19: Peratusan PKP ingkar masih serius – ATM

Zik · Mar 23, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

askar, tentera ,

Ini memang kita tak dapat nafikan. Tetapi yang ingkar ini kadang-kadang bagi alasan yang tidak munasabah. Ada juga yang kena keluar sebab ini mata pencarian mereka. Kalau tak bekerja mana nak dapat duit? Diaorang memang terjejas terus dikala tempoh peringtah kawalan pergerakan.

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyifatkan bilangan 10 peratus rakyat yang masih ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai perkara serius yang perlu ditangani segera.

ATM dalam kenyataannya berkata, ia kerana peratusan yang mewakili tiga juta daripada keseluruhan rakyat Malaysia itu disifatkan sebagai jumlah yang besar dan perlu ditangani segera bagi membendung COVID-19.

Justeru, katanya, ATM akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memupuk disiplin dalam kalangan rakyat untuk mematuhi perintah dan arahan sah dikeluarkan pihak berkuasa.

“ATM juga bersetuju supaya lebih tumpuan penguatkuasaan perintah ini diberi kepada kawasan berisiko tinggi seperti pasar dan pasar raya di mana orang ramai sehingga kini didapati didapati masih bersesak dan tidak mengamalkan jarak sosial.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita tular terutama membabitkan maklumat, gambar, video atau rakaman suara menunjukkan atur gerak ATM pada skala besar, mahu pun perlakuan tidak munasabah bakal diambil anggota tentera.

“Ini kerana, ia boleh mencetuskan kebimbangan serta panik, sekali gus menunjukkan kaedah tidak benar dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilapor menyifatkan hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan adalah lebih berbanding peringkat awal pelaksanaannya dengan kadar pematuhan perintah itu mencecah 90 peratus.

Berdasarkan kenyataan sama, keputusan membabitkan ATM bagi membantu PDRM adalah wajar bagi memastikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dapat dilaksana dan dikuatkuasakan sebaik mungkin.

Justeru, katanya, peranan ATM yang bermula semalam adalah membantu PDRM membuat rondaan, sekatan jalan raya, mengaawal hospital dan sempadan, kawasan luar bandar serta berisiko tinggi.

“Keseluruhannya, seramai 7,500 anggota ATM ditugaskan untuk membantu PDRM. Anggota ATM daripada ketiga-tiga perkhidmatan ditugaskan di 405 lokasi sekatan jalan raya dan 272 lokasi adalah rondaan MPV di seluruh negara, setiap hari,” katanya.

 

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman covid 19, COVID-19: Peratusan PKP ingkar masih serius - ATM, ramai masih ingkar peraturan kawalan pergerakan

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.