Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Cheng Hoe waspada Garuda ‘baharu’

Cheng Hoe waspada Garuda ‘baharu’

Zik · Nov 18, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

INDONESIA VS MALAYSIA

KEMENANGAN 3-2 menentang Indonesia pada aksi pusingan pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno harus dilupakan apabila skuad Harimau Malaya sekali lagi turun bertemu lawan sama, Selasa ini.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe berkata, skuad Garuda bakal tampil berbeza di Stadium Nasional Bukit Jalil terutama selepas pemecatan ketua jurulatih Simon McMenemy yang kini diambil alih sementara penolongnya.

KENA HATI-HATI, JANGAN TERLALU YAKIN!!  
Malah, difahamkan beberapa pemain baharu turut dibawa ke Kuala Lumpur sekaligus skuad Indonesia bakal hadir dengan penuh rahsia tanpa mengetahui kekuatan dan kelemahan terkini pasukan itu.

“Kita tahu mereka (Indonesia) melakukan beberapa pertukaran termasuk jurulatih dan pemain baharu ke dalam skuad. Ia pasti membawa perubahan kepada pasukan itu yang sudah tentu inginkan kemenangan dengan pasukan baharu.

“Jadi kita kena tak boleh lagi memikirkan atau terlalu yakin dengan kemenangan lalu kerana sekarang semuanya sudah berbeza. Tapi seperti selalu saya pesan kepada pemain, kita kena fokus dan beri tumpuan dengan persediaan sendiri dan jangan terlalu fikirkan perkara lain kerana ia akan mengganggu tumpuan kita,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.

Malaysia yang meraih kemenangan penting ke atas Thailand 2-1 pada Khamis lalu menyasarkan tiga mata penuh dalam aksi ini demi mencerahkan laluan ke pusingan ketiga kelayakan.

CHENG HOE GEMBIRA PENYOKONG SUDAH BELI TIKET HABIS!! 

Selain itu, beliau juga jelas gembira dengan sokongan padu penyokong negara yang bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil apabila jualan tiket dijangka habis menjelang aksi itu. Difahamkan, kapasiti stadium yang boleh memuatkan 90,000 penyokong itu sudah hampir penuh dengan sejumlah 74,308 keping tiket sudah terjual. Sudah habis pun sebenarnya kuota tiket dekat online tuh.

Apepun perlawanan pada hari selasa ini, menjanjikan satu aksi yang menarik untuk ditonton seluruh alam semesta. Ia ibarat pentas final piala dunia. Haha.

 

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan waspada dengan garuda baru, waspada dengan indonesia pada 19.11.2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.