Perlawanan kempen kelayakkan piala dunia pusingan kedua perlawanan kedua diteruskan lagi. Kali ini MALAYSIA vs UAE pada Hari selasa ini 10 September di stadium bukit JALIL Kuala Lumpur.
Kedudukan kumpulan G setakat ini :
- MALAYSIA 3 MATA
- THAILAND 1 MATA
- VIETNAM 1 MATA
- UAE 0 MATA
- INDONESIA 0 MATA.
Keputusan perlawanan pertama kita sangat struggle bertemu dengan pasukan jiran Kita INDONESIA menang tipis 3-2 pada minggu lepas.
Walaupun begitu keputusan positif ini sekurang-kurangnya dapat memberi motivasi dan kekuatan yang padu buat skuad harimau Malaya melayan pasukan UAE ini selasa ini.
Bekas pemain sayap kebangsaan, Karim Pin yakin pemain bola sepak kebangsaan mampu memberi cabaran sengit ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Baginya, ranking bukan ukuran sebenar kekuatan lawan namun yang lebih penting siapa yang lebih baik pada tempoh 90 minit aksi sebenar bakal dinobatkan sebagai pemenang.
Malah, dia menganggap perlawanan terbabit adalah kesempatan terbaik untuk pemain mencuri mata berharga selepas kejayaan cemerlang menewaskan Indonesia di Jakarta, minggu lalu.
Live streaming MALAYSIA VS UAE DISINI
“Ia berikutan perlawanan di laman sendiri mampu mengukuhkan keyakinan pemain untuk beraksi dengan komitmen tinggi sekali gus menafikan kecemerlangan skuad ranking ke 65 dunia itu.
“Di atas kertas memang pelawat memiliki barisan pemain yang istimewa termasuk kemahiran, fizikal dan pengalaman namun ukuran terpenting bagaimana untuk kita menanganinya.
“Apapun pasukan negara yang memiliki tempoh permainan yang sama dengan pelawat harus bijak untuk menggunakan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri,” katanya.
Bekas pemain lincah yang pernah mewakili Kedah, Perak, Selangor dan Melaka itu juga turut yakin dengan kemampuan pemain negara di bawah kendalian jurulatih, Tan Cheng Hoe.
Menurutnya, apa yang penting pemain perlu kembali kepada asas bola sepak iaitu tidak melakukan kesilapan sama ada dari segi hantaran dan pergerakan, selain mengelak memberi ruang kepada lawan melakukan percubaan.
Beliau berkata, jika situasi terbabit mampu dipersembahkan tidak mustahil sekurang-kurangnya satu mata berjaya diraih.
‘Jangan terlalu hormat UAE’
KOTA BHARU: Pemain Harimau Malaya tidak perlu merendah diri ketika bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Bekas pemain kebangsaan era 70-an Afandi Yusof berkata pemain perlu melupakan kedudukan ranking dan rekod yang pernah dicatat oleh pasukan kebangsaan ketika bertemu UAE dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
“Bola sepak tidak boleh terlalu melihat kepada ranking pasukan, jika mengikut kepada ranking, Malaysia sudah jauh ketinggalan dan kalah kerana UAE berada di ranking 65 manakala Malaysia berada di ranking 159.
“Pemain harus menggunakan sepenuhnya kemampuan yang dimiliki untuk mencipta kejutan pada perlawanan malam esok,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Afandi berkata beliau percaya Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mempunyai ramuan tersendiri bagi melakukan sesuatu pada perlawanan berkenaan.
“Setiap jurulatih mempunyai taktikal sendiri namun untuk melaksanakannya bergantung sepenuhnya kepada pemain ketika beraksi di atas padang.
“Saya lihat pemain negara mempunyai kekuatan dan peningkatan dalam corak permainan contohnya ketika bermain di Indonesia tempoh hari, walaupun ketinggalan pasukan mampu mencari gol penyamaan dan gol kemenangan, oleh itu pemain tidak sepatutnya terlampau hormat kepada pasukan lawan malam esok, ” katanya.
Beliau berkata pemain seperti Brendan Gan, Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh perlu digunakan sebaik mungkin pada perlawanan malam esok.
“Kehadiran mereka ini dapat mengimbangi pemain-pemain pasukan lawan, namun pemain pasukan negara tidak harus cepat hilang bola bagi mencipta gerakan,” katanya.
Untuk rekod pada 2015, pasukan kebangsaan pernah dibelasah oleh pasukan UAE dengan jaringan 10-0. – BERNAMA.
Hamidin, Jamal yakin Harimau Malaya benam UAE
KUANTAN: Skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejutan dengan mengatasi pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tidak mustahil buat skuad kebangsaan yang menghuni ranking ke-159 dunia untuk menewaskan pasukan ranking ke-65 itu jika semua pemain memberikan komitmen dan fokus sepenuhnya dalam aksi di Stadium Nasional itu.
Beliau yang masih tidak dapat melupakan kekalahan 10-0 Harimau Malaya kepada pasukan itu pada kempen kelayakan edisi terdahulu pada 2015, iaitu kekalahan terbesar dalam sejarah buat pasukan negara, mengingatkan pemain bahawa pasukan seperti UAE adalah antara lawan yang perlu diatasi untuk mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2023 di China.
“Saya ada beritahu dengan pemain bahawa tiada sebab untuk takut dan bermain dengan yakin. Jadi komitmen penuh dituntut dari semua pemain, terutamanya penjaga gol dan bahagian pertahanan untuk elak dibolosi.
Saya mahu mereka beri 100 peratus dalam perlawanan itu dan berwaspada sepanjang 90 minit perlawanan. Tak mustahil kita boleh mencipta kejutan apabila beraksi di gelanggang sendiri dan kita sekurang-kurangnya meraih satu mata dalam aksi ini,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, dengan aksi harimau Malaya yang makin menunjukkan peningkatan, maka tidak mustahil mereka berjaya mencatat kemenangan ke atas UAE pada aksi kedua Kumpulan G di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Beliau berkata, jumlah jaringan bukan persoalan utama perlu difikirkan sebaliknya apa yang penting ialah kemenangan di laman sendiri menjadi fokus utama mereka.
“Dengan corak permainan yang semakin menyerlah dan mantap pada pertemuan dengan Indonesia sebelum ini, keyakinan saya begitu menebal skuad Harimau Malaya mampu menjinakkan pasukan UAE malam esok.
“Ingatan saya pada pemain ialah jangan terlalu memikirkan rekod buruk pasukan negara sebelum ini sebaliknya memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan dan berusaha mengurangkan kesilapan yang boleh mengundang jaringan pihak lawan,” katanya, di sini hari ini.
Katanya, keseluruhan semangat perjuangan yang tinggi ketika bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Khamis lalu perlu dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok terutama Malaysia bakal beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri.
Jamal Nasir berkata, aksi jentera serangan dan tengah kini dilihat amat baik sekali apabila berjaya membentuk persefahaman yang jitu serta bijak mencari kelemahan pemain lawan.
Bagaimanapun katanya, sedikit kelonggaran berlaku pada benteng pertahanan yang perlu segera diperbaiki bagi mengelak gawang pasukan negara dibolosi.
“Suka saya ingatkan kepada pemain Harimau Malaya, pasukan negara pernah menewaskan UAE ketika era kegemilangan dahulu dan hari ini kehebatan itu kembali dijelmakan oleh barisan pemain muda.
“Saya begitu berbangga melihat kejayaan skuad Harimau Malaya ketika menewaskan Indonesia 3-2 di tempat lawan, saya pernah bersama pasukan kebangsaan bermain di Stadium Gelora Bung Karno dan situasinya hampir sama.
“Disebabkan terlalu ramai penonton yang bersorak menyebabkan pemain tidak dapat mendengar arahan jurulatih dan berkomunikasi dengan rakan sepasukan,” katanya yang mendoakan pasukan negara dapat menewaskan UAE.
Hamidin turut menyeru penyokong turun ke stadium memberikan sokongan padu kepada pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu.
Difahamkan bahawa lebih 12,000 tiket bagi aksi itu telah dijual secara dalam talian sehingga semalam.
Malaysia kini menduduki tangga teratas Kumpulan G dengan tiga mata selepas menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi pertama Khamis lalu, manakala UAE bakal memulakan kempen pada esok.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan G, Vietnam mengikat Thailand tanpa jaringan di Bangkok.
RANKING FIFA MALAYSIA DAN UAE
Malaysia – 159
UAE – 65
Jika dilihat pada ranking,bagaikan langit dan bumi. UAE berada di ranking antara yang terbaik dunia manakala Malaysia antara pasukan kecil yang bercita-cita besar.
Tetapi dalam bolasepak,tiada apa yang mustahil. Bak kata Datuk Rajagopal suatu ketika dahulu,”ranking tidak penting”. Yang penting semangat berpasukan dan sokongan yang bakal diberikan nanti.
Ayuh turun ke stadium dan sama-sama cipta sejarah Selasa nanti!
Malaysia vs UAE
Selasa – 10/9/2019 – 8:45 Malam
Stadium Nasional Bukit Jalil.
LIVE STREAMAING MALAYSIA VS UAE 10 SEPTEMBER 2019.
kita akan update live tunggu
sUMBER LAIN :
[…] MALAYSIA VS UAE 10 SEPTEMBER 2019. […]