

GELORA BUNG KARNO, JAKARTA . – Gol pada minit 97 oleh Mohamadou Sumareh memastikan Malaysia mengatasi Indonesia 3-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebentar tadi.
Saingan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terlebih dahulu ketinggalan selepas pemain kelahiran Brazil Alberto Goncalves meledak gol pendahuluan buat tuan rumah pada minit ke-12.
Bagaimanapun, pemain gantian dari kelahiran Gambia, Sumareh yang mendapat kerakyatan Malaysia tahun lalu menyamakan kedudukan 25 minit kemudian.
Dua minit kemudian, penyerang Indonesia, Goncalves yang juga pemain tertua dalam skuad tersebut berusia 38 tahun meletakkan Garuda di depan semula.
Malaysia kemudiannya menyamakan kedudukan melalui Syafiq Ahmad hasil dari hantaran shafawi rashid pada minit ke-65 sebelum Sumareh memastikan Harimau Malaya pulang bergaya.
Dalam saingan yang penuh tegang itu di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta itu, turut menyaksikan perlawanan terpaksa dihentikan hampir 10 minit pada separuh masa kedua selepas penyokong tuan rumah bertindak meluru ke arah penyokong pelawat termasuk melontar suar.
Tahniah Malaysia, walaupun banyak lagi ruang yg perlukan pembetulan namun kemenangan ini menunjukkan kebangkitan bolasepak negara atas usaha semua pihak yg lama dan yg baru.. Kerana membangun semula bolasepak negara memang memakan masa yg panjang. Sedikit kekecohan yg berlaku kita lupakan sje tidak perlu diheret ke Malaysia. Semangat setiakawan pemain Indonesia juga patut di puji kerana tidak bertindak ganas2 di akhir2 permainan bagi mengalakkan kekecohan baru utk berlaku. Syabas permain Malaysia, anda hebat semalam!.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply