Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / Video gol highlights malaysia 3-2 indonesia kelayakkan piala dunia 5.9.2019

Video gol highlights malaysia 3-2 indonesia kelayakkan piala dunia 5.9.2019

Zik · Sep 6, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

malaysia, bendera malaysia

Kita bermula dengan langkah kanan perlawanan malam semalam di stadium Bung Karno , Indonesia. Kemenangan pertama sebagai penyuntik semangat sebelum pada 10 haribulan minggu hadapan malaysia akan bertemu dengan pasukan terkuat kumpulan G , UAE.

Perjalanan harimau malaya masih terlalu jauh untuk pergi ke hadapan. Namun kemenangan pertama ini harapnya memberi semangat untuk teruskan perjuangan dalam mengejar cita-cita kita. Insyallah.

Keputusan penuh perlawanan malaysia 3-2 Indonesia.

Jaringan oleh.

  • Beto Gonzales 12, 39″
  • Mohamadou Sumareh 37″ 90+7″
  • Syafiq Ahmad 66″

Secara kasarnya perlawanan malam semalam, pasukan malaysia lebih menguasai permainan. Cuma di awal babak pertama agak tidak  berada ditahap yang terbaik. Senang kata belum settle down.  Pertukaran hadin azman dan memasukkan Sumareh memberi impak yang besar buat skuad kebangsaan first touch terus gol pertama buat malaysia.

Selepas dua kali ketinggalan skuad Harimau Malaya bangkit mencatat kemenangan menerusi jaringan Mohamadou Sumareh di penghujung aksi untuk menewaskan Indonesia, 3-2 dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam semalam.

Selingan, kejadian di stadium gelora bung karno. Penyokong indonesia merusuh, membaling batu dan botol kepada penyokong harima malaya. Dimana janji PSSI untuk memberi jaminan keselamatan yang dijanjikan sebelum ini??

Mohamadou Wira Tunggal Harimau Malaya 

JAKARTA: Penyerang skuad Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada penghujung permainan buat memastikan Malaysia meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di sini, malam tadi.

Begitupun, kelonggaran barisan pertahanan negara nyaris meragut peluang anak buah Tan Cheng Hoe yang mengidam untuk menamatkan kemarau 14 tahun tanpa kemenangan di Gelora Bung Karno yang kali terakhir dimenangi pada 2004.

Masalah persefahaman antara tonggak pertahanan ditambah dengan kepantasan jentera serangan skuad Garuda nyata gagal dihalang oleh pemain negara.

Dalam aksi itu, Cheng Hoe mengekalkan sebahagian besar tonggak ketika tewas kepada Jordan 0-1 pada aksi pemanas di Bukit Jalil, 30 Ogos lalu kecuali menyenaraikan Syafiq Ahmad dan menggantikan Muhammad Daniel Amier Norhisham.

Skuad negara yang kali terakhir ‘menawan’ Gelora Bung Karno pada 2004 menerusi kemenangan 2-1, dihukum seawal minit ke-12 apabila tolakan antara celah pemain menyaksilan Saddil Ramdani berjaya meloloskan diri sebelum mengumpan kepada tonggak naturalisasi dari Brazil, Alberto Goncalves di depan gawang pelawat.

Jaringan itu nyata mengamatkan Gelora Bung Karno dengan skuad kendalian Simon McMenemy terus meningkatkan tekanan untuk memburu gol tambahan.

Menyedari Hadin Azman gagal memainkan peranannya di sebelah sayap kiri negara, Cheng Hoe mengeluarkannya dan memasukkan Mohamadou Sumerah di minit ke-37.

Tidak sampai 15 saat di atas padang, Sumareh mengejutkan penyokong tuan rumah dengan gol penyamaan yang juga gol keempatnya di peringkat antarabangsa bersama Malaysia.

Bagaimanapun, dua minit kemudian tuan rumah kembali di depan sekali lagi menerusi Goncalves yang merembat cantik dari luar kotak penalti buat menewaskan ketua pasukan negara, Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, Malaysia memperkemaskan aksi dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-66 hasil hantaran tandukan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad.

Aksi rancak kedua-dua pasukan bagaimanapun terpaksa dihentikan pada minit ke-69 apabila penyokong Indonesia mula menyerang tempat duduk penyokong Malaysia.

Selain balingan botol daripada penyokong tuan rumah, penyokong Garuda turut melempar suar.

Selepas situasi ‘panas’ itu berjaya ditenangkan pihak berkuasa Indonesia, perlawanan berkenaan diteruskan oleh pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyungjin dengan pelawat menguasai baki 20 minit permainan.

Sumareh muncul wira Malaysia apabila penyerang Pahang itu berjaya memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gawang tuan rumah di penghujung saingan sekaligus meraih tiga mata pada kempen kelayakan kali ini.

Keputusan penuh perlawanan dan kedudukan terkini kumpulan G kelayakkan piala dunia 2022.

keputusan malaysia vs indonesia 5.9.2019

Enjoy video gol highlights yang kita dapat cari di youtube dibawah ini. Layan.

Video gol highlights dari astro arena.

 

Detik-Detik comeback dari Pasukan Malaysia menumpaskan Indonesia di Gelora Bung Karno .
Nampak nya Pasukan Indonesia Terciduk gais .

Sumber lain :

Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan video gol highlights malaysia 3-2 indonesia 5.9.2019, video gol highlights malaysia 3-2 indonesia piala dunia 5 september 2019, youtube gol indonesia 2-3 malaysia kelayakkan piala dunia 5.9.2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.