Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kekeluargaan

Kekeluargaan

Mercun oh mercun!

Zik · Aug 17, 2010 · 62 Comments

http://a.imageshack.us/img16/8697/mainmercun.png

Harap tahun ini kes kehilangan jari, kaki, buta mata dan hilang nyawa tiada kepada mereka yang bermain mercun.Tak pasti tahun ini, sudah ada kes-kes yang macam dekat atas nie ke? Kalau ada bagitau.

Hampir acap setiap tahun ada sahaja berita yang tidak menggembirakan. Berikutan dengan peringatan kepada anak-anak kecil, supaya jangan main mercun diharapkan janganlah ada kes-kes yang tidak diigini berlaku.

Biarpun banyak penyeludupan mercun yang dilakukan berjaya dihidu oleh pihak berkuasa seperti polis dan kastam. Namun, sebenarnya masih ada banyak lagi gerakan-pgerakan undercover yang tak kantoi! (macam pengalaman je aku nie)

Siapa yang harus dipersalahkan?

Ya, ketika ibu-bapa sedang sibuk mengerjakan sembahyang terawikh di masjid/surau. Ketika inilah anak-anak kecil/remaja bermain mercun diluar pengetahuan mereka. Nak salahkan penjual pun agak susah juga. [Read more…] about Mercun oh mercun!

Jangan main mercun.

Zik · Jul 21, 2010 · 2 Comments

Amaran, hanya boleh dilakukan oleh pemain profesional

Anda pernah main mercun? Jika ya mercun jenis apa?customer surveys

Credit picture dari Penawarinduku blog

Bila cerita pasal main mercun nie, teringat masa zaman budak-budak. Suka sangat main mercun, tak tahu kenapa suka sangat. Mula-mula tengok abang main mercun, masa tuh kecik-kecik lagi, so kira tahap beginner main bunga api je.

Bila dah besar sikit, baru dapat lesen main mercun cili padi.Kemudian , thunder clap, dan akhir sekali main Meriam buluh. Huh, bunyinya satu kampung boleh dengar.

Cara-cara untuk buat meriam buluh.

Nak buat jugak ke? tak payah la. Entri akan datang lah ya!

Tak ingat bila tinggalkan dunia main mercun. [Read more…] about Jangan main mercun.

Budaya melatah!

Zik · Jun 25, 2010 · 2 Comments

Opocot !

Eh mak kau beli kain!

Budaya melatah adalah satu sindrom (pandai-pandai je zik nie)

MASYARAKAT kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.

Selain yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini.

Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

Bagaimanapun, bukan wanita saja yang dikaitkan dengan melatah, lelaki juga apa kurangnya. Ada juga lelaki yang melatah dan kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita.

Justeru, Keluarga di 9 (KD9) bersama hos, Datin Norjuma Habib Mohamed berkesempatan menemubual penyanyi, pengacara dan pelakon, Roslan Shah, yang kuat melatah. Menyingkap kisah bermulanya dia melatah, menurut Roslan, dia melatah sejak tiga tahun dulu. Mungkin disebabkan gemar mengusik dan mengajuk orang melatah lama-kelamaan, dia turut `berjangkit’. Dia turut mengakui, kakak dan arwah neneknya turut melatah dan mungkin ia `menurun’ kepadanya.

Roslan menyangkal pendapat sesetengah pihak yang berkata dia sengaja melatah atau buat-buat latah.

“Saya tidak nafikan ada sesetengah orang sengaja melatah mungkin untuk mendapat perhatian atau menunjuk-nunjuk tetapi jika boleh memang saya tidak mahu melatah, meletihkan!” akui Roslan.

Pernah suatu ketika dia sedang makan di sebuah restoran, seekor kucing menggesel pada kakinya dan disebabkan terlampau terperanjat menyebabkan dia `bersilat’ hinggakan meja dan pinggan mangkuk bertaburan.

Hatta, terpaksalah dia membayar ganti rugi kepada pemilik restoran.

“Bayar satu hal dan malunya bukan kepalang kerana semua orang tertumpu kepada saya,” kata Roslan mengimbau kisah lalu.

Roslan berkata, dia akan melatah jika orang menyergah atau mencuit pinggangnya. Namun, ada kala dia tidak melatah jika dia bersedia dan berhati-hati ketika bersama orang keliling. Apa yang paling merisaukannya apabila melatah, dia akan menyebut perkataan yang tidak senonoh dan ini turut menjatuhkan maruahnya.

“Kalau saya melatah, kaki tangan semua naik, sesiapa yang berdekatan, nahaslah! Hendak marah pun tidak boleh sebab yang mengusik pun kawan-kawan tetapi pernah saya mengacarakan sebuah majlis, tiba-tiba seorang tetamu kononnya hendak mengusik akibatnya kepala dia saya ketuk dengan mikrofon! Hah, rasakan!” katanya.

Tidak dinafikan, kala bercerita mengenai latah, pelbagai cerita latah yang kita boleh dengar. Ada yang boleh menyebabkan periuk belanga terbang melayang, ada yang bercakap mengarut, ada yang bersilat, menari dan bermacam lagi. [Read more…] about Budaya melatah!

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 19
  • Page 20
  • Page 21
  • Page 22
  • Page 23
  • Page 24
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.