• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kekeluargaan / Budaya melatah!

Budaya melatah!

Zik · Jun 25, 2010 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Opocot !

Eh mak kau beli kain!

Budaya melatah adalah satu sindrom (pandai-pandai je zik nie)

MASYARAKAT kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.

Selain yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini.

Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

Bagaimanapun, bukan wanita saja yang dikaitkan dengan melatah, lelaki juga apa kurangnya. Ada juga lelaki yang melatah dan kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita.

Justeru, Keluarga di 9 (KD9) bersama hos, Datin Norjuma Habib Mohamed berkesempatan menemubual penyanyi, pengacara dan pelakon, Roslan Shah, yang kuat melatah. Menyingkap kisah bermulanya dia melatah, menurut Roslan, dia melatah sejak tiga tahun dulu. Mungkin disebabkan gemar mengusik dan mengajuk orang melatah lama-kelamaan, dia turut `berjangkit’. Dia turut mengakui, kakak dan arwah neneknya turut melatah dan mungkin ia `menurun’ kepadanya.

Roslan menyangkal pendapat sesetengah pihak yang berkata dia sengaja melatah atau buat-buat latah.

“Saya tidak nafikan ada sesetengah orang sengaja melatah mungkin untuk mendapat perhatian atau menunjuk-nunjuk tetapi jika boleh memang saya tidak mahu melatah, meletihkan!” akui Roslan.

Pernah suatu ketika dia sedang makan di sebuah restoran, seekor kucing menggesel pada kakinya dan disebabkan terlampau terperanjat menyebabkan dia `bersilat’ hinggakan meja dan pinggan mangkuk bertaburan.

Hatta, terpaksalah dia membayar ganti rugi kepada pemilik restoran.

“Bayar satu hal dan malunya bukan kepalang kerana semua orang tertumpu kepada saya,” kata Roslan mengimbau kisah lalu.

Roslan berkata, dia akan melatah jika orang menyergah atau mencuit pinggangnya. Namun, ada kala dia tidak melatah jika dia bersedia dan berhati-hati ketika bersama orang keliling. Apa yang paling merisaukannya apabila melatah, dia akan menyebut perkataan yang tidak senonoh dan ini turut menjatuhkan maruahnya.

“Kalau saya melatah, kaki tangan semua naik, sesiapa yang berdekatan, nahaslah! Hendak marah pun tidak boleh sebab yang mengusik pun kawan-kawan tetapi pernah saya mengacarakan sebuah majlis, tiba-tiba seorang tetamu kononnya hendak mengusik akibatnya kepala dia saya ketuk dengan mikrofon! Hah, rasakan!” katanya.

Tidak dinafikan, kala bercerita mengenai latah, pelbagai cerita latah yang kita boleh dengar. Ada yang boleh menyebabkan periuk belanga terbang melayang, ada yang bercakap mengarut, ada yang bersilat, menari dan bermacam lagi.

Namun, apakah yang menyebabkan mereka ini melatah? Pakar mempercayai latah adalah satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit tetapi ia dipercayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial. Malah, ia dipercayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.

Justeru, kata Roslan, jangan merangsang orang yang melatah seperti mencucuk pada mana-mana bahagian anggota tubuhnya hingga mereka terkejut. Walau pun dengan melatah boleh menceriakan suasana tetapi ia turut memberi kesan kepada si latah tadi. Selain penat dan perlakuan mereka tanpa sedar, mereka juga menjadi bahan ketawa yang kadang kala memualkan diri mereka sendiri.

Kesimpulan.

Jangan suka cucuk orang yang yang melatah nie , tak baik, nanti ia mengajar budak-budak untuk buat macam nie. Barang siapa yang  suka usik macam nie, nanti anda juga akan terkena juga. Jadi beringatlah!

Sumber disini.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kekeluargaan budaya melatah, melatah, punca melatah

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. eimsperfume says

    January 14, 2011 at 2:54 pm

    kalau terkejut ke.. sebut la “ya Allah” ke..
    “Allah hu’akhbar ke”

    kalau ko tiba2 terjatuh tangga pastu sebut “opocot” pastu meninggal sebab jatuh tangga tu.. tak ke mangkuk.. huhu..

    kalo kawan2 melatah sebut ococot tu aku saond jer.. :p

    Reply
  2. brian says

    May 20, 2012 at 2:07 pm

    aku pun melatah..kawan saya suka cucuk saya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021
  • Live streaming melaka united vs sabah liga super 6.3.2021
  • Live streaming selangor fc vs sri pahang liga super 6.3.2021
  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021
  • Live streaming JDT VS KEDAH piala sumbangsih 5.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kekeluargaan

Tolong tengokkan blog aku.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Salam semua. Diharap anda semua sihat sejahte…

Kekeluargaan

Resepi-resepi ikan kerapu

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGPada edisi yang lepas ada menceritakan mengena…

Kekeluargaan

Sindikit gores dan menang, perlu kita banteras!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGEmail pilihan zik minggu ini. TAK serik-serik …

%d bloggers like this: