Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Ekonomi

Ekonomi

PENDAFTARAN PROGRAM FOOD TRUCK 1MALAYSIA (FT1M)

Zik · Apr 22, 2018 · Leave a Comment

FT1M, food truck 1 malaysia, bantuan food truck 1 malaysia

Perniagaan dengan menggunakan food truck, atau trak makanan, semakin popular di Malaysia, dan dijangka akan mengubah prospek kulinari di negara ini.

Bajet 2018 telah menggariskan usaha meningkatkan pendapatan rakyat melalui Program Food Truck 1Malaysia (FT1M). Sebagai Kementerian peneraju kepada program FT1M, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) sedang mencari mana-mana rakyat Malaysia yang berminat untuk berkecimpung dalam industri perniagaan food truck khususnya dalam sektor makanan dan minuman. [Read more…] about PENDAFTARAN PROGRAM FOOD TRUCK 1MALAYSIA (FT1M)

Cara nak semak CCRIS secara online dengan cepat dan pantas

Zik · Feb 20, 2018 · 2 Comments

CCRIS,

Apa itu CCRISS?

Ini memang menakutkan buat orang yang ada loan, termasuklah penulis sendiri. Hey takut weyh. Silap haribulan tak boleh keluar malaysia (itu memang dah tahulah kan), semua nak buat loan tak lepas, korang nak buat apa-apa banyak sangkut bro. Loan tak boleh, nak beli rumah pun tak boleh. Nak makan boleh lah.

CCRISS singkatan kepada Central Credit Reference Information System.

CCRIS bermaksud laporan bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa. Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan. Aktiviti pembayaran yang akan direkod ke dalam sistem CCRIS adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit serta bayaran ansuran pinjaman pelajaran seperti pinjaman MARA, JPA, PTPTN dan lain-lain. Pendek kata setiap pembelian melalui bayaran secara ansuran akan direkodkan ke dalam sistem CCRIS ini.

Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan bagi anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak. Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan CCRIS akan menunjukkan indikator ‘0’ yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda ‘1’ bermaksud tertunggak satu bulan dan ‘2’ bermaksud tertunggak 2 bulan. Laporan CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas.

Untuk mendapatkan laporan CCRIS ini, anda harus ke Bank Negara. Terdapat beberapa e-Kiosk untuk mencetak penyata CCRIS anda. Anda hanya perlu membawa MyKad dan proses imbasan cap jari menggunakan sistem biometrik akan dilakukan bagi mendapatkan laporan CCRIS. Proses mendapatkan penyata CCRIS adalah lebih kurang sama seperti proses mencetak penyata KWSP anda di pejabat cawangan KWSP. Sila ke laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keterangan lanjut.

credit to carigold.com

[Read more…] about Cara nak semak CCRIS secara online dengan cepat dan pantas

Info dan panduan memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50)

Zik · Feb 20, 2018 · Leave a Comment

adam2018, adam50,

Datuk Seri Najib: Anak lahir pada 2018 hingga 2022 dapat RM200!!

Ini telah diumumkan masa bajet 2018 tahun lepas. So apa yang diterapkan dalam hal ini ialah berkaitan dengan  pembangunan simpanan untuk anak kecil yang baru lahir 2018. Bermula dari bulan januari 2018 hingga 2022. Sekarang dah bulan februari 2018. Insyallah , kalau ada rezeki penulis juga bakal menimang cahaya mata yang kedua dalam bulan 3 atau 4 tahun ini, Amin.

Seperti apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masa bajet 2018 tahun lepas, berkata kerajaan buat pertama kali akan memperkenalkan satu skim yang memberi faedah kepada setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022.

Dinamakan Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, Najib berkata setiap anak berkenaan akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham. Semua anak layak untuk menerima tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Yang penting warganegara malaysia lah. Anak malaysia.

Baca juga : CARA MEMOHON AMANAH DANA ANAK MALAYSIA 2050/ADAM50

Tujuan utama penubuhan ADAM 2050.

Skim yang diusahakan bersama PNB bertujuan : [Read more…] about Info dan panduan memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50)

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 25
  • Page 26
  • Page 27
  • Page 28
  • Page 29
  • Interim pages omitted …
  • Page 69
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.