• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Cara nak semak CCRIS secara online dengan cepat dan pantas

Cara nak semak CCRIS secara online dengan cepat dan pantas

Zik · Feb 20, 2018 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

CCRIS,

Apa itu CCRISS?

Ini memang menakutkan buat orang yang ada loan, termasuklah penulis sendiri. Hey takut weyh. Silap haribulan tak boleh keluar malaysia (itu memang dah tahulah kan), semua nak buat loan tak lepas, korang nak buat apa-apa banyak sangkut bro. Loan tak boleh, nak beli rumah pun tak boleh. Nak makan boleh lah.

CCRISS singkatan kepada Central Credit Reference Information System.

CCRIS bermaksud laporan bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa. Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan. Aktiviti pembayaran yang akan direkod ke dalam sistem CCRIS adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit serta bayaran ansuran pinjaman pelajaran seperti pinjaman MARA, JPA, PTPTN dan lain-lain. Pendek kata setiap pembelian melalui bayaran secara ansuran akan direkodkan ke dalam sistem CCRIS ini.

Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan bagi anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak. Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan CCRIS akan menunjukkan indikator ‘0’ yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda ‘1’ bermaksud tertunggak satu bulan dan ‘2’ bermaksud tertunggak 2 bulan. Laporan CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas.

Untuk mendapatkan laporan CCRIS ini, anda harus ke Bank Negara. Terdapat beberapa e-Kiosk untuk mencetak penyata CCRIS anda. Anda hanya perlu membawa MyKad dan proses imbasan cap jari menggunakan sistem biometrik akan dilakukan bagi mendapatkan laporan CCRIS. Proses mendapatkan penyata CCRIS adalah lebih kurang sama seperti proses mencetak penyata KWSP anda di pejabat cawangan KWSP. Sila ke laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keterangan lanjut.

credit to carigold.com

Baca juga :  eCCRIS: Tutorial Semakan Rekod CCRIS Secara Online 

Definisi yang lain.

Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat adalah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu

  1. Laporan Ringkas Kredit,
  2. Laporan Kredit Terperinci
  3. Laporan Kredit Tambahan.

Laporan Ringkas Kredit terdapat 3 pecahan iaitu yang pertama menyatakan permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank. Pecahan kedua pula menyatakan liabiliti semasa yang ditanggung yang meliputi jumlah baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan tidak kira sebagai peminjam dan penjamin. Pecahan terakhir pula menyatakan sekiranya ada tindakan undang-undang yang dikenakan.

credit to akuanakpahang.blogspot.my

 apa itu ccris, ccris,

Untuk pengetahuan anda (aku bukan peminjam PTPTN, tapi aku peminjam dengan mara sama jer sebenarnya, beza mara takda interest), PTPTN juga termasuk dalam  CRISS dan ianya bahaya sebab kalau tidak bayar, secara automatik masuk black list. Bila sudah masuk black list, kamu buat pinjaman apa pun tidak boleh.

Kita bagi satu senario yang berlaku hari ini. Contoh, Najib (bukan nama sebenar) ada beli kereta Proton Iriz (loan ok..) pakcik dia Sonaone (bukan nama sebenar) yang pakai kereta tu dan bayar bulanan kereta tu. Satu hari tu, Najib nak buat loan di Bank Rakyat. Seminggu selepas tu, Bank Rakyat tolak permohonan loan Najib sebab nama pinjaman kereta Proton Iriz itu(atas nama loan) tidak berbayar selama 2 bulan. Cek punya cek memang tidak berbayar selama dua bulan. So siapa salah disini? Najib ke pakcik dia? Najiblah, sebab dia tak monitor atau dia yang sendiri terpaksa tanggung semua itu.Sebab dalam agreement memang dia yang sign. Walaupun orang lain yang pakai. Kalau tak bayar, najib yang kena tanggung. Semua agrreement atas nama dia. Kalau nak tuntut hak pun Najib ada hak. Tapi tuhla sebab pakcik sendiri kan. Kalau dia nak buat loan, mungkin tak lepas.

Biasa ini yang berlaku dalam dunia loan. Dalam keretalah biasanya tuh, agen kereta nak dapat sales punya pasal. Sanggup guna apa cara untuk kasi lepas loan. Tapi dalam pada masa yang sama, kita juga yang terbeban jika ada masalah yang lain akan timbul. Kesannya itulah seperti diatas.

CRISS dapat kesan siapa peminjam yang tidak membayar sekali hatta dua kali sebabnya laporan kewangan dibuat dan dihantar setiap bulan.

Jadi, jalan penyelesaiannya..bayar la pinjaman tu semula. Kalau masa meminjam senang, takkan masa membayar tu susah kan? Aku tahu ada antara kamu yang tidak mampu lagi membayarnya sebab aku sendiri terjebak sedia maklum ada bayar komitmen yang lain.

Penulis sendiri:

  • Personal loan. (Pembiayaan peribadi daripada bank)
  • Pinjaman Mara , PTPTN (belajar)
  • Loan Kereta (Pembiayaan kereta) , dan juga (Pembiayaan pembelian kenderaan)
  • Loan Rumah (pembiayaan rumah)
  • Credit card. (kad kredit)
  • Loan Business, (Pembiayaan perniagaan daripada bank ) 

Yang bold jer tau. haha. Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada yang dinyatakan di atas, anda sudah mempunyai rekod CCRIS. Haha, dah dapat tangkap belum?

Dan sewaktu dengannya. Semua tuh ada yang penting ada yang tak penting. Yerla kita sudah masuk dalam alam pekerjaan dan sudah melangkah ke alam kekeluargaan. Sedia maklum banyak bayaran kotmitmen dalam setiap bulan. Pening juga nak bayar semua itu ini. Tapi yang penting kita kena ada jadual pembayaran, dan juga kena tahu konsep, pendapatan mesti melebihi perbelanjaan. Kalau belanja lebih dari pendapatan, kita ada masalah dengan kewangan kita. Benda ini memang berlaku dalam masyarakat kita.

Masalah anak muda sekarang jadi hamba hutang ialah berkaitan dengan hutang dengan kereta. Itu yang biasa kita dengar. Memang susah. Nak kereta mewah, tapi nak tampung kos maintaince kereta bukan sikit bro. Lagi time nak bayar insuran kereta, memang sakit. Belum lagi time kereta buat hal, rosak ke, bocor ke. itu memang kita kena sedia tabung khas. Kalau tidak terduduklah jawabnya

Proses CCRIS . 

Setiap institusi kewangan di Malaysia akan menghantar laporan bulanan kesemua peminjam mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia. CCRIS adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan.

Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.

Laporan CCRIS adalah tentang jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan).

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Biasanya, institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman.

Sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya Debt Service Ratio berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu.

Laporan CCRIS Untuk Siapa?

Bagi yang ada pinjaman PTPTN dan nak apply apa-apa loan, anda wajib semak laporan ini dahulu. Takut ada rekod buruk yang anda tak tahu. Leceh bila sampai masa nak beli rumah dan dah letak deposit, loan sangkut sebab ada masalah CCRIS.

Aku  juga dapat tahu bahawa kawan aku yang dah membayar PTPTN on-time dan tiada tunggakan. Dah settle semua, tapi PTPTN gagal mengemaskini akaunnya menyebabkan rekod buruk di dalam CCRIS. Ya, ini berlaku lebih-lebih lagi bila sistem ini baru diperkenalkan. Jadi kepada yang membayar on-time pun aku sarankan supaya periksa rekod CCRIS. Mesti check, takut ada apa-apa masalah lain.

Selain itu, yang dah ada banyak produk kewangan (personal loan, kad kredit, loan rumah) eloklah menyemak laporan CCRIS anda setahun sekali atau beberapa bulan sebelum memohon pinjaman baru. Kalau ada yang tak cantik tu, adalah masa untuk cantikkan supaya mudah dapat pembiayaan.

CCRIS adalah untuk menyimpan database hutang dan ia bukan untuk senarai blacklist.
Sesiapa yang ada hutang dengan pihak bank maka senarai hutang akan ada di CCRIS. Apabila kita ingin membuat permohonan loan bank untuk beli apa-apa pun, pihak bank berkenaan (institusi kewangan) aan merujuk kepada CCRIS untuk melihat rekod pembayaran hutang-hutang kita yang lain. So boleh trace kalau kita bayar lambat ke bayar tak cukup ke.
Jika PTPTN termasuk sekali dalam CCRIS, maka ia akan menjadi faktor lulus atau gagal dalam permohonan baru untuk membuat hutang baru samada untuk kereta atau rumah atau hutang peribadi.
 Institusi kewangan akan menganalisa dan menilai tahap kredit anda untuk setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Kebiasaannya  permohonan akan gagal sekiranya sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman. Pihak institusi kewangan akan menggunakan maklumat bayaran bulanan dan baki pinjaman yang sedia ada di dalam laporan CCRIS untuk mengira berapa banyak komitmen yang anda perlu tanggung setiap bulan. Maklumat tersebut akan digunakan untuk kira Debt Service Ratio (DSR) untuk setiap bulan.
Apa DSR tue?
Umumnya DSR tue adalah 70%. Namun bank dapat membuat polisi-polisi tambahan mengikut kesesuaian. Justeru, boleh jadi berbeza mengikut bank seperti lokasi rumah, harga rumah atau barangkali kakitangan awam atau swasta.
Contohnya pendapatan bersih kita RM 4,000. Hutang lain adalah seperti berikut:
  • Hutang kereta RM 700.
  • Purata bayar hutang kad kredit RM 150.
  • Hutang ASB RM 500.
  • Hutang personal financing RM 600.
  • Hutang kutu (gurau jer) 
Maka DSR kita telah mencapai 49%. Jumlah hutang dibahagikan dengan pendapatan. RM 1950/RM 4000.
Berdasarkan DSR yang ditetapkan 70% misalnya, maka kita cuma dapat buat hutang baru sehingga RM 850 sahaja. Justeru, berdasarkan kadar pembiayaan semasa, rumah yang dapat kita beli adalah maksimum RM 200k. Kalau bayar bulan-bulan lebih dari itu, memang susah. Utamakan hutang yang utama dan yang penting dulu tau. Ingat tuh. Jangan main-main.

Cara nak mohon CCRIS secara online. 

Bagaimana Nak Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Keluar Rumah?

Laporan CCRIS boleh didapati daripada kiosk yang disediakan di Bank Negara dan cawangannya. Tempat lain takde dah kiosk ni.

Satu lagi cara adalah yang saya ajarkan di sini. Kenapa cara ni penting? Sebab selama ni majoriti yang saya kenal bersusah payah bayar tol, bayar parking, redah traffic jam pergi Bank Negara semata-mata nak dapatkan laporan ni.

Laporan boleh didapati daripada Credit Bureau Malaysia (CBM). Pergi ke laman Self Enquiry Report
Download borang. Klik sini.

  1. Muka surat pertama, borang ada checklist. Senang cerita, kena sertakan salinan IC dan dua dokumen sokongan.
  2. Muka Surat kedua, borang isikan maklumat peribadi. Jangan lupa Tandatangan.
  3. Muka surat ketiga, borang. Pastikan anda tandatangan kat bahagian atas surat.
  4. Scan borang yang dah lengkap. (ini senang untuk rujukan dan bukti kalau diaorang hilangkan ke apa, in case apa-apa dia telepon. Kita boleh rujuk borang itu.
  5. Lakukan pembayaran pada akaun Maybank Credit Bureau Malaysia 5123 5260 4549 sebanyak RM2.12. RM2 untuk bayaran perkhidmatan dan RM0.12 untuk 6% GST bayar pada abang Jib.
    Emelkan borang dan resit pembayaran tadi ke info@creditbureau.com.my.
  6. Dalam masa kurang daripada sejam anda akan dapat laporan kewangan penuh, termasuk laporan CCRIS dan rating tahap kewangan anda. (hari bekerja).

Cara Kedua , ada juga. untuk tahu skor ccris kita macam mana.

Boleh terus ke laman web ccris. Yang itu lagi senang. Tinggal key in data jer.

Masukkan nama, no ic, no telepon, email. Bahasa. Bila dah register tuh, korang boleh key in lagi data-data yang korang nak isi Situ boleh tahu dimana kekuatan dan apa kelemahan yang perlu diatasi untuk elakkan dari ccris. Tunggakan ada berapa. Semua adalah. Huhu

Sama juga kena bayar rm 26.50 ada yang percuma juga tapi agak limited dia punya record analysis.

Cara ketiga :

Pergi ke laman web :

Mycreditinfo.com.my

Isikan maklumat seperti biasa juga sama , kemudian tekan send. bayar rm 10.00 ikut details yang diberi. Semua berbayar, nak percuma takda rasanya. Kalau korang memang takda hutang kotmitmen, rasa ccris takda perlu rasanya. Ini biasa yang hutang-hutang kotmitmen banyak macam aku nih. Dan loan2 sana sini dengan hutang belajar tuh. Haha..

credit to khairiaziat.com , ptptn

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Ekonomi apa itu ccris, cara nak tahu rekod ccris secara online, ccris, kepentingan ccris, panduan isi borang ccris secara online, panduan memohon laporan ccris secara online, pengertian ccris, permohonan ccris secar aonline

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Cara mengatasi tekanan kewangan dikala musim(covid19) – Zikri Husaini says:
    November 25, 2020 at 8:41 pm

    […] Baca juga semak ccris anda secara online  […]

    Reply
  2. Panduan Untuk ‘Clearkan’ Rekod CCRIS – Zikri Husaini says:
    December 10, 2020 at 8:41 pm

    […] Baca juga : cara semak ccris secara online. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan, bulan mei kepada Februari 2021
  • Pembayaran Interim KWSP bermula 26 Januari 2021, semak di akaun masing2atau secara online
  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Ikan koi, ikan hiasan yang unik

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Erkk, abaikan buaya kecik tuh. Hehe Ikan koi …

Akademik

Panduan temuduga ptd m41, 2014

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Kepada mereka yang LULUS exam ptd, aku ucapka…

Ekonomi Pengumuman

Dividen ASB 7.00 SEN SEUNIT ASN 3.25 sen seunit 2018!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG KUALA LUMPUR 21 Dis. – Amanah Saham Nas…

%d bloggers like this: