Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Ekonomi

Ekonomi

Bajet 2019- Subsidi petrol bersasar rm 30 sen (laksana kad khas untuk yang layak)

Zik · Nov 10, 2018 · Leave a Comment

harga minyak,

B40 diberi keutamaan nikmati subsidi petrol

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) diberi keutamaan menikmati subsidi 30 sen yang akan dilaksanakan bermula suku kedua tahun hadapan.

“Kategori yang layak berdasarkan tahap pendapatan, kuasa kuda kenderaan dan juga usia kenderaan.

“Jadi kita perlukan maklumat tepat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenalpasti jumlah pemilik kenderaan lama,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Pasar Awal Kulim, di Kulim, hari ini.

Saifudin berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Kewangan pada 8 November ini bagi mencari formula terbaik untuk perlaksanaan subsidi ini.

“Kita galakkan perbincangan, perbahasan dalam kalangan rakyat mengenai perkara ini. Pandangan rakyat, jemaah menteri, syarikat minyak, pengedar minyak dan persatuan pengguna kami akan ambil kira.

“Kami mempunyai empat bulan lagi untuk memberi situasi menang-menang kepada semua pihak,” katanya.

Minggu lepas, Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mengumumkan pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500 cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati RON95 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi itu, beliau berkata, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter dan 40 liter bagi motosikal.

Sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka memanfaatkan empat juta pemilik kereta serta 2.6 juta pemilik motosikal.

Pernyataan YB Lim Guang Eng di Belnjawan 2019, Mengenai Susbsidi petrol .

Kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

[Read more…] about Bajet 2019- Subsidi petrol bersasar rm 30 sen (laksana kad khas untuk yang layak)

Bajet 2019, Bantuan Sara Hidup Rakyat(BSH) diteruskan (rm1000,750,500,) Bujang tiada!

Zik · Nov 3, 2018 · 2 Comments

bantuan sara hidup rakyat, bsh 2019,

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Kalau dulu masa zaman kerajaan Barisan Nasional dipanggil BRIM. Bantuan Rakyat 1 malaysia.   Namun ianya sudah digantikan setelah Kerajaan bertukar tangan kepada Pakatan Harapan.

Di bawah Belanjawan 2019 yang bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”,Dalam belanjawan kali ini juga, tiada golongan dan kaum tercicir dan tiada sentimen merendahkan martabat Bumiputera. Begitu juga dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang ditambah baik dan diteruskan kepada golongan B40 dengan peruntukan lebih bersasar.

Jumlah KOS BSH 2019. 

Dianggarkan lebih kurang 5 billion untuk kos BSH kali ini. Satu jumlah yang besar sebenarnya. Tetapi kalau dibandingkan dengan tahun lepas, peruntukkan 6.8 Billion. Sebab campur dengan bujang dulu dapat.

Kerajaan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 dengan penambahbaikan terhadap pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.  [Read more…] about Bajet 2019, Bantuan Sara Hidup Rakyat(BSH) diteruskan (rm1000,750,500,) Bujang tiada!

Live streaming bajet 2019

Zik · Nov 2, 2018 · Leave a Comment

bajet 2019, belanjawan 2019,

BAJET 2019!!

KUALA LUMPUR: Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang. Boleh muat turun download ucapan penuh YB Lim Guang Eng Hari ini jam 7 petang.

UCAPAN PENUH BAJET 2019(PDF FILE)

Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki.

Baru-baru ini Lim berkata, bajet 2019 akan menjadi bajet yang sukar kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun.

“Ini bermakna kerajaan baharu perlu melaksanakan tugas amat berat untuk memperkukuh kedudukan kewangannya dan pada masa yang sama mengemudi ekonomi keluar daripada kelembapan pada tahun-tahun akan datang,” kata Kenanga Investment Bank dalam satu Nota Penyelidikan.

Peruntukan Bajet 2019 berdasarkan purata harga minyak mentah AS$70 satu tong, walaupun penanda aras minyak mentah Brent mendekati AS$80 satu tong pada masa ini.

Berita baiknya ialah kerajaan bertekad untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu tanpa mengetepikan kesejahteraan rakyat.

Setakat ini, beberapa petunjuk menunjukkan kemungkinan cukai baharu diperkenalkan.

Spekulasi tersebar berhubung pengenalan cukai harta pusaka, cukai keuntungan modal serta cukai baharu ke atas soda dan e-dagang.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata cukai baharu terbabit tidak akan membebankan rakyat dan pendapatan itu akan digunakan untuk rakyat serta mengurangkan beban membayar balik hutang negara.

Beliau berkata, pendapatan itu akan diguna untuk menyelenggara operasi kerajaan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan, menutup jurang pembangunan bandar-luar bandar serta menyelesaikan hutang kerajaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberi jaminan bahawa bajet itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh serta menjamin kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.

Selain daripada dasar-dasar baru dan langkah-langkah yang “sukar”, adalah menarik untuk melihat bagaimana kerajaan akan menangani kekurangan pendapatan akibat pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pendapatan kerajaan untuk 2018 akan merosot kepada RM21 bilion berikutan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST.

Kesannya adalah kekurangan RM17 bilion dalam pendapatan kerajaan tahun ini.

Kerajaan baharu jelas perlu melakukan lebih banyak perkara dengan sumber terhad dan ia perlu melakukannya dengan segala kuasa dan keupayaannya. – BERNAMA

LIVE STREAMING BAJET 2019 : [Read more…] about Live streaming bajet 2019

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 23
  • Page 24
  • Page 25
  • Page 26
  • Page 27
  • Interim pages omitted …
  • Page 69
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.