Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Drama

Drama

Drama Asalkan Dia Bahagia , Ayda Jebat dan Shukri Yahaya

Zik · Mar 11, 2019 · Leave a Comment

ASALKAN DIA BAHAGIA

Menggantikan drama dia menantu rahsia Ashraf Muslim dan Raisyha Rizrose. Merupakan drama adaptasi novel juga. Untuk Drama Asalkan dia Bahagia oleh Hani Fazuha.

Senarai pelakon.

Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar.

Sinopsis Asalkan Dia Bahagia

Kisah Adira Imani (AYDA JEBAT), disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan (SYUKRI YAHYA) yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. [Read more…] about Drama Asalkan Dia Bahagia , Ayda Jebat dan Shukri Yahaya

Sinopsis drama dia menantu rahsia , Ashraf Muslim dan Raysha Rose (slot akasia)

Zik · Jan 29, 2019 · Leave a Comment

dia menantu rahsia.
Drama yang menggantikan Pujaan Hati kanda, gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah dah habis semalam. Aduhh manis sangat, boleh potong kaki.
So drama baru pulak petang ini. Dia menantu Rahsia, ganding Ashraf Muslim dan Raysha Rose merupakan drama adaptasi novel juga.
PERTUNANGAN antara Zamer (Syazuwan Hassan) dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa (Raysha Rizrose). Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. 
Pertemuan antara Melissa dengan Syakir (ashraf muslim) di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya.
Malahan Engku Kamelia (Mona Allen) juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?

[Read more…] about Sinopsis drama dia menantu rahsia , Ashraf Muslim dan Raysha Rose (slot akasia)

Sinopsis drama setelah cinta itu pergi, slot samarinda fahrin ahmad, nina iskandar

Zik · Jan 17, 2019 · Leave a Comment

setelah cinta itu pergi

Menggantikan drama Jika masih ada rindu, slot samarinda diteruskan dengan drama baru adaptasi novel iaitu setelah cinta itu pergi.

Dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana, Shah Jazle dan ramai lagi.

Senarai Pelakon.

PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Juliana Farhana Marin, Shah Jaszle, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Fizo Omar, Faye Kusairi, Oktovia Manrose, Amyza Aznan, Faezah Elai, Mardiana Alwi.

Pelakon utama dan watak.

  • Fahrin Ahmad sebagai Ikram
  • Nina Iskandar sebagai Marina
  • Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
  • Shah Jaszle sebagai Muiz Lukman
  • Azrel Ismail sebagai Adam
Sinopsis dari Novel.
Klise, lebih kurang jika masih ada rindu jugak tuh dia punya kronologi dia. Perkahwinan Ikram (fahrin ahmad) dan Marina (Nina Iskandar) bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah (Julia farhana) dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

“Rina, sebaik kau melangkah keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau!” – Ikram

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.Tidak editoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.
Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali.

“Jangan kerana kisah lalu, Rina menyimpan perasaan benci kepada abang. Tak sanggup rasanya apabila Rina bencikan abang.” – Ikram

Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

[Read more…] about Sinopsis drama setelah cinta itu pergi, slot samarinda fahrin ahmad, nina iskandar

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 46
  • Page 47
  • Page 48
  • Page 49
  • Page 50
  • Interim pages omitted …
  • Page 58
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.