Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Drama Asalkan Dia Bahagia , Ayda Jebat dan Shukri Yahaya

Drama Asalkan Dia Bahagia , Ayda Jebat dan Shukri Yahaya

Zik · Mar 11, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ASALKAN DIA BAHAGIA

Menggantikan drama dia menantu rahsia Ashraf Muslim dan Raisyha Rizrose. Merupakan drama adaptasi novel juga. Untuk Drama Asalkan dia Bahagia oleh Hani Fazuha.

Senarai pelakon.

Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar.

Sinopsis Asalkan Dia Bahagia

Kisah Adira Imani (AYDA JEBAT), disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan (SYUKRI YAHYA) yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar.

Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris.

Sinopsis dari novel .

Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira.

Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi.

Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya.

“Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi…mama dah salah faham.”- Ikmal.

Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan.

“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang.

“Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang.
“Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris.

Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.

Share this on WhatsApp

Drama asalkan dia bahagia, asalkan dia bahagia ayda jebat dan syukri yahya, sinopsis drama asalkan dia bahagia, sinopsis novel asalkan dia bahagia

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.