Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Akademik

Akademik

BPPT 2019 dibayar mulai hari ini (SEMAK DISINI)

Zik · Mar 28, 2019 · Leave a Comment

 

kadsiswa

BANTUAN Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 sebanyak RM100 yang bakal memanfaatkan 1.2 juta pelajar dibayar mulai hari ini 28 mac 2019.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dengan peruntukan RM120 juta, ia akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat bagi mengurangkan beban kewangan pelajar institusi pendidikan tinggi.

Katanya, pelajar yang memenuhi kriteria boleh membuat semakan status kelayakan melalui portal Bank Rakyat mulai hari ini di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt.

 

“Bagi pelajar sedia ada yang mempunyai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat, bantuan akan dikreditkan ke akaun pelajar mulai hari ini secara berperingkat manakala bagi pelajar yang belum mempunyai kad diskaun itu, permohonan baharu boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai 1 April ini.

“Sekiranya semakan status ‘tiada rekod’ dipaparkan di portal Bank Rakyat, pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pendidikan masing-masing untuk mengemaskini data MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti/e-IPTS (IPT Swasta)/penyelaras agensi yang berkaitan selewat-lewatnya pada 28 April ini,” katanya.

[Read more…] about BPPT 2019 dibayar mulai hari ini (SEMAK DISINI)

Panduan peperiksaan online UJIAN PSIKOMETRIK 2019

Zik · Mar 20, 2019 · 1 Comment

psikologi , nota psikologi 2015,
Tak tahu nak prepare apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK 2019? Gagal ujian ini akan menyebabkan anda gagal jawat jawatan yang didamkan.  
Apapun kami dari zikri husaini dot com ingin mengucapkan tahniah kepada korang yang telah terpilih untuk exam kali ini. Memang persaingan ramai untuk dipanggil exam kali. Kalau korang nak tahu yang lulus exam biasanya dalam 5 percent jer. Biar betik?? Memang aku pun pernah exam online nih sekali, tak lulus sebab tak prepare apa yang patut. Main redah jer. Akibatnya exam online fail. Namun aku tak berputus asa. So apakah penyelesainnya kali ini?? jeng-jeng..
Usah risau. Kami tahu bagaimana untuk anda LULUS. Nak tak??
Untuk kemasukan perkhidmatan awam terkini, diwajibkan menduduki Ujian PSIKOMETRIK. Jika sebelum ini ianya lebih dinamakan penilaian SAHSIAH dan MINAT, tapi kini dalam skop yang lebih terarah. [Read more…] about Panduan peperiksaan online UJIAN PSIKOMETRIK 2019

Permohonanan pinjaman pelajaran MARA (YTP) 2019/20

Zik · Mar 16, 2019 · Leave a Comment

pinjaman pelajaran mara 2019

Permohonan Pinjaman Pelajaran
YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP).

Berita baik untuk pelajar lepas SPM yang baru sahaja mengambil keputusan minggu ini. Jadinya MAJLIS AMANAH RAKYAT ada membuka peluang untuk pelajar bumiputera memohon pinjaman pelajaran mara, yang dikenali sebagai YOUNG TALENT DEVELOPMENT (YTP).

Program Pembangunan Bakat Muda

Tarikh Buka: 15 Mac 2019 (10:00 pagi)

Tarikh Tutup : 22 Mac 2019 (4:00 petang)

Syarat kelayakkan pinjaman ini.

DRAF SYARAT KELAYAKAN PROGRAM YTP LEPASAN SPM 2018

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA
    http://www.mara.gov.my mulai 15 Mac 2019 (Jumaat) jam 10.00 pagi hingga 22 Mac 2019
    (Jumaat) jam 4.00 petang.
  • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
  •  Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program
    YTP. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar
    permohonan.
  • Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa
    menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
  • SYARAT UMUM
    ? Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
    ? Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam
    tindakan undang-undang MARA.
    ? Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau
    agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
    ? Lulus pemeriksaan kesihatan.
    ? Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan
    rendah (B40).

  • SYARAT KHUSUS
    Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2018.
    Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.
    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
  • Telefon : 03-261 32487 / 32108 / 32099 / 32098
    Email : postspm@mara.gov.my
    Facebook : Postspmmara

Waktu Urusan

  • Hari Isnin hingga Khamis Jumaat
  • Masa 9.00 pagi – 1.00 tengah hari 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
  • Rehat 1.00 tengah hari – 2.00 petang 12.15 tengah hari – 2.45 petang
  • Masa 2.00 petang – 4.30 petang 2.45 petang 4.30 petang
  • TUTUP PADA SABTU, AHAD DAN CUTI KELEPASAN AM

[Read more…] about Permohonanan pinjaman pelajaran MARA (YTP) 2019/20

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 42
  • Page 43
  • Page 44
  • Page 45
  • Page 46
  • Interim pages omitted …
  • Page 99
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.