Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Akademik

Akademik

SELAMAT HARI GURU 16, MEI 2019 , Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi.

Zik · May 2, 2019 · Leave a Comment

Menteri Pendidikan, YB Dr. Mazlee Malik di The Top Pulau Pinang pada bulan yang lepas, telah memperkenalkan Tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 iaitu:

Tema Hari Guru 2019.

“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”

Guru yang diibaratkan Obor menyalakan api memberi petunjuk kepada setiap murid-murid /pelajar dalam membimbing mereka ke tahap yang optimum menabur bakti kepada negara kita yang dicintai.

“Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab mulia ini. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling dimuliakan dalam masyarakat”,

Guru dipandang mulia dan berperanan penting dalam membina dan membentuk kualiti anak didik dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan.

“Gurulah yang menjadi tunjang utama dalam merealisasikan kesejahteraan diri insan yang dipimpinnya. Sejajar dengan itu, tema Hari Guru tahun ini ialah Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Gelaran obor hemah kepada guru menggambarkan tentang kemuliaan, keikhlasan, pengorbanan, tanggungjawab, cabaran, peranan dan komitmen dalam profesion keguruan”,

Logo Hari Guru 2019 [Read more…] about SELAMAT HARI GURU 16, MEI 2019 , Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi.

Jadual penuh peperiksaan UPSR 2019

Zik · May 2, 2019 · 1 Comment

upsr, poster upsr , poster ucapan selamat menduduki upsr 2016,

Jadual peperiksaan UPSR atau dikenali Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan 9 ini. Jadual ini sudah dikeluarkan.

[Read more…] about Jadual penuh peperiksaan UPSR 2019

Karangan- Hobi saya

Zik · Apr 28, 2019 · Leave a Comment

hobi saya

Saya mempunyai hobi yang tersendiri. Hobi saya pula hampir sama dengan ayah saya iaitu membaca buku.

Biasanya apabila ke kedai buku, saya dan ayah akan membeli buku-buku. Ayah suka membaca buku politik dan buku agama, manakala saya pula suka membawa novel kanak-kanak dan semua bacaan yang memberi pengetahuan kepada saya. Kadang-kadang apabila saya tidak ada buku lagi yang hendak dibaca, saya akan membaca buku yang ayah beli. Ini bermakna saya mendapat ilmu pengetahuan sama seperti ayah.

Selain membaca buku, saya suka melukis dan bersajak. Dalam bilik saya penuh dengan hasil saya yang ditampal pada dinding. Saya boleh melukis pelbagai benda, terutamanya lukisan pemandangan ditepi pantai.Sebelum melukis, saya gambarkan dahulu rupa pantai yang hendak dilukis berdasarkan pengamatan saya ketika pergi melancong. Lukisan saya kelihatan hidup  dan kawan-kawan yang pernah melihat lukisan saya turut memuji-muji kehebatan saya melukis, terutama dari segi mewarna.

Saya suka bersajak juga. Biasanya saya  menulis sajak pada waktu malam, ketika ahli keluarga saya  sedang tidur. Ilham datang waktu malam yang sunyi . Selepas selesai menulis sajak,  saya akan baca sajak tersebut berulang-ulang kali  sehingga saya dapat  menghayatinya. Kemudian, sajak itu saya  serahkan ke bahagian majalah sekolah. Sajak saya selalu disiarkan dalam majalah sekolah. Pihak sekolah  memberi sagu hati kepada saya  atas sumbangan saya itu.

Hobi saya  memberi manfaat kepada saya dan masa depan saya. Pada suatu hari nanti, saya akan menjadikan hobi saya ini sebagai kerjaya tetap iaitu menjadi penulis, pelukis dan penjajak yang berjaya.

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 40
  • Page 41
  • Page 42
  • Page 43
  • Page 44
  • Interim pages omitted …
  • Page 99
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.