Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022, Tarikh dapat RM150

Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022, Tarikh dapat RM150

Zik · Jan 18, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

bantuan awal persekolahan

Apa yang telah dibentangkan dalam bajet 2022 yang lepas di Parlimen, Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak 150 ringgit iaitu meningkat berbanding 100 ringgit sebelum ini.

450 JUTA diperuntukkan.

Sejumlah 450 juta ringgit diperuntukkan yang akan memanfaatkan lebih kurang 3 juta bagi murid-murid yang layak menerima bantuan ini.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan ini? Ah ha.. tak perlu risau nak isi borang online, minta cop ketua kampung ke apa. Tunggu dari pihak sekolah akan maklumkan kepada ibubapa.

APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.  Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Baca juga : PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA(BKM ):SEMAKAN & KEMASKINI

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN INI. 

Ianya berdasarkan seperi dibawah ini :

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

 

TIDAK PERLU MEMOHON. AUTOMATIK. 

Setiap pelajar sekolah yang berkelayakan tidak perlu memohon untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak dan memaklumkan kepada mereka mengenai agihan bantuan tersebut.

Sekiranya ada murid yang belum pernah menerima BAP sebelum ini dan ingin memohon bantuan, anda boleh buat permohonan melalui borang permohonan yang disediakan. Maklumkan kepada pihak sekolah untuk uruskan permohonan ini.

BILA DAPAT BANTUAN INI? 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Bantuan akan mula diedarkan bermula 17 Januari 2022.

BAP 2022 ini akan diberikan kepada murid yang akan masuk dalam sesi persekolahan tahun 2 hingga tingkatan 5 bagi sesi 2022/2023.

Bagi murid tahun 1 yang bakal mendaftar pada Mac ini pula, bantuan ini akan diberikan kepada mereka selepas sesi pendaftaran selesai.

SEBARANG PERTANYAAN DAN INFO LANJUT.

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Kementerian Pendidikan di https://www.moe.gov.my untuk kemaskini semasa dan pertanyaan juga boleh dibuat kepada pihak sekolah anak anda.

credit to portalcikgu.com

Share this on WhatsApp

Pengumuman bila dapat bantuan awal persekolahan 2022, Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022, Cara Mohon RM150 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022, panduan mohon bantuan awal persekolahan rm150 2022, RM150

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.