• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Permohonan/Pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)2022 [login]

Permohonan/Pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)2022 [login]

Zik · Dec 16, 2021 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bagaimana pula untuk permohonan Bantuan Keluarga Malaysia bagi edisi 2022 kali ini?

Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM yang telah dibentangkan dalam belanjawan 2022 pada bulan oktober yang lalu di parlimen adalah penambah baikkan dari Bantuan Prihatin Rakyat. Modulnya sama, yang berbeza ialah dari segi jumlah, dan fasa dia dan dia ada kategori mengikut pendapatan, tanggunggan, isi rumah, status perkahwinan dan sebagainya akan kita kupas.

Asalnya idea ini diilhamkan dari perdana menteri yang ke 6, Datuk Seri Najib Tun Razak namanya ialah BR1M (bantuan rakyat 1 malaysia, kemudian kerajaan bertukar tangan, Tun Mahathir perdana menteri ke 7 menggantikan kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat BSH). Bertukar tangan lagi kerajaan, menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan namanya Bantuan Prihatin Rakyat. Last sekali buat masa ini, Perdana menteri ke 9 , Datuk Sri Ismail Sabri menamakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Kerajaan mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia. Ia telah dibentangkan dan diluluskan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) dalam sidang dewan rakyat.

Bajet 2022 kali ini memfokuskan kepada 3 fokus induk iaitu :

  1. Rakyat yang sejahtera,
  2. Perniagaan yang berdaya tahan
  3. Ekonomi yang makmur dan mampan
82 Billion diperuntukkan dalam bajet ini untuk memberi bantuan kepada Rakyat Malaysia yang layak. Lebih kurang 9.6 juta penerima yang layak memohon program BKM ini pada tahun hadapan, Januari 2022.

Dalam pembentangan bajet 2022 yang lepas, Tengku Zafrul menerangkan ;

“Bantuan Keluarga Malaysia akan diperkenalkan di bawah inisiatif bantuan tunai langsung, BKM salurkan bantuan RM2,000 kepada isi rumah yang ada tiga orang anak atau lebih dengan kadar isi rumah bawah RM2,500”

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menyatakan dengan jelas pada ketika itu, jumlah tersebut kita tengok adanya peningkatan berbanding jumlah sebanyak ini RM 1,800 dibawah Bantuan Rakyat Prihatin pada tahun 2021, punya bajet ketika itu dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

IBU ATAU BAPA TUNGGAL boleh dapat RM 500 tambahan.

Selain itu katanya, ibu atau bapa tunggal  yang berkelayakan boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000.

JUMLAH MAKSIMUM RM 2,500.00

Ini bermakna jumlah maksimum yang boleh diterima bagi mereka yang berkelayakan adalah sebanyak RM2,500. Bajet yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” yang memberi tumpuan khusus dalam memulihkan sektor terjejas, meningkatkan tumpuan sistem kesihatan awam serta skop pelindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global. Dalam jumlah maksimum rm2,500.00 itu dipecahkan kepada 4 fasa. Fasa pertama, bulan Februari/Mac, kedua sebelum raya aidilfitri, ketiga bulan ogos/september dan terakhir november/disember (ikut jangkaan sebelum-sebelum ini).

Bajet 2022  ini amat penting bagi bertemakan hash tag #KeluargaMalaysia mencapai agenda pemulihan yang akan membawa kita keluar dari pandemik ini.

Bajet yang telah dibincangkan secara inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua. Insyallah.

Semoga dengan pengumuman BKM ini dapat membantu memulihkan kembali enonomi Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19.

MACAM MANA NAK KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA [ BKM 2022].

Kemungkinan besar , laman rasmi bagi BKM ini adalah bkm.hasil.gov.my . Sekarang ini mungkin mereka sedang mereka bentuk website dan memasukkan data-data sebelum kita untuk buka pada bulan januari nanti.

CARA SEMAKAN BKM

Setelah anda membuat permohonan, tarikh semakan akan dikemaskinikan nanti, berikut adalah cara untuk semak permohonan BKM status anda, lulus atau tidak.

  1. Log in (guna data password BPR sama) Masuk BKM anda
  2. Kemudian pada menu utama, pilih pada SEMAKAN, masukkan no kad pengenalan dan CAPTHA. Bila dah semak semua betul, tekan butang SEMAK.
  3. Semakan status anda akan terpapar.
    1. KALAU lulus, akan terpapar kadar bayaran yang layak
    2. KALAU Tidak Lulus, akan terpapar alasan Kod tidak lulus

ADAKAH ANDA PERLU MEMBUAT PENDAFTARAN BKM KALI INI?

Tidak Perlu untuk fasa 1, fasa kedua ya. Untuk fasa pertama dia akan guna data dari BPR yang lepas.

Adakah perlu LOGIN BKM?

Tidak perlu, pergi link diatas tadi tuh, masukkan no kad pengenalan dan masukkan CAPTHA, tekan semak status bkm anda, LULUS, DALAM PROSES, GAGAL, TIADA DALAM DATA.

Adakah perlu buat PERMOHONAN BKM?

Sekiranya anda sudah ada akaun di BPR pada tahun lepas, tidak perlu. jika tiada, kena buat permohonan baru. Lebih baik korang kemaskini untuk dari segi gaji, status perkahwinan, jumlah tanggunggan, butiran perbankan, dan sebagainya.

Bagaimanakah kaedah bayaran BKM  dilaksanakan?

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

Bagi kategori miskin tegar & B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021

Bagi kategori B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

PEMBAYARAN BKM DIBUAT 4 KALI SETAHUN. 4 FASA.

Pembayaran BKM akan dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran yang pertama dijangka pada bulan Feb/Mac 2022.

Proses permohonan yang diberikan bermula 1 hingga 31 Januari tahun hadapan dijangka lebih dipermudahkan untuk kemudahan rakyat. Mereka hanya perlu membuat semakan dan kemaskini dalam pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

PENERIMA GKP (Geran Khas Prihatin layak juga menerima BKM)

Dalam memastikan tiada yang ketinggalan, untuk penerima Geran Khas Prihatin (GKP) pada tahun lepas, tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas Covid (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.

Hal yang demikian membuktikan kerajaan dengar dan komited untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan rentan (B40) dengan menyediakan bantuan tunai  sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun hadapan.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman bantuan keluarga malaysia, bkm, bkm 2022, bkm 2022 login, bkm login, bkm online, bkm online login, bkm terlupa kata laluan, bkm.hasil.gov.my, bkm2022, cara nak daftar bantuan keluarga malaysia, login bkm online, panduan pendaftaran bkm 2022, permohonan bkm online, Permohonan/Pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)2022 [login], semakan bkm 2022

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022, RM150 – Zikri Husaini says:
    January 18, 2022 at 8:41 am

    […] Baca juga : PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA(BKM ):SEMAKAN & KEMASKINI […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: